CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10928|Reply: 214

[Tempatan] Sikap Buruk Dan Jangkaan Tinggi Dalam Kalangan Graduan Menjalani Skim Latihan 1M

  [Copy link]
Post time 20-11-2017 08:45 AM | Show all posts |Read mode
Edited by spiderman80 at 20-11-2017 09:14 PM



SIKAP buruk dan jangkaan tinggi berbanding usaha dalam kalangan graduan ketika menjalani latihan program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) merupakan salah satu cabaran buat pihak penganjur program.

Menurut Ketua Sekretariatnya Norashikin Ismail, terdapat graduan yang hanya menyertai program tersebut separuh jalan kerana tidak tahan ditegur ketika menjalani latihan di tempat kerja.

“Ada yang masuk tiga hari kemudian cabut lari. Kena marah dengan bos sikit cabut lari.

“Mereka ni semua ‘strawberry generation’. Bila tak boleh buat kerja tapi bos marah, dia ambil hati. Mereka sangat bangga menjadi seorang siswazah tapi semua kerja tak nak buat,”

Beliau berkata, ada juga yang mengharapkan mereka diserap masuk ke syarikat tersebut setelah menamatkan latihan, sedangkan mereka tidak menunjukkan usaha yang bersungguh-sungguh ketika menjalani latihan tersebut.

“Kami galakkan mereka masuk program SL1M. Kita carikan tempat untuk buat latihan.

“Ini (SL1M) hanya platform sementara untuk mereka meningkatkan kebolehpasaran mereka untuk dapat kerja.

“Syarikat-syarikat itu melatih mereka untuk naikkan kebolehpasaran graduan itu. Jadi ramai graduan yang salah faham dan syarikat tersebut akan serap mereka sekiranya mereka menunjukkan prestasi dan potensi dalam organisasi (semasa latihan).

“Tapi jika anda tidak menampakkan usaha, dan tidak ‘add value’ kepada organisasi, jadi kenapa mereka perlu ambil anda (bekerja)?” jelasnya.

SL1M yang dilancarkan pada 1 Jun 2011 merupakan satu program kebolehpasaran yang bertujuan untuk membantu graduan menganggur meningkatkan tahap keupayaan diri dengan kemahiran dan pengalaman bekerja seterusnya meningkatkan peluang mereka mendapatkan pekerjaan.

Meskipun diselia bawah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM), SL1M dikendalikan oleh 16 orang sukarelawan.

Ia dijalankan melalui penglibatan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat swasta dan semua kos perbelanjaan melatih graduan dibiayai sepenuhnya pihak syarikat.

Norashikin berkata kebanyakan graduan yang menyertai SL1M terdiri daripada mereka yang menganggur, keluarga berpendapatan rendah atau tinggal di kawasan pedalaman serta graduan yang bekerja tetapi tidak setaraf dengan kelayakan mereka.

Bagaimanapun, pihaknya turut menerima peserta dari berlainan latar belakang kerana matlamat program adalah meningkatkan kebolehpasaran graduan tersebut dan sekaligus menurunkan kadar pengangguran graduan.

“Nak tukar sikap dan pemikiran mereka adalah cabaran yang kami hadapi sebab itu semua ada pada diri mereka.

“Memang anda orang miskin, tak cantik, tak bercakap bahasa Inggeris dengan bagus tapi kalau dengan pemikiran yang positif mereka senang untuk digilap,” katanya.

Namun katanya, berbeza pula dengan mereka daripada keluarga yang senang, kerana ada di antara mereka yang tidak menghargai dengan peluang yang diberikan.

Katanya, lebih mengecewakan apabila terdapat graduan yang mempersoalkan jumlah elaun RM1,500 tersebut sedangkan pihak mereka bersusah-payah berurusan dengan syarikat terlibat bagi menetapkan jumlah tersebut.

Menurutnya, syarikat yang terlibat akan mendapat insentif potongan cukai berganda atau insentif HRDF-SL1M ke atas perbelanjaan yang dikeluarkan bagi melatih graduan untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran graduan di bawah program SL1M.

