Nama Ahmad Iqbal tiba-tiba hangat dibualkan kebelakangan ini sejak gambar-gambarnya tersebar, sudah tentu yang pertama sekali disebabkan kacak!
Yang kedua adalah disebabkan lelaki ini merupakan pembantu peribadi kepada Datuk Seri Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Hasmiza Othman.
Foto: IG Iqbal
Siap ada yang mengatakan mereka ini bercinta, namun sayangnya bila anak Datuk Vida iaitu Cik B pula menghalang!
"Ehemmm ehemmm, saya takkan benarkan dia bersama mama saya sebab dia tu nak perhatian je," katanya.
Walau bagaimanapun, kalau jodoh sudah ditetapkan Tuhan pasti bersatu jua. Bagi pihak keluarga Iqbal pula, mereka langsung tiada halangan. Ibu Iqbal sendiri Maznuni Che Yusof mengakuinya menerusi Berita Harian.
Iqbal dan ibu, Foto: Instagram
"Soal jodoh adalah ketentuan Allah, yang penting menjaga amanah yang diberi Datuk Seri Vida. Saya tahu Iqbal anak yang baik, jika ada jodoh antara mereka adalah."
Namun nampaknya kenyataan ini menerima reaksi negatif dari netizen. Paling sadis bila mereka melemparkan kata-kata buruk kepada ibu Iqbal.
"Sebab Datuk Vida tu jutawan, memanglah kau tak kisah buat dia jadi menantu."
"Nak kikis duitlah tu, nak tumpang senang."
"Cuba kalau Datuk Vida tu biasa-biasa je, nak ke dapat menantu tua?"
Ada sahaja yang tidak memuaskan hati, sampai ibunya pun menjadi mangsa kutukan.
Berpada-padalah memberi komen, kalau ibu kita sendiri yang menjadi bahan kejian orang ramai kita pun mesti marah juga kan? -CARI |