CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 856|Reply: 17

[Tempatan] Tidak naik tol boleh risikokan keselamatan jalan raya.

  [Copy link]
Post time 23-10-2017 05:02 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 22-10-2017 01:03 PM


http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/tidak-naik-tol-boleh-risikokan-keselamatan-jalan-raya-1.746391


KUALA LUMPUR - Tawaran untuk tidak menaikkan tol selama tempoh 20 tahun menerusi pembidaan pengambilalihan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) boleh merisikokan keselamatan jalan raya kerana ia akan menyukarkan untuk membiayai peningkatan ketara kos penyenggaraan, demikian menurut seorang pakar keselamatan pekerjaan.

Dr Mohamad Syazli Fathi, Timbalan Pengarah Unit Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Universiti Teknologi Malaysia, skeptikal dengan tawaran itu dalam keadaan peningkatan berterusan harga kos bahan mentah, terutamanya bitumen dan simen.

Ini, ditambah dengan kenaikan kos penyenggaraan dan operasi akan menjejaskan apa juga pendapatan tambahan yang diperoleh daripada peningkatan trafik sepanjang lebuh raya sejauh 772 kilometer itu yang merentangi semenanjung Malaysia, katanya.

"Ada yang perlu dilepaskan sekiranya tiada kenaikan tol, sekali gus merisikokan keselamatan jalan raya,” katanya kepada Bernama dalam perdebatan umum mengenai rancangan oleh Maju Holdings Sdn Bhd yang mengumumkan bidaan berjumlah RM36 bilion untuk mengambil alih PLUS daripada pemiliknya sekarang, UEM Group dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Menerusi bidaan itu, Maju Holdings menyatakan ia tidak akan menaikkan bayaran tol bagi tempoh 20 tahun.

Dr Syazli, yang mengetuai Kumpulan Penyelidikan Kualiti Pembinaan dan Penyenggaraan (CQM) universiti itu berkata penyenggaraan lebuh raya utama seperti PLUS tidaklah semudah seperti yang disangkakan oleh orang ramai memandangkan hakikat bahawa semakin rancak aktiviti ekonomi dan pembinaan dengan pembukaan kawasan-kawasan baharu, kesan alam sekitar akan menjadi lebih buruk dengan penggunaan lebuh raya yang terlalu kerap.

Apa yang tidak disedari oleh ramai orang ialah perubahan iklim yang boleh menjadi lebih ketara pada masa depan, katanya.

"Sebagai contoh, biasanya apabila kita memperkatakan mengenai banjir yang berlaku saban tahun kita hanya memikirkan negeri-negeri di Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu. Tetapi kini banjir juga berlaku di Johor, Kedah dan beberapa negeri lain," katanya.

PLUS juga terpaksa menanggung kos tinggi untuk penurapan dan penyenggaraan pelbagai cerun dengan menggunakan kaedah teknologi terkini seperti penggunaan sensor (pengesan) yang menjadi semakin mahal.

Pengguna lebuh raya juga perlu mengambil kira perkara ini untuk melihat kewajaran mengapa kenaikan tol tidak boleh dielakkan.

"Meskipun semua ini, PLUS hanya menaikkan tol sebanyak 5.0 peratus setiap tiga tahun sekali berbanding sehingga 40 peratus oleh 17 pemegang konsesi lain dan tidak pernah menaikkan tol sejak 2005. Saya percaya mereka boleh berbuat demikian kerana UEM dan KWSP merupakan entiti milik kerajaan.

"Jadi ia perlu kekal dalam kawalan kerajaan
dan dan demi kepentingan 14.5 juta ahli KWSP yang mendapat manfaat daripada pelaburan ini," kata Dr Syazli. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2017 07:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Naik jela. Mane pernah stop lame pun. Rm10 sekali lalu pun tetap pengguna jln raya kena lalui.  
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 08:20 AM | Show all posts
Komen dari universiti tendang menendang...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 08:22 AM | Show all posts
Allahu......
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
adoi..
huhu
paling suwey silk la..naik sampai lapan posen..
tp tetap jiga kena guna..ldp pung ..adoi..jgn.naik mendadak la..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
plus neh lama dh x guna..
rendu plak nak guna plus...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2017 09:09 AM | Show all posts
bunyik dah...pasni naik la tu...jurucakap umngok kot?
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Prof ek ckp mcm tu..mmm..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2017 10:04 AM | Show all posts
tp untung tetap berbillion dolar hasil kenaikan tol....
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Susah sangat PLUS ni nak menanggung kos operasi. Kesian. Marilah kita beramai-ramai membayar tol dan membantu pihak PLUS. Demi kebaikan kita-kita juga. Kalau tak nanti yang eksiden sapa? Kita juga.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 11:06 AM | Show all posts
ada je idea nak perah pengguna kan..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 11:09 AM | Show all posts
janji tol tak naik hampeh
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 11:15 AM | Show all posts
skarang mungkin tak naik la....tunggu la lepas PRU nanti....
kita tgk....
sapa yg kenaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 11:23 AM | Show all posts
nak naik tu naik kan ajelah
xyah beriya nk wat justifakasi itu ini
turap jln lps tu x rata
berbuai2 bawak keta cam naik kuda
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Duk kl mmg terasa sgtvtol ni..sn sini tol dah mcm perniagaan dah..

Kerajaan mmg xde duit ke nk buat jln tanpa tol?
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelaq punya komen.. nk justify utk kenaikan harga tol, salahkan cuaca, maintenance cost naik.
Dah Tan Sri Abu Sahid Mohamed kata dia boleh buat maintenance tanpa perlu naikkan harga tol Plus, juai ja la..
Hari tu dia dah buat due diligence & risk assessment, dan dia confirm boleh manage tanpa perlu revise toll rate,aku sokong ja..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2017 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
mommymonster82 replied at 23-10-2017 11:27 AM
Duk kl mmg terasa sgtvtol ni..sn sini tol dah mcm perniagaan dah..

Kerajaan mmg xde duit ke nk bu ...

kan. bnda dkt tp trpksa gak lalu tol. klo x lalu jln yg brpusing klo nk free. tp lalu tol kdg2 brpusing gak jln dia. cmnetu. sbb tu aku suke negeri perak. dkt ngn kl ngn selangor byk jln dlm skurgnye kire ok gak la luas jln dlm tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 23-10-2017 12:26 PM
kan. bnda dkt tp trpksa gak lalu tol. klo x lalu jln yg brpusing klo nk free. tp lalu tol kdg2 brp ...


Berpusing2 dan jem sgt2..
Tp kat kl ni mn jln yg xde tol..semuanya tol.. mmg buat bisnes betul dorg ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:19 PM GMT+8 , Processed in 0.139477 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list