Edited by EJALTI at 19-10-2017 10:55 AM
Dah tua pun menyamun
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/10/274637/dah-tua-pun-menyamun#cxrecs_s
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Oktober 2017 @ 4:51 PM
Noor Hidayah Tanzizi
am@hmetro.com.my
Peralatan yang digunakan suspek untuk memecah masuk rumah mangsa. (Gambar kecil) Mohamad Zainal. FOTO ihsan PDRM.
POLIS menahan empat lelaki tidak sampai 24 jam selepas dipercayai memecah masuk sebuah rumah di Kampung Pulau Pisang, Bota Kiri, Bota, semalam, dan melarikan sebuah kereta Perodua Viva dan wang tunai berjumlah RM974.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, empat lelaki berusia antara 32 hingga 60 tahun itu ditahan jam 12.45 tengah malam tadi selepas menerima laporan berkenaan kejadian itu pada jam 7.44 pagi semalam daripada pemilik rumah berkenaan.
Menurutnya, bertindak daripada laporan diterima itu, pihaknya menahan keempat-empat suspek dipercayai sedang ‘lalok' di sebuah rumah di Kampung Lambor Kiri, Bota.
"Hasil siasatan awal dijalankan, hanya suspek berusia 60 tahun sahaja yang mengaku memasuki rumah mangsa secara berseorangan dan melarikan Perodua Viva milik mangsa.
|