CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2210|Reply: 19

Pusat Tahfiz Terbakar Lagi, Kali Ini Di Shah Alam

  [Copy link]
Post time 23-10-2017 01:27 PM | Show all posts |Read mode


sumber : internet



Satu kebakaran melibatkan pusat tahfiz berlaku lagi malam tadi.


Walaupun dilaporkan sebahagian daripada ruang asrama di pusat tahfiz yang bertempat di Kampung Bukit Lanchung, Shah Alam itu musnah dalam kebakaran, namun tidak mengakibatkan kecederaan mahupun kehilangan nyawa.


Memetik laporan Berita Harian, insiden di Akademi Ihya Ul-Quran Tahfiz itu berlaku kira-kira jam 8 malam, dipercayai berpunca daripada kebakaran kecil pada tengah hari semalam, apabila sebiji bantal terbakar selepas terkena bara ubat nyamuk.


Warden asrama, Mohd Khairul Ni’mat Doll Kawaid berkata, beberapa pelajar memaklumkan kepadanya, kemudian mereka menjalankan pembersihan bagi memastikan kebakaran tidak merebak.


“Mungkin ia terbakar secara perlahan-lahan kerana antara tengah hari hingga jam 8 malam, tidak ada tanda asap atau kesan bakar,” katanya.


Sementara itu, pelajar Muhammad Farhan Muzabfar memberitahu, ketika kejadian, ada 13 pelajar di sekolah berkenaan sedang mengaji Al-Quran selepas solat Maghrib.


Bagaimanapun, seorang rakan yang keluar ke tandas terhidu bau pelik serta ternampak cahaya terang dari tingkat atas.


Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor memaklumkan, Balai Bomba Shah Alam menerima panggilan kecemasan kira kira jam 8.28 malam.


Sepasukan 14 anggota bersama dua jentera kemudian bergegas ke lokasi kejadian.


Sebaik tiba, api sedang marak di sebuah bilik di tingkat dua blok asrama maahad tahfiz berkenaan.


Bagaimanapun, ketika kejadian tiada penghuni di bilik asrama itu.


Api dapat dikawal beberapa minit kemudian dan punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.- CARI

sumber : internet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2017 01:34 PM | Show all posts
Oh no...not again. Kerajaan pls do something.

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 02:03 PM | Show all posts
@sebu1 pls do samting
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah xda kemalangan jiwa..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
aku.....merenung jauh...buntu....mencari..dan memikirkan....mengapa...untuk kesekian kalinya...'perkara ini' terus berlaku.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Why ubat nyamuk???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2017 02:33 PM | Show all posts
pakai kelambu ajala

hanya pemalas aja pakai ubat nyamuk
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 02:43 PM | Show all posts
trend









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2017 02:44 PM | Show all posts
lagi?....................
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Tuhan maha adil sis
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 02:59 PM | Show all posts
Edited by precious_chicas at 23-10-2017 03:04 PM

kenapa asrama tahfiz je camni? asrama sekolah takde nyamuk ke? Atau tiadanya semburan hapus nyamuk dijalankan secara berkala dari pihak pengurusan sekolah?

Nak kawal pelajar untuk tak bakar ubat nyamuk mmg payah nak di control.
Better eliminate apa yg jadi puncanya dgn mencegah nyamuk di kawasan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 03:48 PM | Show all posts
pelik plak, tp bnda dah jadi.. alhamdulillah sume selamat
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 04:18 PM | Show all posts
kadang2 terjadinya sesuatu perkara sebab nak bagitau kepincangan sesuatu perkara
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Knp byk sgt kejadian mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2017 01:33 AM From the mobile phone | Show all posts
leylapple replied at 23-10-2017 04:18 PM
kadang2 terjadinya sesuatu perkara sebab nak bagitau kepincangan sesuatu perkara

'Segalanya mungkin'-Headwind....
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2017 02:45 AM | Show all posts


Tak payah pasang kelambu tak payah pasang ubat nyamuk .. pasang sahaja mosquito nets pada tingkap tingkap.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2017 02:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Nampaknya semua sekolah tahfiz satu persatu akan dapat ujian tuhan, tunggu giliran lah yer
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2017 03:34 PM | Show all posts
diharap lepas ni pusat tahfiz dpt peruntukan dr kerajaan supaya dpt bina sekolah yg mengikut piawaian keselamatan
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2017 04:10 PM | Show all posts
yg ke berapa yer after keramat ?


wlpon ketentuan Allah minat dgn 'bermusim'  .....     tapi musim bakar tahfiz ni pelik sikit dr musim lain sebelum tu



Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2017 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
berpusu - pusu tak derma masuk lepas thafiz-tahfiz ne semua terbakar? ke wajib masuk tibitigesuku dulu baru nak derma?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:22 PM GMT+8 , Processed in 0.075005 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list