CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ctjah

[Falsafah] ...jangan takut memberi...

  [Copy link]
Post time 17-4-2019 05:26 PM | Show all posts
Memberi memang bagus.sikap yang dipuji.tetapi jika kita memberi dgn harapan nak dpt lebih atau dpt ganti yang lebih baik.rasanya itu bukan kerana Allah.apa apa pun niat  mesti betul.kalau kita ikhlas kita akan dapat lebih dari yang kita harapkan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2019 11:38 AM | Show all posts
apabila kita mempunyai kehidupan yang lebih baik, pandanglah kepada orang yang lebih rendah daripada kita dan berfikirlah bagaimana jika kita yang berada di tempat mereka?

Jika dengan pendapatan yang kita perolehi kita rasa masih tidak cukup (sekiranya kita pandang orang yang lebih kedudukan dari kita) maka kita pandang orang yang kurang mampu daripada kita untuk melahirkan dan memupuk rasa kesyukuran dalam diri kita.

Dikalangan adik beradik, aku lebih berjaya, mungkin lebih bernasib baik. Bila kenangkan waktu-waktu kecil kembali sehinggalah beranak pinak perasaan kasih sayang antara kami semakin erat. Adik-adik semua berpelajaran tinggi tapi zaman sekarang sukar untuk dapat kerja. Jadi ada yang terpaksa bekerja di kampung dan ada yang duduk dirumah menjaga ibu bapa kami.

Atas pengorbanan itu, apalah salahnya aku juga berkorban untuk mereka. Kalau kita hendak memberi, adalah lebih afdhal kepada keluarga terdekat kita dahulu. Mereka sakit, susah, kita juga turut terasa. Ibarat cubit paha kanan, kiri turut terasa.

Insya Allah, tidak akan kurang sedikit pun harta kita, malah makin bertambah apabila sentiasa diberikan. Pokok pangkal ikhlas. Lillahitaala...



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2019 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul. Jangan takut memberi sebab setiap pemberian kita seikhlas hati biasa nya terbalas tanpa kita sedar. Mungkin bukan dalam bentuk harta atau wang, mungkin kita selalu sihat, anak2 berjaya dan pelbagai macam lagi nikmat yamg kadang2 kita tak sedar pun.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2019 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2019 04:35 PM | Show all posts
memberi duit tak takut..
memberi hati pada org yang salah..tu lagi takut..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2019 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Semakin banyak kita memberi..semakin banyak jugak nikmat yg akan kita dapat secara sedar atau tidak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2019 11:43 PM | Show all posts
Kalau memberi sebab nk balasan, baik x payah
Terpulang pada niat..
Kdg2 kita beri secara ikhlas, org cakap kita menunjuk..
But, who cares..Why bother kannn

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2019 06:16 AM | Show all posts
Memang FC amalkan dari dulu lagi ..
tak mengharapkan apa apa pun ..
sebab perasaan bila memberi berkongsi tu sendiri dah membuat FC rasa tenang .. rasa bahgia
susah nak ungkap kan dengan perkataan .. perasaan tu .

Tak semesti nya kita memberi tu .. memberi dalam bentuk yang nampak ..
sebab FC pegang kata - kata ni ..
daripada kita bagi ikan .. baik kita bagi pancing
pemberian yang berterusan

Jangan risau .. pemberian ilmu tak akan membuat kita rugi sedikit pun ..
Rezeki kita .. rezeki kita .. rezeki orang .. tu bahagian dia ..



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2019 06:27 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 19-4-2019 10:16 PM
Memang FC amalkan dari dulu lagi ..
tak mengharapkan apa apa pun ..
sebab perasaan bila memberi be ...

pemberian ilmu... boleh datang dengan pelbagai bentuk dan makna. ilmu yang manafaat datang dari guru yang ikhlas memberi bukan kerana gaji atau pangkat. akan tetapi ikhlas dalam menyampaikan ilmu yang dimiliki, sanggup menyusahkan diri untuk masa depan orang lain. bukan semua benda nak senang, hujung bulan cucuk duit, claim diri adalah lilin membakar diri.
Lagi aku respek pada mereka yang memberi ilmu dengan percuma tanpa mengharap balasan orang lain. niat semata mata untuk panjangkan ilmu yg ada supaya dapat memberi manafaat kepada mereka yang meminati. Orang orang sebegini, kubur kubur dia jauh lebih terang dari guru hujung bulan cucuk duit. sebab antara benda yang tak putus hubungan dia dan dunia nyata selepas dia mati adalah ilmu yang manafaat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2019 10:00 AM | Show all posts
OttoVonBismark replied at 20-4-2019 06:27 AM
pemberian ilmu... boleh datang dengan pelbagai bentuk dan makna. ilmu yang manafaat datang dari gu ...

