View: 22816|Reply: 157
|
[Mini Novel] DUA DIMENSI
[Copy link]
|
|
Edited by Nicki_Meow at 7-12-2017 09:12 PM
Di landasan Phantasmargoria, aku keliru
Saat dua dimensi mulai bersatu
PROLOG
ANAQI menjadi tak tentu arah. Cemas, takut, risau semuannya berbaur dalam diri. Kepalanya terasa berdenyut-denyut sakitnya namun tidak dihiraukan. Dia perlu kembali ke sana secepat yang boleh. Ada bahaya yang menanti. Mereka semua perlu diselamatkan.
Mulutnya menggumam-gumam perkataan yang sukar di mengerti.Jarinya mengetik-ngetik tetikus dengan laju. Betapa dia benar-benar berharap,pintu yang membawanya ke sana akan muncul seperti selalu.
Namun hampa. Ianya seperti tersekat, mungkin saja telah terus tertutup.
“Apa yang kau cuba buat ni, Qi?”
Suara Luqman tidak diendahkan. Misinya lebih penting.Mereka semua lebih penting.
“Qi!”
Bahunya direntap kasar menyebabkan Anaqi terpaksa berpaling.Wajah Luqman ditenung. Kini, dia mulai berang dengan tindakan Luqman yang dianggap mencampuri urusannya.
“Jangan ganggu aku.” Anaqi memberi amaran. Suaranya menderam.Mata mencerlung tajam.
“Apa yang tak kena dengan kau ni?” Suara Luqmanmeninggi.
Anaqi buat tak endah. Dia kembali memandang skrinkomputer riba. Tangannya tak henti-henti mengetik tetikus. Sekali lagi, mulut menggumam-gumam tanpa dapat difahami biji butirnya.
“Qi. Dengar sini. Boleh aku tahu apa masalah kau?”Nada suara Luqman berubah, lebih lembut. Anaqi nampak tidak stabil jadi Luqman merasakan, dia perlu lebih berdiplomasi.
“Ada apa-apa yang boleh aku tolong?” Luqman menanti jawapan penuh sabar.
Beberapa saat kemudian. Jari Anaqi berhenti menekan tetikus. Kepalanya tertunduk. Dadanya turun naik menarik nafas. Mata terpejam rapat.
“Qi…”
Terdengar keluhan dari mulut Anaqi.
“Aku perlu kembali ke sana. Mereka memerlukan aku.”
Luqman cuba untuk tidak peduli dengan gaya Anaqi bertutur.
“Kembali ke mana?”
“Amariya.”
Berkerut dahi Luqman.
“Mereka semua dalam bahaya. Aku perlu menyelamatkanmereka.”
“Mereka…siapa?”
“Syakilla. Arania. Mereka semua.”
Sikap Anaqi bertambah pelik. Luqman tidak tahu, apa yang patut dia buat untuk membantu Anaqidalam hal ini.
“Dude, listen. Aku faham, lately ni kau banyak tekanan. Apa kata, kau cuba dapatkan bantuan. Mungkin kau boleh cuba dapatkan nasihat pakar psikiatri?”
“Aku tak gila.”
“Jumpa psikatri tak semestinya sebab gila, bro. Diaorang tu semua golongan professional yang boleh bantu kau dalam masalah macam ni.”
“Bukan aku yang perlukan bantuan. Tetapi mereka!”
Luqman mulai hilang sabar.
“Aku perlu kembali ke sana.”
“Amariya?”
“Benar.”
“Fine! Where the heck is that place? Macam mana kaunak pergi sana?”
“Gerbang itu perlu di buka semula.”
“Gerbang?”
“Gerbang yang menghubungkan dunia dua dimensi.”
Luqman hilang bicara.
cover credit to @Ipo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Okay kau start dulu citer |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Nicki_Meow at 20-11-2017 11:39 AM
BAB 1
KETUKAN kuat di pintu pejabat mengejutkan Anaqi. Segera dia mengalihkan pandangan, dari skrin laptop yang telah gelap terus ke depan. Jelas di pintu kaca, Nina sedang melambai kecil. Anaqi senyum sumbing. Nina kemudiannya membuat isyarat, meminta kebenaran untuk masuk. Anaqi mengangguk.
Pintu dibuka. Bibir Nina mengukir senyum manis.
“Sorry boss. Boss okey ke?”
Anaqi menarik nafas dan dihembus perlahan. Sejak seminggu lalu, seringkali dia ditanya dengan soalan sebegitu, dari staf sehinggalah ke rakan taulan. Anaqi sedar bahawa mereka semua prihatin namun terasa agak menjengkelkan kerana soalan itu dilontar terlalu kerap.
