CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9649|Reply: 105

[Tempatan] Tiket dibolot kroni Bashah, KFA mohon maaf latest!! FAM arah tambah 1000 tiket

[Copy link]
Post time 3-11-2017 09:51 AM | Show all posts |Read mode
Edited by pendeta at 3-11-2017 10:37 AM

PERSATUAN Bola Sepak Kedah (KFA) memohon maaf kepada penyokong Hijau Kuning yang gagal mendapatkan tiket bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara pasukan Kedah dan JDT yang berlangsung di Stadium Shah Alam, Selangor pada Sabtu ini.
Naib Presiden KFA, Datuk Badrol Hisham Hashim mengakui, kejadian itu tidak dapat dielakkan berikutan jumlah tiket yang ditetapkan kepada Kedah tidak mencukupi untuk menampung jumlah penyokong yang terlalu ramai.




























“Setiap pasukan hanya memperoleh 34,000 tiket dan 400 diberikan kepada pemegang permit bas dan terhad, saya percaya kalau kita jual 70,000 tiket sekalipun ia tetap akan habis dengan cepat, " katanya kepada pemberita pada Majlis Konvokesyen Kanak-Kanak Permata Kemas Zon A , di sini hari ini.
Beliau bagaimanapun berharap para peminat terus menyokong pasukan kesayangan mereka supaya Kedah dapat mengekalkan kejuaraan piala berprestij itu walaupun ada yang tidak dapat ke Stadium Shah Alam pada Sabtu ini.
Badrol Hisham berkata demikian ketika diminta mengulas penjualan tiket yang tidak mencukupi dan habis  dijual di kaunter-kaunter tiket di Stadium Darul Aman, di sini hingga menimbulkan kemarahan kepada peminat  pagi semalam.
Semalam, ratusan penyokong Kedah turut berkumpul di hadapan pejabat KFA di  Stadium Darul Aman bagi menyatakan kekecewaan mereka selain mendakwa persatuan itu menyimpan sebahagian tiket berkenaan untuk individu tertentu.
Bagaimanapun, KFA  hari ini menjelaskan bahawa penjualan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia itu dijalankan secara telus melibatkan 34,000 keping tiket diperuntukkan kepada Kedah yang 30,000 dijual secara luar talian manakala 4,000 tiket lagi dijual secara dalam talian.
Daripada jumlah itu, sebanyak 17,600 tiket diberikan kepada 400 pemegang permit bas, 1,800 tiket untuk 36 buah badan gabungan KFA, 1,200 tiket kepada pemain dan pegawai KFA, 700 tiket kepada Ahli Badan Eksekutif KFA, 500 tiket kepada penaja dan 200 tiket secara keseluruhan kepada kakitangan KFA.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan 22,000 tiket telah diperuntukkan kepada 400 pemegang permit bas dan kuota KFA manakala baki 8,000 tiket telah dijual di empat kaunter penjualan yang melibatkan lapan laluan yang dibuka pada 9 pagi, semalam. - Bernama








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2017 10:13 AM | Show all posts
Biasa la kalu kaum umnogok..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2017 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
8000 je jual?
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2017 10:24 AM | Show all posts
Edited by dizzzek at 3-11-2017 10:25 AM
baki 8,000 tiket telah dijual di empat kaunter penjualan yang melibatkan lapan laluan yang dibuka pada 9 pagi, semalam. - Bernama

apabila penganut islam ( YG NGAKU LA) dalam kfa kantoi dan bodoh matematik:
8000 tiket /4 kaunter = 2000 tiket setiap kaunter

2000 tiket hbis dalam masa 45 minit atau 2700 saat (setiap pembeli dihad 3 tiket)
2000 bahagi 3 = 667 orang beratur di setiap kaunter
2700 saat bahagi 667 pembeli = 4.05 saat proces penjualan tiket utk setiap pembeli di kaunter stadium darul aman

THIS IS WORLD RECORD  bro
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2017 10:26 AM | Show all posts

this is darul aman
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2017 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
dizzzek replied at 3-11-2017 10:26 AM
this is darul aman

Darul takzim guaner pula
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-11-2017 10:36 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2017 10:39 AM | Show all posts
albedah replied at 3-11-2017 10:34 AM
Darul takzim guaner pula

luaskan kuasamu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2017 10:40 AM | Show all posts
Kalau hanya 8000 out of 34000 (23.5 percent) tickets yang dijual kepada public sementara 76.5 percent lagi diagihkan kepada KFA and associates,  di manakah keadilan kepada penyokong Kedah?

Lain kali yang 8000 tu pun tak payah jual, bagi je terus pada KFA, buang masa penyokong berbaris nak beli tiket bila sampai turn tiket sold out.

Jangan bagi harapan palsu pada penyokong, it's too cruel.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2017 10:42 AM | Show all posts
daripada 34ribu, 8 ribu je untuk orang awam?
biar betul..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2017 10:42 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2017 10:46 AM | Show all posts
aku rs Bashah pun tak tau tiket ni dibolot geng dia sbb dia pun bz tido
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2017 10:49 AM | Show all posts
kecimpret replied at 3-11-2017 10:46 AM
aku rs Bashah pun tak tau tiket ni dibolot geng dia sbb dia pun bz tido

bz tido mimpi Kedah menang.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2017 10:50 AM | Show all posts
good job TMJ
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2017 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
8000 tiket tu pun dah dikira banyak tapi tak kan dlm masa 40mint dah sold out.?
Negara J aritu smpai petang baru tiket sold out..limit 2kpg je sorg..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2017 10:51 AM | Show all posts
8000 je jual? 22k lg bagi kroni2..
pastu nanti takde duit nak bayar gaji player la, apa la.. salahkan penyokong tak sokong.. padahal duit tiket yg boleh jana pendapatan pasukan ko bedal dulu ke apa ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2017 10:53 AM | Show all posts
Pixie902 replied at 3-11-2017 10:49 AM
bz tido mimpi Kedah menang.

jgn mimpi kalah PRU sudahhhh
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2017 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Madel at 3-11-2017 03:00 AM

Gossip menarik yg aku nak tahu..siapakah pengacara tv yg bini kerja kat FAM yg TMJ ckp kan itu?..yg sama sibuk join bercuti pakai bajet FAM?
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2017 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg kt kroni tu dia bg ke jual?  Geng2 bas sekolah tu seme kene bayar gak kaaan?
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2017 10:58 AM | Show all posts
kecimpret replied at 3-11-2017 10:46 AM
aku rs Bashah pun tak tau tiket ni dibolot geng dia sbb dia pun bz tido

kahkahkah....!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:42 PM GMT+8 , Processed in 0.098405 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list