CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: ctjah

[Idea] siapa kita untuk berlagak sombong

  [Copy link]
Post time 29-12-2017 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesombongan tidak menjadikan seseorg tinggi darjat, tapi dengan kesembongan itulah ia akan terperosok dalam kerendahan akhlak.

Gunung yang tinggi, besar, luas dan gagah perkasapun tidak pernah bangga. Lalu kenapa engkau yang hanya sejentiknya berani sombong. Malulah sama gunung!

Percayalah, Manusia yang sombong akan ditundukan dan orang yang angkuh akan direndahkan.

Cara meredakan kesombongan dalam diri kita adalah dengan mengingat Asal dan Akhir kita.

Kadang Tuhan tidak akan mengubah suatu keadaan yang terjadi disekitarmu, karena dia ingin mengubah apa yang ada didalam hatimu.

Kelemahan dan kekurangan diberikan Tuhan agar kita jauh dari kesombogan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2017 01:31 AM | Show all posts
sory nak tanye pendapat sikit. mcm mana kita nk tegur if ada family kita yg sombong dan kdg2 dengki dgn org especially parents?  sometimes mak i mcm ada dengki dgn org bila tgk org lebih sikit dari dia. tapi xtau mcm mana nak tegur sbb takut dia kecik hatii

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2017 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Ironi        

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2017 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
SOMBONG PENGHALANG MASUK SYURGA

Banyak kisah mengenai kebinasaan yang diterima oleh mereka yang bersikap angkuh tetapi nampkanya masih ramai lagi yang bersikap begitu terhadap sesama manusia. Sebagai contoh, iblis telah diusir dari syurga kerana sifat sombongnya yang tidak mahu sujud kepada Nabi Adam a.s. Begitu juga kisah Qarun dan seluruh harta bendanya kerana sikap sombong kepada kaumnya juga terhadap Allah s.w.t.

Firaun dan bala tenteranya juga menerima nasib yang sama apabila ditenggelamkan ke dalam laut kerana sikap sombongnya yang mengakui diri sebagai Tuhan.

Kaum Nabi Lut a.s. juga mengalami nasib yang sama apabila mereka sombong dengan menolak kebenaran yang disampaikan Nabi Lut a.s. supaya meninggalkan tabiat buruk. Mereka mengamalkan penyimpangan seksual dengan memilih pasangan hidup sesame jenis (homoseks) sehinggakan pada suatu pagi, Allah s.w.t membalikkan bumi tempat tinggal mereka dan tiada seorang pun daripada mereka yang dapat menyelamatkan diri dari azab-Nya.

Mengapakah kita dilarang bersikap sombong dan angkuh? Ini kerana manusia adalah makhluk yang lemah. Tidak layak makhluk yang lemah itu bermegah-megah dan sombong terhadap Allah s.w.t yang menjadikan alam semesta ini.

Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya, masih ramai manusia yang lupa diri sehingga menjadi sombong dan angkuh untuk menerima kebenaran, memandang rendah orang lain dan menganggap diri sempurna segala-galanya.

Rasulullah s.a.w telah mengingtkan betapa bahayanya sifat sombong, sebagaimana dilaporkan oleh Abdullah bin Mas'ud r.a., Rasulullah s.a.w berkata : "Tidak masuk syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya sedikit sifat sombong". Kemudian seseorang itu berkata : "Ya Rasulullah, sesungguhnya seseorang itu suka pakaiannya bagus dan kasutnya bagus". Rasulullah s.a.w menjawab : "Sesungguhnya Allah itu indah dan Dia menyukai keindahan (dan yang dimaksud dengan) kesombongan itu adalah menolak kebenaran dan merendah-rendahkan orang lain". - hadis riwayat Muslim.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2018 05:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Sesetengah org yg sombong tu sbb dia tgh berada di atas danbrs spt dujia ni dia yg punya...walhal dunia ni bulat dan orang yg berada di atas bkn akn selama2nya di atas.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2018 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul tu tt..
Sesetengah yang rasa diri gah mendongak langit...tapi...sampai bila??

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2018 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang yang berlagak sombong itu pada hakikatnya mereka adalah tergolong dalam golongan orang yang lemah. Oleh kerana, antara ciri-ciri orang yang berlagak sombong itu adalah suka memarahi orang lain terutama di depan khalayak ramai, maka telah disebut dalam satu hadith yang bermaksud; Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang paling kuat bukanlah orang yang tidak dapat dikalahkan oleh orang lain, tetapi orang yang paling kuat adalah orang yang dapat menguasai dirinya ketika ia sedang marah.” Hadith Riwayat Muslim – 4723

Berdasarkan konsepsi hadith ini, jelas menunjukkan bahawa seseorang yang tidak mampu mengawal marahnya adalah merupakan orang yang tidak kuat atau lemah.