Peserta yang menyertai SL1M akan menjalani soft-skills training dan on-the-job training dengan pihak syarikat yang mengambil bahagian bagi meningkatkan keyakinan diri serta pendedahan  suasana kerja yang sebenar.

Sepanjang menjalani tempoh latihan tersebut, peserta akan menerima elaun bulanan sebanyak RM1,500 daripada syarikat yang mereka jalani latihan. Manakala keperluan lain seperti tempat tinggal dan pengangkutan disediakan bergantung kepada lokasi syarikat tersebut.

Tempoh latihan tersebut adalah tujuh hingga 12 bulan bergantung kepada syarikat.

Sehingga 31 Oktober 2017, seramai 138,398 graduan telah dibantu secara langsung dan tidak langsung menerusi program SL1M ini di syarikat-syarikat yang mengambil bahagian serta melalui program-program yang dianjurkan SL1M di seluruh negara.

Norashikin, bagaimanapun berkata, pihaknya tidak menyimpan rekod bilangan pelatih yang menjalani program tersebut separuh jalan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2017 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Company melayu pun rasis. Semua kaum juga strawbery generation
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 08:50 AM | Show all posts
skg ni kalau ada degree ke master ke tapi kalau malas pun tak guna jugak....lebih baik pi sekolah vokasional, asah skill tu ...insyallah ada duit makpak simpan dari kecik, boleh guna utk buka bengkel sendiri, tak payah keje dgn org.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 09:02 AM | Show all posts
krustykrab replied at 20-11-2017 08:50 AM
skg ni kalau ada degree ke master ke tapi kalau malas pun tak guna jugak....lebih baik pi sekolah vo ...

setuju dgn posting krusty
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 09:04 AM | Show all posts
“Memang anda orang miskin, tak cantik, tak bercakap bahasa Inggeris dengan bagus tapi kalau dengan pemikiran yang positif mereka senang untuk digilap,” katanya.
this!
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 09:05 AM | Show all posts
pernah jumpa dgn seorg budak laki ni yg sedang bekerja..
bila ditanya umur berapa..dia ckp dlm umur 15 tahun...sekolah dah beri cuti utk beri laluan kpd calon spm..
so dia ambil iniasiatif untuk bekerja part time..oklah boleh tolong parent dan cari duit saku utk next year punya persekolahan...

bagus budak ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-11-2017 09:06 AM | Show all posts

dalam tibi drama melayu, yang hodoh berkerak tu tukang sapu sampah
yang pangkat tinggi tinggi semua tinggi,seksi, badan langsing, bawa keta mewah, anak datuk berseri
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2017 09:07 AM | Show all posts
wirazam replied at 20-11-2017 09:05 AM
pernah jumpa dgn seorg budak laki ni yg sedang bekerja..
bila ditanya umur berapa..dia ckp dlm umur ...

bagus
daripada modify basikal lumba di atas jalan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2017 09:10 AM | Show all posts
"Norashikin, bagaimanapun berkata, pihaknya tidak menyimpan rekod bilangan pelatih yang menjalani program tersebut separuh jalan."

Laa knp tak simpan...patutnya simpan la...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 09:11 AM | Show all posts
memeque12 replied at 20-11-2017 09:07 AM
bagus
daripada modify basikal lumba di atas jalan

tu la...bagus budak ni..jarang nak jumpa
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 09:20 AM | Show all posts
Katanya, lebih mengecewakan apabila terdapat graduan yang mempersoalkan jumlah elaun RM1,500 tersebut sedangkan pihak mereka bersusah-payah berurusan dengan syarikat terlibat bagi menetapkan jumlah tersebut.
Nak bagi 1.5 pon payah ke
Tu dah cukup murah sebenarnye drpd company
Kalau grad degree atleast 1.8-2.0
Suke la host co boleh arah kerja macam2 dengan rate rendah

