View: 2760|Reply: 35
|
[Tempatan]
Power bank terbakar dalam kereta, ditinggal ketika cuaca panas
[Copy link]
|
|
KANGAR: Gara-gara meninggalkan power bank dalam kereta ketika cuaca panas, seorang lelaki nyaris kerugian besar apabila pengecas mudah alih itu terbakar.
Kejadian kira-kira jam 12 tengah hari tadi berlaku di Persiaran Jubli Emas, di sini, namun pemilik kenderaan itu bernasib baik apabila kebakaran disedari orang ramai.
Saksi yang enggan namanya dikenali, berkata beberapa orang awam menyedari kereta berkenaan berasap, sebelum memadamkan api bagi mengelak kebakaran memusnahkan kereta terbabit.
"Pemilik kereta tidak menutup sepenuhnya cermin tingkap kenderaan. Jadi kejadian itu cepat disedari orang ramai yang melalui kawasan terbabit sebelum menjirus air untuk memadamkan api dan menghubungi pihak bomba untuk bantuan lanjut.
"Selepas api dipadamkan, terdapat power bank di tempat duduk hadapan penumpang di dalam kereta berkenaan, iaitu kawasan yang mengalami kebakaran yang mungkin menjadi punca kejadian," katanya ketika ditemui.
Usaha BH mendapatkan komen pemilik kenderaan terbabit tidak berhasil apabila lelaki berkenaan enggan ditemu ramah.
Bagaimanapun jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perlis, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kebakaran berjaya dipadam oleh orang awam.
"Hasil pemeriksaan mendapti kemusnahan akibat kebakaran itu membabitkan 10 peratus iaitu pada bahagian tempat duduk dan ia tidak membabitkan mangsa.
"Sehingga kini siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Huhu pasni kene la carry power bank dlm handbag |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg takut nak tinggal powerbank dlm kete. Dah byk kes jugak powerbank caused fire |
|
|
|
|
|
|
|
banyak citer pasal ni..
pengguna powerbank berhati2 la |
|
|
|
|
|
|
|
dari minggu lepas cuaca mmg panas..sebelum tu nyaman2 je hujan ala2 nak masuk musim tengkujuh..kluar je berita diramalkan bakal banjir besar amik ko terus cuaca panas |
|
|
|
|
|
|
|
Aku ingatkan nk hujan smpai ujg taun...hmmm panas pulak skang |
|
|
|
|
|
|
|
saladin780 replied at 21-10-2017 12:19 AM
dari minggu lepas cuaca mmg panas..sebelum tu nyaman2 je hujan ala2 nak masuk musim tengkujuh..kluar ...
tahun2 sebelum ni gitu juga...cuaca garing sebelum tiba bah. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 21-10-2017 08:23 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Tak boleh percaya pun ramalan kajicuaca
Ramal banjir besar, tapi cuma hujan renyai renyai
Musykil mana dia org dpt info banjir besar
Main pakai dadu ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Benda paling sukar diramal: emosi wanita dan cuaca...huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Dari hari tu nak beli powerbank tapi tak beli2 lagi.. nak yg ada feature fast charging... |
|
|
|
|
|
|
|
Elle_mujigae replied at 21-10-2017 09:16 AM
Dari hari tu nak beli powerbank tapi tak beli2 lagi.. nak yg ada feature fast charging...
Cari brand Anker atau Aukey, dua2 ni kuality elok dan ada fast charging. |
|
|
|
|
|
|
|
lama dah tak da powerbank
dr 2014 |
|
|
|
|
|
|
|
biasa pengguna ipon la pkai powerbank, psl bateri kecik
|
|
|
|
|
|
|
|
saladin780 replied at 20-10-2017 04:19 PM
dari minggu lepas cuaca mmg panas..sebelum tu nyaman2 je hujan ala2 nak masuk musim tengkujuh..kluar ...
Dia punya panas kalau baju ko basah terus pakai boleh kering terus |
|
|
|
|
|
|
|
Cuaca sekarang memang panas membahang.
Segala gadget elektronik sekarang guna bateri lithium ion dan bateri jenis ini tak boleh terdedah kepada suhu tinggi kerana ia boleh meletup atau terbakar. |
|
|
|
|
|
|
|
cuaca mempermainkan kita....
|
|
|
|
|
|
|
|
Power bank memang sentiasa dalam beg... |
|
|
|
|
|
|
|
Elle_mujigae replied at 21-10-2017 11:03 AM
first time dengar dua brand ni... thank you recommend.. kita terus browsing dia punya ...
So far dua brand ni mmg ok (aukey murah sikit berbanding anker) cuma elakkan model yg ada built in solar panel, sbb tak berbaloi, bukan boleh full charge pun pakai solar. |
|
|
|
|
|
|
| |
|