CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1629|Reply: 25

[Tempatan] Kerajaan BN pantau rapat harga minyak. Minyak dunia turun, kita naik! Kantoi

  [Copy link]
Post time 17-11-2017 10:12 AM | Show all posts |Read mode

Pantau rapat harga minyak dunia, inflasi
BERNAMA

Kuala Lumpur: Kerajaan akan memantau rapat pergerakan harga minyak dunia dan kadar inflasi sebelum membuat keputusan untuk mengambil tindakan bagi membantu rakyat.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, sebarang keputusan akan bergantung kepada sejauh mana kerajaan akan meraih manfaat daripada kenaikan harga minyak dunia.

“Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan terus membantu mengurangkan beban pendapatan kategori kumpulan isi rumah Bawah 40 peratus dan kumpulan isi rumah pendapatan sederhana (M40) disebabkan oleh kenaikan harga minyak.

“Jika harga bahan api dan kadar inflasi meningkat secara drastik, kerajaan akan ambil tindakan bagi membantu rakyat, terutama dalam dua kategori berkenaan bagi memastikan mereka tidak turun ke paras kemiskinan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Sidang Kemuncak Pemasaran Global 2017 di sini, semalam.

Mengenai mekanisme harga pam mingguan, Johari berkata, kerajaan tidak merancang untuk mengubahnya pada masa ini dan tidak akan menetapkan harga siling untuk bahan bakar itu.

“Harga siling adalah perkara dasar, saya tidak boleh membuat keputusan dan mengumumkannya secara terbuka. Ia perlu dibincangkan bersama Perdana Menteri dan Kabinet memandangkan ia isu yang sangat sensitif yang membabitkan semua perniagaan di Malaysia.

“Jika (kami) tersalah cakap, rakyat akan mentafsirkannya secara berbeza dan ini boleh mewujudkan keadaan yang tidak menentu,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 November 2017


Harga minyak turun lima hari berturut-turut

NEW YORK: Harga minyak sekali lagi ditutup lebih rendah disebabkan kebimbangan berhubung peningkatan dalam pengeluaran dan inventori Amerika Syarikat (AS), sungguhpun jangkaan pengeluar utama dunia lain akan melanjutkan usaha pemotongan bekalan lewat bulan ini.

Brent ditutup 51 cent, atau 0.8 peratus, lebih rendah kepada AS$61.36 satu tong, meneruskan kejatuhan harga untuk tempoh lima hari berturut-turut.

Harga minyak mentah West Texas Intermediate pula jatuh untuk empat sesi berturut-turut, ditutup 19 cent, atau 0.3 peratus lebih rendah pada AS$55.14 satu tong.

Harga minyak susut daripada tertinggi dua tahun yang di cecah minggu lalu, oleh kedua-dua penanda aras itu dengan tanda-tanda bekalan AS meningkat, dan potensi usaha pakatan yang diterajui Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dalam menyokong harga minyak dunia.

Data Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) AS Rabu lalu menunjukkan inventori minyak mentah domestik meningkat untuk minggu kedua, menambah sebanyak 1.9 juta tong dalam minggu berakhir 10 November.

Simpanan minyak yang sudah diproses juga meningkat.

AS dijangka menyumbang lebih 80 peratus pertumbuhan dalam bekalan minyak mentah dunia dalam dekad berikutnya, kata Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) Khamis, dan data mingguan menunjukkan terdapat peningkatan ketara dalam pengeluaran. - Reuters
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2017 11:28 AM | Show all posts
Kami tak marah tak naikkan brim, dgn syarat jgn naikkan minyak.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2017 11:43 AM | Show all posts
kalau sesiapa yang rajin follow pengiraan harga minyak di malaysia ni, rasanya tepat je.

kita bukan kira BRENT oil, dah banyak kali dah sebut kita ikut MOPS singapore tu.

Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2017 11:50 AM | Show all posts
Voyagers replied at 17-11-2017 11:43 AM
kalau sesiapa yang rajin follow pengiraan harga minyak di malaysia ni, rasanya tepat je.

kita buk ...

masyarakat kita Malas membaca,
cuma Rajin Menaip.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2017 12:09 PM | Show all posts
Orang bukan peduli, harga minyak malaysia dikira ikut MOP or BRAND,
yang orang tanya ialah APA YANG KERAJAAN BN BUAT TO STABALIZE THE COST
supaya hidup rakyat tak menderita.
Balik-balik jawab, harga minyak Malaysia JAUH LEBIH  MURAH DARIPADA FILIPINO, THAILAND, INDIA, ALASKA, INDONESIA..............Who gives a damn!!!!
Apa kamu buat untuk pastikan harga minyak ni tak menyeksa hidup kami, bangang.
Harga minyak naik, harga makanan akan naik, tambang akan naik juga, cukai akan naik.
Ada apa yang dapat dikawal supaya TAK NAIK...........??????
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2017 12:53 PM | Show all posts
Minyak naik, BRIM akan di tambah atau sebab nak bagi BRIM, naik kan harga minyak?

I think kemungkinan naik sampai RM3.00 per litre tu dalam masa terdekat ni ada.. sebab nak bagi BRIM lebih..  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-11-2017 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
bagi org tak kaya dan bukan penerima BR1M macamana pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2017 01:17 PM | Show all posts
Sibuk nak kasi Br1m, tapi dalam masa yang sama perah rakyat..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2017 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerajaan yang nenyusahkan rakyat. Potong lar gaji menteri kabinet tu semua smpai jadi 800 sbulan dulu, babiii
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2017 05:01 PM | Show all posts
Voyagers replied at 17-11-2017 11:43 AM
kalau sesiapa yang rajin follow pengiraan harga minyak di malaysia ni, rasanya tepat je.

kita buk ...

care to explain? Menarik nak tau... ada mana2 tempat bole baca yg simple n mudah paham?

Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2017 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Pesal naik rega minyak semata2 nk naikan brim?? Yg engkau berkokok ckp nak up lg brim dlm budget 2018 tp ekor gelumang taikk muka x malu perah duit rakyat konon nk bantu rakyat piiirah!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2017 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Pesal naik rega minyak semata2 nk naikan brim?? Yg engkau berkokok ckp nak up lg brim dlm budget 2018 tp ekor gelumang taikk muka x malu perah duit rakyat konon nk bantu rakyat piiirah!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2017 05:25 PM | Show all posts
NAT_11 replied at 17-11-2017 12:09 PM
Orang bukan peduli, harga minyak malaysia dikira ikut MOP or BRAND,
yang orang tanya ialah APA YANG ...

betul
tak kira la BN ikut skala mana
bila minyak naik, semua barang akan naik kecuali kangkung
barang bila dah naik mana mungkin nak turun lagi

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2017 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Naikkan harga minyak sbb nak naik brim sbb nak kasi dedak sebab nak pru. Bangsa sgat cara ni! Moga bn umngok cibai kalah teruk pru14! Amen.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2017 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
gambus replied at 17-11-2017 11:50 AM
masyarakat kita Malas membaca,
cuma Rajin Menaip.

Kihkihkih..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2017 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Harga minyak dunia turun, tp kalau myr dok menjunam je takde makna.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2017 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Minyak Malaysia naik untuk belanja PRU yang dah hampir. Sapa yang tentukan harga?bukan kerajaan ka?
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2017 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Kata xde subsidi, harga diapungkan ikut market...asik kena game le rakyat ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2017 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by LaksamanaBentan at 19-11-2017 08:51 PM

-Double post-
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2017 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat terbeban kerana inflasi melampau era pemerintahan Najib. Dulu makan nasi campur zaman Paklah hanya Rm 4. Zaman Najib lak Rm 8 sepinggan. Tu pun lauk ciput je. Sejak pengenalan GST lagi teruk. Kedai banyak tutup x tahan bayar GST. Haritu persatuan peniaga cina sendiri keluar kenyataan bisnes jatuh 70% semenjak pengenalan GST. X guna gaji naik kalau perbelanjaan semakin tinggi.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.245264 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list