More like cheap labour
EPF, SOCSO xde
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 09:21 AM | Show all posts
Sepanjang menjalani tempoh latihan tersebut, peserta akan menerima elaun bulanan sebanyak RM1,500 daripada syarikat yang mereka jalani latihan. Manakala keperluan lain seperti tempat tinggal dan pengangkutan disediakan bergantung kepada lokasi syarikat tersebut.
Mane la ade co sedia accomodation
Kalau tengah pekan sana, kene cari sendiri rumah (bilik, bukan rumah)
Kalau 1.5 tolak sewa tolak makan tolak daily fare tolak topup tolak emergency tolak ptptn, bape sen je balance.

Budak2 nak hulur kat parent pon tak cukup
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 09:28 AM | Show all posts
1500 tak cukup... biawak hidup betul... aku dulu practicle kat airport RM400 jer dik... lepas je 6 bulan...

Kadang2 nak salahkan budak2 pun tak leh jugak.. sbb dah dilantakkan "kene ada ijazah, sarjana segala baru boleh dapat keje gaji besau" tapi hahikaktnya berbeza dengan situasi masa kini..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 09:35 AM | Show all posts
buragazz replied at 20-11-2017 09:28 AM
1500 tak cukup... biawak hidup betul... aku dulu practicle kat airport RM400 jer dik... lepas je 6 b ...

dulu tu zaman bila

mana leh compare dgn skrg yg serba serbi mahal...min gaji skg pun dah rm1000, 500 je lebih dari buruh indong
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 09:37 AM | Show all posts
wirazam replied at 20-11-2017 09:05 AM
pernah jumpa dgn seorg budak laki ni yg sedang bekerja..
bila ditanya umur berapa..dia ckp dlm umur ...

wah bagus budak ni...
keje apa yg dia buat tu

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 09:37 AM | Show all posts
krustykrab replied at 20-11-2017 09:35 AM
dulu tu zaman bila

mana leh compare dgn skrg yg serba serbi mahal...min gaji skg pun dah r ...

Haha.. masa tu pun rumah sewa RM570.. sib baik duk ngan staff MAS..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2017 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
kivio replied at 20-11-2017 09:21 AM
Mane la ade co sedia accomodation
Kalau tengah pekan sana, kene cari sendiri rumah (bilik, bukan ru ...

Tak pe lah.....dari menganggur harap duit mak bapak..

Sekurang kurangnya usaha sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 09:40 AM | Show all posts
kivio replied at 20-11-2017 09:21 AM
Mane la ade co sedia accomodation
Kalau tengah pekan sana, kene cari sendiri rumah (bilik, bukan ru ...

dh kenapa pulak nk hulur kt parents? bdk2 tu kn training bukan keje betul lagi.elaun tu utk sara hidup je bukan nk soh jd kaya
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 09:41 AM | Show all posts
krustykrab replied at 20-11-2017 09:35 AM
dulu tu zaman bila

mana leh compare dgn skrg yg serba serbi mahal...min gaji skg pun dah r ...

Itu lah, dulu time aku makan nasi campur masih RM1.50 siap air. Gaji RM500 hujung bulan masih ada baki lagi. Skg jangan harap lah, RM1.00 dah sama nilai dengan 10sen zaman aku dulu............ Senang cakap nilai Ringgit mmg dah xde skg..............
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 09:51 AM | Show all posts
helicornia replied at 20-11-2017 09:40 AM
dh kenapa pulak nk hulur kt parents? bdk2 tu kn training bukan keje betul lagi.elaun tu utk sara h ...

tu lah pasal....kdg dah jadi budaya pulak w/pun hidup pun terumbang ambing...
kang tak kasi ada pulak yg kuar syarahan " bagi lah sikit nnt gaji ko akan berlipat ganda atau anak derhaka dah keje tak hulur kat makpak" buat anak2 serba salah

itu yg parents berlumba2 reproduce sebanyak mungkin wpun hidup miskin

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:50 PM GMT+8 , Processed in 0.206254 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list