CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5017|Reply: 29

Ingat Lagi Lagu Viral PPAP? Cuba Teka Berapa Royalti Dia Dapat!

[Copy link]
Post time 4-10-2017 12:08 PM | Show all posts |Read mode
Kalau anda boleh layan lagu 'I Am Me' Tok Vida, anda mesti boleh layan lagu tular 'Pen Pineapple Apple Pen' (PPAP) ini!







Penyanyinya, Piko Taro yang juga seorang pelawak dari Jepun itu mendedahkan jumlah pendapatannya bagi lagu PPAP. Nak tahu berapa dia dapat? Sama banyaknya dengan jumlah pendapatan dia bekerja selama 25 tahun! Hebat, kan?


Piko atau Daimaoi Kosaka berkata kepada Downtown Now seperti dipetik Astro Awani, dia mendapat pulangan lebih beratus juta yen hanya dalam masa sebulan selepas lagu itu ditularkan.








Banyak gila! Macam mana boleh dapat banyak macam tu? Dari mana datang hasil pulangan lagu itu sebenarnya?


Sebenarnya, pelbagai iklan komersial televisyen dan radio menampilkan lagu PPAP selain kolaborasi dengan produk terkenal Jepun.


Bukan setakat itu, tapi Piko juga pernah muncul dalam pelbagai muzik video, iklan komersial Softbank dan Sesame Street.








Tak cukup setakat itu, kafe PPAP dan beberapa siri animasi televisyen turut menggunakan jenama miliknya.







Foto: Rocket News 24




Ha, agak-agak lagu I Am Me mampu tak capai kejayaan macam lagu PPAP ini?


Untuk pengetahuan anda, Piko berkahwin dengan seorang model pakaian mandi dan personaliti televisyen iaitu Hitomi Yasueda selepas empat tahun mereka bercinta.




Foto: Today Online



Menurut Piko, itu adalah kejayaan terbesar dalam hidupnya! - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2017 12:22 PM | Show all posts
wahh..lagu cam bangang tu pun dpt royalti banyak..rezeki ko lah pakcik..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2017 12:40 PM | Show all posts
muka dia ni menyakitkan hati tapi dapat bini lawa..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2017 12:41 PM | Show all posts
x best pun lagu dia di halwa telingaku, tp dh rezeki kan hehe
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2017 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
aiman tino dapat 2 juta view youtube
royalati dapat brape. orang kata aiman
sekarang jutawan. siap bagi derma kat
orang2 kurang mampu lagi
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2017 01:03 PM | Show all posts
wah.......................
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2017 01:22 PM | Show all posts
Wow, melimpah ruah rezeki dia dengan lagu tu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2017 02:03 PM | Show all posts
Tak tau ape kelebihan lagu tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2017 02:10 PM | Show all posts
hmmmm nk try lah cipta lagu bangang
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2017 02:12 PM | Show all posts
lagu baby shark doo dooo dpt bpe plk?
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2017 02:49 PM | Show all posts
lagu ni catchy, sedap gak didengar, wlpon kjap je
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2017 03:37 PM | Show all posts
wow hebatnya
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2017 04:36 PM | Show all posts
iols ok je dengor, bukan utk dengor sentiasa
sesekali kalau tetiba ada tu dengor aje la
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2017 04:40 PM | Show all posts
tapi dia menari cm nak menari zapin aje
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2017 08:23 PM | Show all posts
Utg skg zmn media sosial..lgu2 yg xdak apa2 mkna skli tular 1 dunia mmpu dpt royalti juta2...tp bini pkck ni muda lg na
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2017 09:29 PM | Show all posts
pakcik ni siap buat tutorial cemana nak nyanyi lagu PPAP. steady la pakcik!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2017 10:00 PM | Show all posts
wow, lawa bini dia walaupon pakcik ni nan hado rupanya, hehe
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2017 11:07 PM | Show all posts
Elok aku dh lupa lagu sengal ni, disebabkan benang ni aku ingt balik.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2017 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Terbayang M Daud Kilau pulak bila tengok uncle PPAP ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2017 01:26 AM | Show all posts

tu  yang achik seri vida bersungguh2 nak buat video lagu i am me. dpt  inspirasi dari lagu pak cik piko taro ni la. sheols nak lagu tu tular ke serata dunia katanya.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.084256 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list