View: 1711|Reply: 5
|
Datuk Jalaluddin Hassan Sesak Nafas Selepas Bersiaran Langsung Di Kaca TV
[Copy link]
|
|
Pelakon Datuk Jalaluddin Hassan, 63 dilaporkan pengsan selepas menjadi tamu dalam sebuah program bual bicara siaran TV Al Hijrah, Assalamualaikum semalam.
Memetik laporan Astro Awani, selepas selesai siaran langsung di Studio TV Al Hijrah kira-kira jam 10 pagi, Jalaluddin berjalan kaki ke parkir berdekatan Muzium Kesenian Islam.
Ketika tiba di kawasan parkir, beliau mengalami sesak nafas dan sempat menghubungi anaknya memberitahu keadaan tersebut.
Namun, ketika anak cuba menghubungi semula bapanya itu, dia gagal berbuat demikian.
Foto: Mynewshub
Akhirnya, anak kepada pelakon legenda ini menelefon ambulan dan memaklumkan kedudukan bapa dan kondisinya.
Ambulans dilaporkan tiba di lokasi kira-kira jam 10.30 pagi dan membawa Jalaluddin ke Hospital Kuala Kumpur.
Sama-sama kita doakan agar beliau dapat pulih seperti sedia kala hendaknya. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Harap time sesak nafas heshe xkontrol sngt.get well soon. |
|
|
|
|
|
|
| |
|