CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15280|Reply: 102

[Jenayah] Anda boleh disaman membuka, menyebar aib orang yang enggan boikot

  [Copy link]
Post time 18-4-2024 09:55 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 19-4-2024 10:22 AM

PETALING JAYA: Tindakan memuatnaik hantaran di media sosial untuk memalukan individu yang tidak memboikot jenama dikaitkan dengan Israel adalah melanggar undang-undang privasi, kata seorang peguam susulan penyebaran gambar orang ramai berpusu-pusu singgah di restoran makanan segera terkenal ketika Aidilfitri.

Warganet turut melabelkan orang ramai yang mengunjungi McDonald’s dan KFC itu sebagai “anjing”.

Peguam terbabit, Bastian Pius Vendargon berkata mereka yang terjejas boleh mengambil tindakan sivil kerana ia adalah “hak yang diiktiraf” di Malaysia selain memfailkan saman fitnah terhadap individu yang membuat hantaran.

“Sekiranya hantaran itu menunjukkan orang dalam gambar atau video itu telah terlibat dalam kelakuan yang menjijikkan atau sesuatu yang mencemarkan nama baik mereka di mata masyarakat umum, maka ia boleh menjadi fitnah.”

Beliau juga berkata hantaran itu juga mungkin telah melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhak memulakan prosiding jenayah.

“Jika hantaran seperti ini boleh mencetuskan keganasan atau menggugat keamanan, maka ia termasuk dalam Akta 588. Itu adalah penyalahgunaan media,” katanya.

Seksyen 233 Akta 588, sebagai contoh, menjenayahkan kandungan dalam talian yang “lucah, tidak senonoh, palsu, mengancam atau menyinggung perwatakan dengan niat untuk menjengkelkan, menyalahgunakan, mengugut atau mengganggu orang lain”.

“Di Kuantan, sudah ada keganasan fizikal atau ancaman keganasan fizikal. Itu telah melampaui batas,” tambah Vendargon.

Di Kuantan, Pahang, seorang lelaki baru-baru ini mendakwa sekumpulan lelaki telah menghinanya ketika dia pergi cawangan McDonald’s bersama keluarganya, dengan salah seorang lelaki itu dikatakan mengugut untuk memukulnya dengan topi keledar.

Lima orang telah ditahan berhubung kejadian itu. Mereka disiasat kerana ugutan jenayah mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Peguam Baljit Singh Sidhu berkata tindakan mengambil gambar pelanggan di restoran itu tanpa persetujuan mereka adalah melanggar undang-undang dan hak privasi mereka.

Beliau berkata satu lagi kebimbangan mengenai video terbabit ialah wajah kanak-kanak di bawah umur boleh dilihat dalam beberapa hantaran, yang boleh menjadi pelanggaran Akta Kanak-Kanak 2001. Akta Kanak-Kanak 2001 menyatakan sekatan ke atas laporan media dan penerbitan mengenai kanak-kanak.

“Identiti kanak-kanak tidak boleh didedahkan, ini satu pencabulan. Tindakan boleh diambil oleh menteri kebajikan,” katanya merujuk kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Nancy Shukri.

“(Siaran ini) adalah perkara yang mesti diteliti oleh pihak berkuasa. Mereka tidak boleh dibiarkan tanpa kawalan.”


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2024 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Utamakan saudara² kita yg terdekat dulu.
Tak payah penin² pikior apa orang Palestin nak makan nak tido apa semua.

Saudara terdekat tu.... orang seagama yg koje kat franchais yg kalian boikot, dah takde koje esok, dorang nak makan tinggal mana?

Atau level kesian kat Palestin takde makan minom umah bagai lagi membuak, tapi hat oang melayu yg kena buang koje sebab kedai tak laku kena boikot lantak pi sama dorang pepandai la carik koje lain kat mesia nan permai nih?

Semorang pun prihatin dengan rakyat Palestin, tapi prihatin tu bior berdiri atas justifikasi yang konkrit.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 11:11 AM | Show all posts
boikot2 ni bukan pd yg dihebah2kan tu jer..bnyk lagi benda2 yg kita guna sehari2 pun kalau nak mmg kena boikot. tp tak jadi apa lah. mmg dok diam jer lah. lain lah kita ni bangsa pencipta. semua kita cipta. mcm bangsa jepun tu.satu diunia ada barang2 dia. boleh lah nak sikit2 sebut boikot
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Antibeksin taknak kira ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 10:28 AM | Show all posts
alang2 jadi fighter, baik join pejuang hamas la, setakat amik gambar orang makan mekd tu dah rassa mcm pejuang hamas
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 01:26 PM | Show all posts
Triple_8 replied at 18-4-2024 10:24 AM
Antibeksin taknak kira ke?