Dalam ilmu psikologi, orang yang berlagak sombong itu sering menggunakan salah satu teknik self-presentation iaitu intimidation samada secara sedar mahupun tidak. Intimidation atau intimidasi digunakan untuk membangkitkan rasa takut pada orang lain dengan membentuk imej sebagai individu yang digeruni supaya orang lain mengikutinya. Tambahan itu, intimidasi juga boleh digunakan secara positif atau pun negatif berdasarkan kepada situasi dan tujuan tertentu. Jika seseorang itu menggunakan teknik ini ke arah yang negatif maka akan jadilah ia seorang yang berlagak sombong, suka marah-marah, bengis, merasakan diri bagus dan yang akhirnya akan menjerumuskan dirinya ke arah kehancuran.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2018 03:34 PM | Show all posts
“Pride and weakness are Siamese twins.” - James Rusell Lowell

Orang yang sombong ini selalunya mahu menutup kelemahan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2018 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
zatiii replied at 30-12-2017 01:31 AM
sory nak tanye pendapat sikit. mcm mana kita nk tegur if ada family kita yg sombong dan kdg2 dengki  ...

Bolayan je, sama je perangai dengki my sil tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2018 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebagai manusia biasa kita tidak terlepas dari sifat sombong atau riak yang ada masanya berlaku diluar kesedaran seperti mempamirkan kejayaan yang kita capai, seronok dengan kebahagian kita, bersyukur dapat makan mewah atau seumpamanya. Walaupun niat kita hanya untuk berkongsi cerita tetapi ia boleh menjadi riak bila orang lain yang melihat atau membaca berasa rendah diri, sedih dan seumpamanya.
Jika boleh kurangkan berkongsi perjalanan hidup di media sosial. Bukan semua orang bernasib baik seperti kita.
Sentiasalah berzikir memohon keampunan Allah kerana kita hamba yang lemah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2018 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasulullah s.a.w telah mengingtkan betapa bahayanya sifat sombong, sebagaimana dilaporkan oleh Abdullah bin Mas'ud r.a., Rasulullah s.a.w berkata : "Tidak masuk syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya sedikit sifat sombong". Kemudian seseorang itu berkata : "Ya Rasulullah, sesungguhnya seseorang itu suka pakaiannya bagus dan kasutnya bagus". Rasulullah s.a.w menjawab : "Sesungguhnya Allah itu indah dan Dia menyukai keindahan (dan yang dimaksud dengan) kesombongan itu adalah menolak kebenaran dan merendah-rendahkan orang lain". - hadis riwayat Muslim.

Dalam al-Quran, Allah s.w.t turut mengingatkan : "Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia dan janganlah engkau berjalan dibumi dengan berlagak sombong, sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong , takbur lagi membanggakan diri". - surah al-Luqman : 18.

Allah berfirman lagi : "(Setelah itu) dikatakan kepada mereka : Masukilah pintu-pintu Neraka Jahanam itu dengan keadaan tinggal kekal kamu di dalamnya; maka seburuk-buruk tempat bagi orang yang sombong, takbur ialah Neraka Jahanam". - surah al-Zumar : 72.

Rasulullah s.a.w berkata : "Tidak akan masuk syurga siapa yang ada di dalam hatinya sedikit kesombongan". - Hadis riwayat Muslim.

Rasulullah s.a.w berkata : "Mahukah aku beritahu kepada kamu tentang penghuni syurga? Para sahabat menjawab : "Tentu wahai Rasulullah", lalu baginda berkata : "Penghuni syurga adalah orang yang lemah lagi direndahkan orang lain, kalau dia bersumpah (berdoa) kepada Allah s.w.t nescaya Allah kabulkan doanya. Mahukah aku beritahu kepada kamu tentang penghuni neraka? Para sahabat menjawab : "Tentu wahai Rasulullah" , lalu baginda berkata : "Penghuni neraka adalah orang yang keras kepala, berbuat sesuka hati (kasar), lagi sombong perangainya".- hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2018 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Jauhi sifat sombong dari diri kita. Jangan sampai kesombongan yang ada dalam hati kita walaupun sedikit akan membuat kita dibenci Allah, dipalingkan dari kebenaran, danterkunci mati hatinya. Na’udzubillah…
Semoga kita dijauhkan dari sifat sombong.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
      Pujian yg kita cari untuk kebaikan terkadang menggoda kita untuk menyangjung ketidaksempurnaan orang lain sehingga kita menjadi sombong dan angkuh kitalah insan yang sempurna.  
      Kurangkan perasaan ingin di puji kerana sebaik2 pujian itu adalah milik Allah semata-mata