Pakcik.. Teruskan berkarya..
I bet you pun jenis suka berkongsi imu..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 03:43 PM | Show all posts
You can't imagine he power of giving.
Lagi2 time tengah kesempitan duit.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2019 09:34 AM | Show all posts
bila memberi..kita kena ikhlas..dan berserah sebulatnya pd Allah..
ni yg tak ramai org ada..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2019 09:49 AM | Show all posts
mentaliti sesetengah adik beradik bila ada sorang yang senang sikit orang tu lah kena memberi segala2nya, datang rumah berhari2 bawa badan ja, kitalah yang beli barang nak bagi makan dia anak beranak, keluarga adik 5 kepala, keluarga kakak 7 kepala, bayangkan berapa banyak nak sedia untuk bagi makan, minta duit sms terus tanya nak pinjam duit, bukan nak tanya khabar mak dia dulu, sihat ke tak, mentang2 lah kita jenis halalkan je duit yang dipinjam, terus pinjam lagi dan pinjam lagi x da rasa malu, saya bukan jenis yang harap pujian orang, atau jenis mengungkit, atau jenis berkira, tapi sekurang2nya sebelum nak pinjam duit tu tanyalah khabar mak sihat ke tak, dah lah jumpa mak setahuun sekali je time raya, x tanya khabar aku pun x apa, kadang2 menguji kesabaran juga dengan orang suka ambil kesempatan, nasib baik mulut ni masih blh tahan lagi dari sembur orang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2019 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya betul. Jangan takut memberi. Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Dan tusalahsatucara untuk mencuci dosa2 kita yang mungkin kita tak sedar pernah terguna atau terambil hak orang lain

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2019 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi jangan pulak memberi or bersedekah dengan harapan dapat something else in return. Ramai ja i tengok orang zaman sekarang, bersedekah sebab nak kaya. Sebab bila sedekah, Allah akan bagi balik lebih dari tu. Memang betul, tapi niat kita nak bersedekah ikhlas kerana Allah dan nak menolong. Dapat balasan atau tak, itu kerja Allah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2019 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringin nak jadi pemurah macam kakak aku.
Tapi so far belum mampu lagi.
Kakak aku dari dia start keje lepas grad, dengan gaji 800 dia memang jenis yg memberi.
Utk mak ayah, adik-adik, kucing2.
Setiap kali gaji, memang x pernah lepas belanja family.
Kalau makan KFC (zaman susah dulu), dia makan tulang, kucing dia makan isi.
Kucing dia pun akan dapat makanan sedap2 waktu dia gaji.
Dengan kawan2 pun pemurah. Kalau setakat kawan2 nak pinjam duit dia boleh bagi tanpa harapkan org bayar balik.
Dan aku sendiri nampak macamana smooth perjalanan hidup dia dari dulu.
Walaupun gaji kecik, tak pernah sesak. Sentiasa rasa cukup. Macamana dia selalu senangkan org lain, macam tu jugak urusan dia selalu dimudahkan.
Waktu kerja, semua orang selalu nak belanja dia makan, belanja minum, kasi angpow, kasi duit. Sampai dia terpaksa tolak.
Dan memang antara semua adik beradik aku, dia yg paling senang sekarang.
Cuba nak jadi macam dia sikit2. Hopefully dapat la.. pelan2 kayuh.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2019 03:23 PM | Show all posts
Baru sampaikan pemberian buat yang memerlukan
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2019 09:03 AM | Show all posts
mulakan dengan memberi pada ahli keluarga dan saudara dulu..barulah ke outer circle.. kadang2 ada yang beriya sedekah untuk orang yang tak dikenali..kawan2.. tapi tanggungjawab pada ahli keluarga sendiri terabai.. gitu..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2019 09:45 PM | Show all posts
Edited by BabyMiakaChan at 1-6-2019 09:49 PM

Nak kongsi experience sendiri. Iols pernah kesempitan wang sangat2 dan dalam masa yang sama kena bayar fidyah yang tertunggak. Kalau ikut Islam, orang yang sendiri susah, fidyah boleh bagi kat diri sendiri, maknanya dia x wajib bayar fidyah.

Tapi disebabkan rasa bersalah dan x sedap hati, iols lunaskan jugak semua bayaran dan serahkan pada satu family susah ni, walaupun masa tu iols tahu iols akan kesempitan wang. Tapi hati berdoa semoga Allah permudahkan segalanya.

Malam yang sama kawan iols mesej ajak jumpa. Malam tu bile pergi jumpa dia, dia bawakkan iols lebih kurang 3kg daging mentah, seekor ayam turki, dan 1 pack beras basmathi. Di tempat iols tinggal sekilo daging 60TL. Kalau nak cakap dari segi nilai, sama je macam RM60/kg.

Balik rumah memang menangis dan bersyukur sangat sebab x sangka, itu balasan yang Allah bagi, 'cash' dan dan tu jugak. Allahu Rabbi...

Pengajaran, rezeki itu memang milik Allah. Kalau kita percaya dan tawakkal padanya, insallah akan dibalas dengan pahala dan ganjaran yang sepada atau lebih. Malam tu memang insaf sangat2

Semoga apa yang iols share ni dapat jadi iktibar pada rakan2 sekalian supaya jangan takut memberi. Allah itu wujud, dan janjiNya tu pasti.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2019 12:37 AM From the mobile phone | Show all posts
BabyMiakaChan replied at 1-6-2019 09:45 PM
Nak kongsi experience sendiri. Iols pernah kesempitan wang sangat2 dan dalam masa yang sama kena bay ...

touching pula baca perkongsian u ni. terima kasih berkongsi pengalaman yang amat berharga ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:23 PM GMT+8 , Processed in 0.245110 second(s), 66 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list