View: 1112|Reply: 7
|
PM Jepun Bubar Parlimen, Pilihan Raya 22 Okt Ini
[Copy link]
|
|
sumber : http://images.indianexpress.com
Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe mengumumkan pembubaran Parlimen bagi membolehkan satu pilihan raya awal diadakan.
Tindakan itu dilihat sebagai menghalang pihak pembangkang supaya mempunyai banyak masa untuk membuat persediaan menghadapi pilihan raya.
Pilihan raya bakal diadakan pada 22 Oktober dan kempen akan bermula pada 10 Oktober.
Memetik laporan agensi berita China Xinhua, pembubaran dibuat sejurus selepas satu sidang luar biasa diadakan di Dewan Rakyat.
Abe tidak membuat ucapan dasar, perbahasan mahupun sidang akhbar.
Menurut pemerhati, Abe mengambil kesempatan daripada lonjakan populariti beliau, khususnya berhubung pendirian tegas mengenai krisis nuklear dengan negara jiran Korea Utara.
Secara teorinya pemimpin Jepun itu berpeluang berkhidmat sehingga 2021 jika beliau berjaya dipilih semula sebagai pemimpin parti tahun depan, sekaligus menjadikan beliau perdana menteri paling lama berkhidmat dalam sejarah Jepun.
Namun, tinjauan mendapati majoriti pengundi menentang rancangan Abe.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
PM Malaysia bila lagi? |
|
|
|
|
|
|
|
bubar bubar pun kalau kalah..masih juga org jepun memerintah, agama sama....bukan org cina, yendia, mat selleh, bugis atau pra pra yg memerintah...
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni kira bertahan lama jugak. Sbb PM sebelum2 ni jarang betul yg lama, kalau tak resign, mesti kena impeach. |
|
|
|
|
|
|
|
selamat mengundi dan membuat pilihan yg tepat. |
|
|
|
|
|
|
|
bgusla sinzo abe ni pon ok je |
|
|
|
|
|
|
| |
|