CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8129|Reply: 40

Tanam Tauge Sendiri Di Rumah, Empat Hari Sahaja Dah Keluar Hasilnya

[Copy link]
Post time 12-10-2017 03:24 PM | Show all posts |Read mode
Sesetengah orang memang suka sangat makan tauge dan biasanya beli sahaja di pasar lagi senang.


Makan mentah, direbus atau dimasak tumis pun semua sedap. Tapi terfikir tak nak tanam sendiri tauge?


Bagi suri rumah atau sesiapa sahaja yang nak menjimatkan perbelanjaan barang dapur, jom tanam sendiri tauge di rumah sendiri.

Foto: FB Resipi Sedap


Ikuti sahaja langkah-langkah berikut:


Bahan-Bahan:
1 Senduk penuh kacang hijau
1 Bekas kotak air bersaiz besar




Cara-Cara
1. Basuh bersih kacang hijau dan toskan.




2. Ambil kotak dan potong sedikit di setiap bucu kotak untuk membolehkan air mengalir keluar selepas disiram.




3. Masukkan kacang hijau ke dalam kotak air dengan perlahan-lahan.




4. Masukkan sampai habis.




5. Siram kacang hijau tadi dengan air.
*Siramlah air ke dalam kotak 5 kali sehari atau lebih. Ulangi dengan menyiram selama 3 hari berturut- turut.





6. Boleh nampak air mengalir keluar kan? Biar seketika sehingga air keluar habis.




7. Letakkan kotak air dalam kedudukan condong ke dalam satu bekas untuk menadah saki baki air yang mengalir keluar. (Air yang bertakung akan menjejaskan bentuk, rupa tauge dan berbau.)




8. Hari ke 4 atau 5 dah boleh menuai hasil.



9. Tauge yang terhasil.



Selamat mencuba! -CARI

Kredit Resipi: &#8206rincess Zhaza Nasheema‎
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2017 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
ni projek sains masa skolah rendah dlu nih! hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 03:40 PM | Show all posts
raradhia replied at 12-10-2017 03:35 PM
ni projek sains masa skolah rendah dlu nih! hehehe

hai ...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
harrypoter replied at 12-10-2017 03:40 PM
hai ...


laaa, iols baru ja tunjuk kepakaran i dlm bidang menyemai taugeh. .dah ada yg hai dekat iols

hai jgak @harrypoter
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 03:42 PM | Show all posts
Wahhh senang je rupanya. Boleh suruh anak hakak try ni, daripada melepak kat umah tak buat apa cuti semester ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 03:42 PM | Show all posts
iols dengar cerita dulu-dulu, pengusaha taugeh pakai kacang hijau & tilam, rendam dalam sungai / perigi, maka jadila taugeh..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2017 03:54 PM | Show all posts
raradhia replied at 12-10-2017 03:42 PM
laaa, iols baru ja tunjuk kepakaran i dlm bidang menyemai taugeh. .dah ada yg hai dekat iols
...

tanam taugeh senang ajer...mcm tanam bawang merah gak, senang
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
harrypoter replied at 12-10-2017 03:54 PM
tanam taugeh senang ajer...mcm tanam bawang merah gak, senang

iols xpnh lg tanam bawang merah uolsss, tu yg tanam nnt tumbuh jd daun bawang tu kah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2017 04:07 PM | Show all posts
raradhia replied at 12-10-2017 03:59 PM
iols xpnh lg tanam bawang merah uolsss, tu yg tanam nnt tumbuh jd daun bawang tu kah?

yup, try la amik bekas telur pastu letak bawang merah dlm lekuk2 tu, satu lekuk sebiji bawang, jgn lupa siram hari2 ye
nti jadi gini

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
harrypoter replied at 12-10-2017 04:07 PM
yup, try la amik bekas telur pastu letak bawang merah dlm lekuk2 tu, satu lekuk sebiji bawang, jgn ...

ni uols yg tanam kah ni?????
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak ai tengok kacang hijau b4 gi tadika pagi tadi terus cakap dia ada buat projek little scientist kat sekolah and tanya dia balik tadika petang karang boleh x nak buat kat rumah. Ai cakap buatla anak kalu nak buat
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 04:16 PM | Show all posts
wah.... bagusnye........
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 04:22 PM | Show all posts
raradhia replied at 12-10-2017 04:12 PM
ni uols yg tanam kah ni?????

takla, tu amik dari intenet...tapi memang pernah buatla
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
harrypoter replied at 12-10-2017 04:22 PM
takla, tu amik dari intenet...tapi memang pernah buatla

fuhhh, sedap tu daun bawang letak kat telur dadar. .
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Rainrein replied at 12-10-2017 04:16 PM
Anak ai tengok kacang hijau b4 gi tadika pagi tadi terus cakap dia ada buat projek little scientist  ...

betul betul betul, dlu iols skolah rendah mcm tu baru kena ajar buat projek sains mcm ni. .skrg bdk skolah tadika dah advanced, hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 05:04 PM | Show all posts
5 hari ek taugeh tumbuh baru tahu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2017 05:15 PM | Show all posts
dulu kat sekolah ms buat eksperimen, siap letak kapas bagai... hari2 nengok kluar x hasil... tiap kali nak buat kat umah, pk mana nak ambil kapas, hahaha...skang ni ha senang masuk je dalam kotak...dpt hasil pon banyak...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 05:23 PM | Show all posts
mcm mana nk tanam kucai
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 05:55 PM | Show all posts
bubur kacang ni boleh tumbuh taugeh rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Waaah gemuk2nya taugeh sheol! Nak tiru la!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:53 AM GMT+8 , Processed in 0.077515 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list