CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 745|Reply: 4

[Jenayah] edisi x aci: 12 pengetua tahfiz Kelantan minta penjelasan agihan peruntukan

[Copy link]
Post time 20-10-2017 03:18 PM | Show all posts |Read mode
Edited by dizzzek at 20-10-2017 03:20 PM

KOTA BHARU: Dua belas pengetua sekolah tahfiz di Kelantan menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap peruntukan diberikan oleh kerajaan terhadap 28 institusi pengajian tahfiz baru-baru ini.
Pemangku Presiden Sekolah-Sekolah Tahfiz Malaysia (Permata) Ya’akob Wan Harun berkata 12 pusat tahfiz masing-masing hanya menerima RM15,000 manakala 16 pusat tahfiz lagi masing-masing menerima RM100,000.

“Apa yang menghairankan, bagaimana sekolah tahfiz yang sudah lama ditubuhkan serta mempunyai ramai pelajar hanya menerima bantuan sedikit sedangkan sekolah tahfiz baharu dengan jumlah pelajar sedikit diberikan peruntukan lebih.

“Justeru, 12 pengetua ini menuntut penjelasan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berhubung perkara berkenaan,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Ya’akob berkata pengagihan peruntukan yang disifatkan tidak adil itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pengetua kerana mereka berdaftar dengan MAIK sebelum ini dan perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

Beliau berkata pihaknya tidak tahu asas atau sebab jumlah peruntukan diberikan tidak sama dan berharap pihak kerajaan khususnya Maik dan Jakim menjelaskannya kepada sekolah tahfiz terlibat.

“Sekolah-sekolah tahfiz terlibat adalah antara terbesar di negeri ini dan berharap ada jalan penyelesaian secara adil.

“Kita tidak mahu berlaku sebarang keciciran dalam soal pembahagian ini apatah lagi kebanyakan sekolah tahfiz hanya mengharapkan sumbangan daripada orang ramai,” kata Ya’akob.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2017 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
kesian pengetua tahfiz yg dapat 15k. lama tu nak kumpul nak buat deposit.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 04:20 PM | Show all posts
ulang2 aku baca....sekali baca rm15k utk satu tahfiz kumpulan 12 dgn rm100k untuk 16 tahfiz...
baca lagi 2-3 kali, rupanya satu tahfiz group 12 dapat rm15k, satu tahfiz group 16 dpt rm100k.... bapak besar bezanya... sila jelaskan
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 04:53 PM | Show all posts
tahfiz yg sket tu milik pas
yg byk tu milik umno agknye

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 05:01 PM | Show all posts
bila sistem pendidikan nak di sambal belacan kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.065339 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list