CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1010|Reply: 6

[Dunia] Hoverbike – motosikal terbang untuk polis Dubai

[Copy link]
Post time 19-10-2017 11:38 AM | Show all posts |Read mode
Pasukan Polis Dubai terkenal dengan dengan aset-aset mewahnya yang terdiri dari pelbagai kereta peronda eksotik seperti Mercedes-AMG G 63, McLaren 570S, dan banyak lagi. Terbaharu, pasukan berkenaan menerima satu lagi senjata unik untuk memerangi jenayah di negara yang kaya dengan hasil petroleum berkenaan iaitu Hoverbike atau motosikal yang boleh terbang.
Jentera yang kelihatan seperti dron ini didedahkan pada acara Gulf Information Technology Exposition(GITEX), dan dibina oleh syarikat Hoversurf dari Rusia. Pembinaan ‘motosikal terbang’ ini diasaskan dari produk Hoversurf sendiri, dari model Scorpion-3.
Bagi versi yang dihasilkan untuk polis Dubai ini, jentera berkenaan mampu terbang pada altitud lima meter dan ia mampu mencapai kelajuan maksima 70 km/j. Hoverbike ini digerakkan dengan motor elektrik janaan bateri, boleh berfungsi selama 25 minit bagi setiap cas penuh.
Dengan spesifikasi yang dinyatakan, jelas Hoverbike ini tidak berkemampuan untuk beraksi dalam adegan kejar-mengejar kelajuan tinggi, namun buat masa ini polis Dubai akan menggunakannya sebagai kenderaan pertama yang akan sampai ke tempat-tempat yang sukar untuk di jangkau oleh kenderaan biasa contohnya di tengah-tengah kesesakan jalan raya.
Dengan kemampuan untuk membawa muatan 272 kg, ia lebih dari cukup untuk membawa seorang anggota keselamatan untuk ketempat-tempat sukar berkenaan dan mampu membuat tugas-tugas dron dengan jarak sehingga enam kilometer.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2017 12:04 PM | Show all posts
Dah macam dalam pilem Star Wars lak tapi ni versi kurang laju
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 12:13 PM | Show all posts
tu ramai y jeles tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 12:16 PM | Show all posts
cool......
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 12:36 PM | Show all posts
Baru ptototype.
Lambat lagi nak implement.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2017 06:55 PM | Show all posts
fuyooo hebat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2017 10:58 PM | Show all posts
Kalo sume negara arab cam uae ni kan bagus..tak perlu jd kaya, ada sikap nak maju pun jadi laaa...ni tak abis2 nak gado sesama sendiri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:31 PM GMT+8 , Processed in 0.719004 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list