Kalau dia tak okey sekalipun, hidup tetap perlu terus, bukan?
“Boss…err…” Panggil Nina. Perubahan sikap majikannya sejak akhir-akhir ini membuatkan Nina perlu lebih berhati-hati ketika berkata.
“Sorry boss…”
“Sorry, pasal apa?”
Nina jungkit bahu.
“Tak ada apa yang nak disorikan. Saya okey.” Jawab Anaqi, mendatar.
“Ha…okey...okey.” Nina terangguk-angguk. “Boss termenung aje dari tadi… tu yang saya tanya.”
“Thanks for your concern, Nina.”
“Hhmm. Welcome.” Wajah majikan muda itu ditatap seketika. Kesedihan masih jelas berbayang walau cuba disembunyikan. Rasa nak pujuk, tapi apakan dayaku. Entah sudi, entah tidak.
“Ada apa? Nak mintak tukar shift ke?” Anaqi meneka rambang. Jadi kekok apabila Nina merenung lama.
“Eh…tak boss. Ni…” Jari Nina menunjuk ke luar pintu. “Ada orang cari boss.”
“Siapa?”
Nina garu kepala, cuba mengingati sesuatu. “Farhan. Encik Farhan Alimin nama dia. Dia kata, dia kawan pada Adif…” Nina gigit bibir sebelum menyambung kata.
“Maksud saya, Encik Adif.”
Dahi Anaqi berkerut. “Dia nak apa?”
“Nak apa? Saya tak pulak tanya boss. Tapi, kalau boss nak…saya pergi tanyakan.” Nina berpaling dan mulai melangkah.
“Eh Nina…”
Nina berpusing. “Ya?”
“Tak apa. Awak pergi sambung kerja. Saya pergi jumpa Farhan tu sendiri.”
“Okey boss.” Balas Nina. “Table 10.” Dia terus keluar dari pejabat kecil itu.
Anaqi bangun dan menarik nafas beberapa kali. Kemudian, dia menuju ke arah cermin yang tergantung di dinding, memerhatikan wajah. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, Anaqi melangkah keluar.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Nicki_Meow at 20-11-2017 11:11 AM
DARI tepi kaunter, Anaqi memerhatikan tetamu di meja 10 barang seketika, membuat sedikit penilaian. Rambutnya disikat semuanya kebelakang. Gayanya ringkas – T-Shirt dan Jeans berserta kasut Converse. Ada beg sandang lusuh terletak di kerusi sebelah. Duduk santai sambil menikmati minuman. Biasa saja. Tiada apa-apa yang boleh mendatangkan curiga. Anaqi berfikir sekiranya dia pernah nampak lelaki itu di hari pengebumian arwah, tapi otaknya tidak dapat ingat sebarang fakta. Tanpa menunggu lebih lama, Anaqi berjalan menghampiri.
“Hai.” Anaqi menyapa ringkas, menampal senyuman di bibir. Tetamu itu mengangkat muka dan dengan pantas, terus berdiri.
Mereka saling berpandangan, tidak bersuara. Beberapa saat berlanjutan dan Anaqi mulai merasa kurang senang dengan keadaan itu.
“Hai. Encik Farhan…kan?” Suara Anaqi lebih tegas kali ini.
“Er…ya.” Pa’an seperti tersedar dari lamunan. “Saya Farhan.” Tangan dihulur dan Anaqi menyambut.
“Sorry…bro. Macam tak percaya bila tengok bro. Sebab muka bro memang sama macam Adif. Kalau rambut bro panjang, plus tahi lalat kat atas bibir tu, dah sebijik dah. Susah nak cam…”
Anaqi senyum bersahaja.
“Yelah kan…bro dengan Adifkan kembar. Mestilah sama, ya tak?” Pa’an menjawab persoalannya sendiri. Anaqi cuba mengekalkan senyuman yang kini bertukar tawar. Hati tiba-tiba menjadi berat. Perubahan wajah Anaqi membuatkan Farhan tersedar yang dia terlebih cakap.
“Sorry bro.”
“Anaqi. Boleh panggil Qi je.”
Farhan mengangguk faham.
“So…Encik Farhan…”
“Eh, tak payah formal sangat. Pa’an pun boleh.” Pantas Pa’an mencelah.
“So…what’s up?”
