CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12179|Reply: 6

Syarat Mengadakan Majlis Tahlil Supaya Tidak Bercanggah Dalam Islam

[Copy link]
Post time 9-10-2017 03:34 PM | Show all posts |Read mode
Acara tahlil sering dilakukan oleh sebahagian umat Islam di Malaysia, mungkin juga di Indonesia untuk mendoakan orang yang telah meninggal dunia. Biasanya ia dilakukan pada hari pertama kematian hingga hari ketujuh.

Kerana bacaan tersebut bukan dari amal dan usaha si mati, ramai orang mengganggap bahawa amalan tersebut tidak sampai atau tidak diterima oleh Allah dengan alasan Rasulullah S.A.W tidak pernah mensyariatkan umatnya untuk menghadiahkan bacaan al-Quran kepada orang yang telah mati.

Dalam satu sesi soal jawab dalam kuliah Ustaz Azhar Idrus, seorang pendengar bertanyakan tentang dalil kepada tahlil arwah yang diamalkan oleh masyarakat melayu.

Jawab Ustaz Azhar Idrus, tahlil tidak ada dalam hadis atau ayat al-Quran, tidak ada nas yang menetapkan bacaan tahlil. Kerana itulah hukum tahlil itu adalah tidak wajib.

“Amalan tahlil adalah amalan khilafiah, jadi tidak perlu berbalah. Bila mati seseorang, ada amalan yang berlaku khilaf tentang sunatnya, ada amalan yang berlaku ijmak tentang kita buat.

“Antara amalan yang ijmak adalah kita mendoakan kepada si mayat, kita minta ampun dan beristighfar untuk si mayat, kita bersedekah untuk si mayat, adapun amalan tahlil adalah amalan khilafiah, berlaku perbezaan pendapat, ada syarat mahu buat.

“Syarat pertama ialah, jangan iktikod (percaya) tahlil ini wajib. Kedua, apabila buat tahlil, jangan tetap (perlu) tempoh atau masa yang khusus. Ketiga, niat ingin berdoa kepada mayat supaya diringankan (azab). Keempat, jangan gunakan harta anak yatim. Bagi yang mahu pergi tahlil pula mesti ikhlas. Jangan niat hanya mahu makan sahaja.

“Banyak benda yang tidak betul sedangkan tahlil itu amalan yang bagus, duduk berkumpul, kemudian menyebut zikir-zikir dan bersama-sama berdoa kepada mayat, tapi lama kelamaan menjadi adat yang tidak baik kerana menyusahkan orang rumah si mati sedangkan ia perkara tidak wajib.

“Bagi yang berduit tidak mengapa, tapi bagaimana dengan orang rumah yang tidak berduit? Jadi menyusahkan orang (ahli keluarga si mati).

“Tidak semestinya si mati meninggal pada siang hari, pada malam hari terus dibuat tahlil. Kata ulamak, tahlil boleh dibuat pada bila-bila masa.”

Dari sedikit huraian di atas, boleh disimpulkan bahawa dibolehkan untuk membuat tahlil, Yasin, atau doa apa saja bagi orang yang sudah meninggal dunia. Amalan-amalan tersebut telah menjadi adat yang baik diikuti sejak sekian lamanya. Doanya tidak wajib sama, asalkan asasnya sama.

Kerana ianya hanyalah anjuran, maka tidak melakukan tahlil atau Yasin tidak bermakna mendapat berdosa. Tapi bertahlil dan membaca Yasin untuk si mayat tentu lebih baik.

Selain itu niatkanlah baaan untuk mendoakan para ibu bapa kita. Kerana dulu mereka telah merawat, membesarkan, dan mendidik kita. Kini, setelah mereka meninggal dunia, sudah selayaknya kita mendoakan mereka.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2017 04:02 PM | Show all posts
good info.. tq tt..

pernah dengar orang buat tahlil
malam ke-7, malam ke-14 and so on..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2017 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Seeloknya kita tetamu lah yg bawa makanan ke rumah yg berlaku kematian.buanglah budaya tuan rumah pula yg kena menjamu tetamu..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2017 05:29 PM | Show all posts
kalo disebut amalan khilafiah ni, teringat juga kepada kalendar islam

kalendar islam ni baru dibuat pada masa zaman khalifah umar al khattab

takde pulak org sebut bidaah ye
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2017 05:49 PM | Show all posts
sofiazara replied at 9-10-2017 05:29 PM
kalo disebut amalan khilafiah ni, teringat juga kepada kalendar islam

kalendar islam ni baru dibu ...

mungkin sbb semua org tahu itu sememangnya bidaah
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 12:28 AM | Show all posts
mommymonster82 replied at 9-10-2017 04:23 PM
Seeloknya kita tetamu lah yg bawa makanan ke rumah yg berlaku kematian.buanglah budaya tuan rumah pu ...

siapa yg keliru, tetamu, tuan rumah atau kita yg menilai?

adab org bertamu, tuan rumah akan menjamu tetamu. tetamu seeloknya akan bawa hadiah, buah tangan. jangkamasa utk menyediakan makanan kpd tuan rumah adalah apabila berlaku kematian, adakah sehingga tiga hari, seminggu atau 40 hari masih lagi perlu menyediakan makanan kpd tuan rumah?

tuan rumah mengadakan jamuan makan sebagai sedekah dan berharap sedekah tersebut menjadi amalan baik utk simati, bukan kah ada hadis pasal terputus amalan simati kecuali doa anak  soleh dan sedekah. cuma penetapan berapa hari tu yg menjadi persoalan. lebih byk sedekah yg dibuat bukan kah lebih baik?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2017 08:39 AM | Show all posts
okaylah nak buat buat  , tak nak buat tak pe

yg salah jgn dok haramkan jatuhkan hukum pada kelompok yg nak buat  as in   cecepat je nak label bidaah ( invention) dolalah.

sedangkan  ada banyak hal lagi yg umat islam perlu fikir.

so, benda ni simple.  tak payah terpengaruh dengan pseudo salafi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:55 AM GMT+8 , Processed in 0.077930 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list