Kau jangan, kang terkulat-kulat geng 3 serangkai ni berangkut berjemaah kang...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2024 01:40 PM | Show all posts
najib je PM yang berani jejakkan kaki ke gaza
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 01:44 PM | Show all posts
saman je lah org2 yg suka2 ambik gambar org lain tak pasal2 ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2024 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Biarlah org lain nak beli, ramai je lagi yg boikot.
iols dah bertukar ke richeese, ayam besar². Boleh pilih level pedas, cicah pulak dgn cheese. Dgn air bandung secukup rasa.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 02:44 PM | Show all posts
apa-apa tindakan mengaibkan menghina memalukan orang lain adalah salah..
tak kira apa jua alasan atau tujuan..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini semua salah limesherbet
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayam mekdi mcm kureng la...lagi suka Texas Chicken...nyummm..nyummmm...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 04:10 PM | Show all posts
anda nak boikot itu bagus, tapi jangan sesekali menghina atau aib kan orang yang tak boikot.

bagi ancaman lagi tak boleh.

kita kena selamatkan diri kita dahulu, sebelum buat apa-apa tindakan, kalau dah kena dakwa sebab langgar undang2, tak berbaloi oiii
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by koko2 at 18-4-2024 04:19 PM

mmg TAK DAK HATI PERUT manusia yg pi melantak keepsi.. mikdi.. & produk2 israel yg len.. aku ni sanggup CANSEL loan ( gomen) utk beli umah ke2 walo lepas lppsa sbb pikir TAK ADIL AKU BERIA2 BELI RUMAH UTK ANAK2 .. SEDANG ANAK2 PALESTINE TAK ADA PUN RUMAH UTK DIDUDUKI..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 04:21 PM | Show all posts
bangkem baru je makan ayam panggang beli kat bakers cottage tadi

not bad la.. harga pon murah
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
koko2 replied at 18-4-2024 04:17 PM
mmg TAK DAK HATI PERUT manusia yg pi melantak keepsi.. mikdi.. & produk2 israel yg len.. aku ni sang ...


Nape sampai cancel beli rumah..

U beli rumah.. spur economic growth malaysian locals... merancakkan ekonomi di sini...  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2024 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
shamsadis replied at 18-4-2024 04:10 PM
anda nak boikot itu bagus, tapi jangan sesekali menghina atau aib kan orang yang tak boikot.

bagi  ...

Nak boikot biar dengan ilmu..


Dalam list boikot aku penah tengok.. takde pulak nak masukkan senarai company VAPE, ROKOK, shell, booking.com yang terang2 salur DANA direct ke ISRAEL...



thailand, singapore korang tak boikot.. babi 2 countries ni TERANG2 buat senjata utk YISROEL laknatullah..



Aiiiiiiiiii hangen betul lah aku...


Boikot dengan ilmu boleh tak
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 04:42 PM | Show all posts
green~tea replied at 18-4-2024 04:25 PM
Nak boikot biar dengan ilmu..

Bersabarlah sis.

Mereka hanya nampak produk McD KFC jer... astu acah-acah kenal semua benda.
Ni ada link untuk bacaan umum:
Senarai Produk Yahudi Dari Ko Bangkit Tido Sampai Ko Masuk Tido

Semoga mereka membaca dengan penuh minat.
Macam sis kata tadi, nak boikot kena ada ilmu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 18-4-2024 04:42 PM
Bersabarlah sis.

Mereka hanya nampak produk McD KFC jer... astu acah-acah kenal semua benda.

Ai boikot yang TERANG2 direct supply yiesroel je..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Boikot tu adh pilihan masing2. So we shld respect each other's choice. Bila mengaib, hina dan malukan org yg berbeza pilihan kan buat tmbh dosa je
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru tgk kat Ig ,ada sorang budak ni rakam dlm restoran pastu jerit ramainya. Kat leher tergantung vape
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka. Nak boikot up to individual
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 12:48 AM GMT+8 , Processed in 0.768007 second(s), 55 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list