CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1232|Reply: 3

Kebocoran Gas Klorin, 23 Mangsa Dikejar Ke Hospital

[Copy link]
Post time 29-9-2017 10:45 AM | Show all posts |Read mode
Add Image Caption Here



Sekitar 5.30 petang kelmarin, berlaku satu kebocoran gas yang dipercayai berpunca daripada cecair kimia jenis klorin di sebuah rumah kosong di Kampung Tambak Paya, Melaka.


Memetik laporan Bernama, dalam kejadian tersebut lebih 200 penduduk terpaksa diarahkan mengosongkan rumah masing-masing.


Sekurang-kurangnya 23 mangsa, 20 lelaki dan tiga wanita juga terpaksa dikejarkan ke Hospital Melaka berikutan mengalami sesak nafas selepas terhidu bau gas berkenaan.


Dilaporkan seramai 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil dengan bantuan pasukan Pengurusan Bahan Berbahaya (HAZMAT) bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan orang awam pada jam sekitar 5.51 petang.


Menurut Timbalan Penguasa dan Penyelamat Bomba Negeri Melaka,Kamaruzzaman Mohd Din, hasil siasatan awal pihak bomba berjaya menemukan tujuh tong setinggi lapan kaki yang dipercayai berisi cecair kimia jenis klorin yang dibuang di sekitar rumah kosong berkenaan.

"Kerja-kerja penyelenggaran bagi mengenalpasti bahan kimia berkenaan masih dijalankan dan punca kebocoran masih dalam siasatan."


Sementara itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron mengarahkan siasatan segera dibuat, termasuk mengenal pasti pemilik yang bertanggungjawab meletakkan tujuh tong silinder klorin.


"Saya sudah mengarahkan Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kimia dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) selaku pihak berkuasa tempatan untuk mengkaji sebarang peruntukan undang-undang yang boleh dikenakan ke atas pihak tidak bertanggungjawab itu sehingga mengabaikan aspek keselamatan, terutama penduduk awam."- CARI


sumber : Berita Harian




sumber : Astro Awani

sumber : Sinar Harian

sumber : Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2017 11:10 AM | Show all posts
betul la malaysia ni bermusim.. musim rogol. ragut. bunuh.... ni musim terbakor pulak
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2017 11:31 AM | Show all posts
bahaya jugaklah klorin ni... nape g buang kat situ... kalau baby yang hidu lagi teruk...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2017 06:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Hmmmmmmmmm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 02:39 PM GMT+8 , Processed in 0.055646 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list