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 11:51 AM | Show all posts
ada beberapa orang kat sini yang nampak kuat amalan agama nya...tapi sombongnya cara melayan orang...cakap menjerit-jerit...baling fail...memperlekehkan orang lain

selalu terfikir kenapa orang nak sombong...bukan boleh selesaikan masalah pon dengan kesombongan tu...hari last dia nak bersara, admin gigih la buat farewell party tapi malangnya xde staf yang datang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau hari ini kita rasa kita hero,
jangan lupa esok kita boleh jadi zero.
Hanya dengan KUN FAYAKUN. Buang sombong dan rasa besar dalam diri tu. Tidak memiliki itu sebuah ujian. Memiliki sesuatu juga sebuah ujian-- yang lebih hebat, yang lebih halus.
Optimis itu bagus; cuma jangan sampai riak, takabbur, tidak menjaga silaturrahim. Jangan lupa asal usul kita. Semuanya asal dari tanah, dan ke tanah juga kita akan kembali. Apa yang kita ada hari ni, semuanya akan kita tinggalkan. Tak ada satu pun kita akan bawa bersama. Hanya satu yang bernama taqwa!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
*Allah mengenaliMu begitu indah, mencintaiMu membuat aku bahagia*

Dan dengan mencintaiMu ya Allah, membuatkan aku memahami erti cinta yang sebenar. Cinta yang paling manis. Bahkan lebih manis dari coklat. Dan dengan mencintaiMu juga tidak akan mengecewakan aku.

Sungguh aku rindu denganMu ya Rabbi. Ampunkan aku ya Allah kerana selama ini aku lalai. Jika selama ini aku lebih cintakan makhluk dari mencintaiMu.

Sungguh jika aku mencintai makhluk dari segalanya, hatiku akan kecewa. Tapi bila mana aku mencintaiMu melebihi segalanya. Kebahagiaan lah yang akan aku kecapi.

Ya Allah jika dengan mencintai makhlukMu membuatkan aku semakin jauh denganMu, aku mohon kau hilangkan perasaan itu ya Allah.

Aku sanggup kehilangan orang yang aku cinta jika hanya dengan cara ini dapat menambahkan perasaan cintaku padaMu ya Rabbi.

Dan aku mohon kau jangan hilangkan perasaan ini terhadapMu. Kerana aku tak sanggup jika hidup dalam  kemurkaanMu. Dan limpahkan lah kasih sayangMu kepadaku.

Kerana aku tahu ya Allah, kasih sayangMu mengatasi segala kemurkaanMu.
@MisXoXo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2018 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
KERANA KESOMBONGAN DENGAN ALLAH KEBANYAKAN MANUSIA LEBIH MENGUTAMAKAN HAL DUNIA DARIPADA AKHIRATNYA

Dua perkara yang menyedihkan:

1: Seorang lelaki yang tidak pernah masuk masjid kecuali jenazahnya.

2: Seorang wanita yang tidak pernah menutupi auratnya kecuali ketika dikafani.

Firman Allah SWT:

   

“Sedangkan kamu lebih mengutamakan kehidupan dunia...”
(QS Al-A'la: 16)

Demikianlah sikap kebanyakan manusia:

1: Mereka boleh masuk ke tempat kerja sebelum waktunya.

2: Mereka boleh tiba di lapangan terbang sebelum waktunya.

3: Mereka boleh datang (menunggu giliran) di hospital sebelum waktunya.

4: Mereka boleh berada di dalam stadium, 2 atau 3 jam sebelum perlawanan bermula...

Akan tetapi tatkala mereka mendengar Azan mereka berlengah-lengah tanpa berasa apa-apa....

SEMOGA APA YANG KITA PELAJARI DAPAT KITA AMALKAN DAN SAMPAIKAN ...INSYA ALLAH

#mekdolly

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2018 12:50 AM | Show all posts
bila sy bersikpa sombong, saya rasa sedih yang sangat2 selepasnya
sebab takut Allah tak lagi tambah apa yg ada

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2018 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Tiada yg perlu dibanggakan kalau kita ingat yg byk aib kita ditutup Allah. Byk kesilapan kita yg Allah tutup & Allah tidak pernah jemu memberi peluang kpd hambaNya walapun berulang kali berbuat kesalahan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:50 PM GMT+8 , Processed in 0.150604 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list