View: 1986|Reply: 13
|
Jualan Akhbar Merosot Teruk, Singapore Press Holdings Terpaksa Buang 230 Pekerja
[Copy link]
|
|
Ketika pihak pembangkang negara jiran membuat tohmahan jahat kononnya Malaysia bakal muflis dan sering membuat perbandingan dengan Singapura, lain pula hal berlaku di republik tersebut.
Ekonomi Singapura kebelakangan ini bukan sahaja bergerak lesu, malahan banyak firma besar termasuk syarikat berkaitan milik pemerintah terpaksa membuang ribuan pekerja demi mengurangkan bebanan kos operasi.
Sebelum ini syarikat penerbangan kebangsaan Singapore Airlines (SIA) dilaporkan memberhentikan sebahagian besar daripada hampir 25,000 kakitangannya sendiri.
sumber : mynewshub
Memetik laporan Mynewshub, kini giliran firma media cetak terbesar Asia, Singapore Press Holdings (SPH) milik pemerintah terpaksa membuang 230 pekerja menjelang akhir tahun ekoran jualan akhbarnya merosot teruk!
Dalam kenyataan dipetik agensi berita AFP, gergasi surat akhbar terkemuka yang memonopoli penerbitan akhbar di republik itu sejak berpisah daripada Malaysia pada 1965; turut merancang memberhentikan ratusan lagi staf.
Hampir separuh daripada 400 kakitangan yang bakal diberhentikan sudah diberitahu tentang rancangan tersebut. Pihak SPH dilaporkan pada mulanya merancang untuk hanya berbuat demikian sebelum akhir tahun 2018 depan.
Namun ia mengumumkan langkah drastik itu terpaksa dibuat akhir tahun ini. Pada 1 Oktober lalu, SPH tutup akhbar kompak popular percuma TODAY yang diterbitkan sejak tahun 2000 dan beralih kepada platform online.
sumber : mynewshub
Ia ekoran edarannya jatuh dan kini hanya 300,000 naskhah sehari. Tahun lalu, SPH terpaksa menggabungkan harian The New Paper dan My Paper untuk menjadi akhbar dwibahasa Inggeris dan Cina diedarkan percuma.
SPH mendakwa, seperti organisasi media lain di seluruh dunia, perniagaan akhbar yang merupakan teras syarikat itu terjejas akibat berita online, dengan pendapatan daripada pengiklanan dan pengedarannya pula kian merosot.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Hakikatnya masyarakat skg suka baca berita online. Cepat & takyah keluar duit.......... |
|
|
|
|
|
|
|
semesti nya pembaca tak kira dimana akan pilih yg lebeh menjimatkan.bukan kat spore atau malaysia je. |
|
|
|
|
|
|
|
Lee hsin loong tak tau memerintah.... Ayuh selamatkan singapura @dcruins |
|
|
|
|
|
|
|
Ni lah jadi nye kalau Cina memerintah. |
|
|
|
|
|
|
|
patutlah cari forum baru tukar s class rupanya makin untung |
|
|
|
|
|
|
|
Singapore tu pon pasarannya bukan besar mana. |
|
|
|
|
|
|
|
dorg mata wang DOLAR pon tak sempat nk tampung worker ramai2
kite matawang RINGGIT@MYR ni apatah lagi...hahahaha
tunggu dan lihat je...DENGAR2 gomen pye org pon akan ade penilaian mungkin mne yg x smpai KPi maybe rezeki xdek la nk koje ngn gomenTaro |
|
|
|
|
|
|
|
Opis saya hujung tahun ni semua staff sokongan taraf kontrak tidak akan d sambung.. kerajaan pn makin kering.. hr da warning suruh cari keja lain siap2.. kesiannya {:yameteh |
|
|
|
|
|
|
|
ni semua salah najib |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dodifarid at 14-10-2017 10:00 AM
Sebab kalah bersaing dengan syarikat penerbangan europe dan negara rantau arab le tu.. MAS pun sama.. syarikat media cetak bukan takat singapore jer satu dunia merosot dengan adanya internet/smartphone |
|
|
|
|
|
|
|
highcastle replied at 13-10-2017 07:05 PM
Hakikatnya masyarakat skg suka baca berita online. Cepat & takyah keluar duit..........
takde kaitan ngan ke mcm mana?
klau tak bkn main sorg sembang tak berasas fakta time media prima rugi hr tu iklan pun dah beralih platform sosial media... kurg kat tv dah.... nak survive mcm mana..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|