View: 9085|Reply: 192
|
Kereta Dilarikan Bersama Dua Anak Ketika Ambil Payung Di Bonet Kereta
[Copy link]
|
|
sumber : Harian Metro
Akibat kecuaian, seorang wanita mengakibatkan kereta Perodua MyVi bersama dua orang anaknya yang berada dalam kenderaan itu dilarikan penjenayah di Taman Pulai Indah, Johor pagi tadi.
Memetik laporan Harian Metro, ketika kejadian, wanita tersebut baru tiba di rumah bapanya di Taman Pulai Indah untuk menghantar dua anaknya, seorang lelaki berusia lima tahun dan perempuan berusia tiga tahun.
Difahamkan kebetulan ketika itu hujan dan mangsa pun keluar mengambil payung di bonet kereta.
Tanpa disedari seorang lelaki bertopi warna biru mengambil kesempatan masuk ke dalam kereta dan melarikan kereta bersama anak mangsa.
Menurut Asisten Komisioner Noor Hashim Mohamad, ketika melihat suspek cuba masuk ke dalam kereta, mangsa segera cuba membuka pintu untuk mengeluarkan kedua orang anaknya, namun suspek turut bertindak pantas menguncikan pintu dan membawa lari kereta itu dengan laju.
Tambah Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri itu, adik lelaki mangsa cuba mengekori kereta terbabit dan ternampak anak perempuan mangsa ditinggalkan di tepi jalan beberapa lorong dari rumah bapa mangsa.
"Mangsa kemudian ke Balai Polis Kangkar Pulai untuk membuat laporan dan ketika di balai polis, mangsa menerima panggilan daripada adiknya memaklumkan ada orang menjumpai anak lelakinya di laluan masuk Taman Pulai Indah dan menghantarnya semula ke rumah bapa mangsa."
"Turut dilarikan ialah telefon bimbit jenis Samsung Note 2," katanya.
Menurutnya, kereta mangsa yang dibawa lari itu kemudian dijumpai terbabit dalam kemalangan di kawasan Ulu Choh pada 8.45 pagi selepas melanggar bahagian belakang sebuah lori.
Bagaimanapun, katanya, suspek melarikan diri bersama seorang lagi rakannya.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan 363 Kanun Keseksaan," katanya. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Payung simpan dlm bonet keta.....
Bini sapa le ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
Pada aku ini bukan cuai....mmg penyamun tu haram jadah....takkan nak amik payung kat bonet belakang pun nak kira cuai? |
|
|
|
|
|
|
|
jazaa100 replied at 12-10-2017 06:19 PM
Payung simpan dlm bonet keta.....
Bini sapa le ni....
sikit2 nk kecam |
|
|
|
|
|
|
|
caprut replied at 12-10-2017 06:28 PM
sikit2 nk kecam
Kejam kannn.....
Ok...aku tak kecam.... |
|
|
|
|
|
|
|
Ambil payung pun cuai?
Sampai bila mentaliti org Malaysia ni nak menyalahkan mangsa? Yg penjenayah suka2 boleh buat jahat |
|
|
|
|
|
|
|
kereta myvi kan? ofkosla tak blh letak payung kat cabin...sedan pun mcm tu jgk....takkan nak ban payung yg tak blh lipat kat dlm kereta? |
|
|
|
|
|
|
|
ramai sungguh org jahat kat malaysia.... sedih betul |
|
|
|
|
|
|
|
Lain le dia pegi beli payung 1km dari kereta.. Baru la cuai.. X pyh kecam sangat..nanti kena batang hdung sendiri nak kte apa? |
|
|
|
|
|
|
|
apsal takleh plak?? aku letak 2 payung (xleh lipat) lagi dlm kete aku..
kalo side mirror aku sebelah penumpang terlipat sebab sndol dek motor.. aku tunjal balik pakai payung jek..
|
|
|
|
|
|
|
|
matamata: Pada aku ini bukan cuai....mmg penyamun tu haram jadah....takkan nak amik payung kat bonet belakang pun nak kira cuai?
Tu la bukannya kes cuai, dh payung tu kt bonet nk buat mcm mn...
Tak simpan dlm bonet nk simpan kt manalagi...letak kt bawah habis anak2 pijak sampai rosak
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni mmg sekelip mata je dia buat keje ni...jumpe peluang depan mata terus grap tanpa lengah lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Memang haram jadah..pantang ada peluang..padan muka eksiden.. |
|
|
|
|
|
|
|
Apsal tak mampos je masa eksiden tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kaan eksiden tak mampos plak si celaka..aku xboleh byg anak ditinggal org mcm tu..kalau kereta lain langgar..haihhh |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti taik dadah tu..syukur anak2 dia tak apa2 |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau mak dia tinggal anak2 sbb nk g kedai beli payung blh la kata cuai... |
|
|
|
|
|
|
|
Betul laa...xkan amek payung kt bonet dikira cuai?jahatnya manusia skrang ni...mujur xjadi apa2 kt bdk tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bodoh
|
|
|
|
|
|
|
| |
|