“Macam ni. Apa kata, kita duduk dulu. Panjang lagi cerita ni sebenarnya.” Pa’an membuat cadangan dan terus duduk. Mahu tak mahu, Anaqi menurut. Melihat Ice Lemon Tea sudah hampir habis, Anaqi bertanya.
“Segelas lagi?”
“Boleh.” Pa’an angguk setuju.
Anaqi melambai Nina di kaunter. Pandangan berbalas dan Anaqi menunjuk gelas di atas meja 10. Kemudian, isyarat nombor dua ditunjuk dengan jari. Gadis itu mengangguk dan Anaqi menumpukan perhatian semula kepada Pa’an.
“Banggalah bro. Muda-muda dah ada kafe sendiri. Maju pulak tu.” Pa’an memuji.
“Bolehlah.” Anaqi senyum. “Jadi, boleh kita straight to the point?” Tak mampu menunggu lebih lama, Anaqi melontar soalan.
“Boleh…boleh.” Pa’an angguk. Nafas ditarik untuk menenangkan diri sendiri.
“Macam ni, bro.” Karektor Pa’an tak semena-mena bertukar menjadi serius. “Kau tahukan, Adif tu, penulis novel?”
Anaqi mengangkat kening.
“Err…memang haruslah kau tahu, ya tak?” Pa’an menampar dahi.
“Ya, dia penulis novel. Dalam masa tiga tahun, dia dah ada tiga novel. Dua dari novel dia dapat top 10 carta MPH. Aku tahu pasal tu…”
“Ha…baguslah kalau kau tahu. Tak payahlah aku terangkan panjang-panjang, ya tak?”
Anaqi mengetuk meja dengan jari. Rasa jengkel mulai timbul.
“Ehem…” Pa’an pura-pura batuk untuk meredakan ketegangan. Anaqi, meskipun hampir sama bentuk fizikal dan rupa dengan Adif, namun karektor Anaqi lebih serius dan tegas berbanding kembarnya. Membuatkan Pa’an sedikit gelabah untuk menyampaikan permintaan.
Arwah Adif tu baik orangnya…huhu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Yeayy!!! Next
|
|
|
|
|
|
|
|
Kedatangan Nina membawa minuman, sedikit melegakan Pa’an. Dua gelas Ice Lemon Tea diletakkan di atas meja. Ucapan terima kasih diberikan dan Nina terus berlalu. Pa’an meneguk minuman, sebagai cara untuk mengelakkan pandangan Anaqi.
“Berbalik pasal Adif seorang penulis novel…” Ujar Pa’an setelah kembali tenang. “Novel keempat arwah patutnya diterbitkan tak lama lagi. Kalau ikut plan, bulan depan. Tapi, tak sangka pulak Adif meninggal…”
Anaqi menelan air liur. Adif meninggal – fakta itu menyentak jiwa raga. Kehilangan seorang kembar yang telah menjadi sebahagian 25 tahun hidupnya, bukanlah mudah untuk diterima. Apatah lagi, ianya berlaku secara tiba-tiba. Kata doktor, Adif mengalami komplikasi di bahagian jantung. Benarkah itu puncanya? Setahu Anaqi, Adif tidak pernah mengalami apa-apa penyakit kronik. Sehingga saat ini, punca kematian Adif masih menjadi persoalan.
“Bro…”
Panggilan Pa’an mengejutkan Anaqi.
“Kau okey tak ni?”
Anaqi mengangguk.
“Agak jauh perginya kau punya termenung. Naik risau pulak aku.” Pa’an menyedut lagi Ice Lemon Tea sebelum menyambung kata.
“Macam yang aku cakap tadi, novel ke-empat Adif sepatutnya terbit tak lama lagi. Masalahnya sekarang, manuskrip yang aku terima kurang lengkap. Adif sepatutnya emailkan pada aku full manuscript, tapi…” Pa’an mematikan ayat. Tak perlu rasanya mengulangi ayat yang sama.
“Jadi, sekarang ni, aku nak mintak tolong kau. Boleh tak kau emailkan pada aku manuskrip tu?”
“Ha?” Kening Anaqi terangkat.
“Emailkan pada aku manuskrip tu.” Ulang Pa’an.
Jeda. Anaqi memerhatikan Pa’an yang sedang turut memerhatikannya.
“Macam mana pulak kau boleh terfikir nak terbitkan manuskrip Adif? Dia kan dah tak ada?”
“Sebab…” Pa’an menarik nafas seketika. “I guess that is the right things to do.”
“Apa maksud kau…right things to do?” Suara Anaqi meninggi. “Perlu ke kau kaut untung dari orang yang dah mati?!”
“Wooo. Rileks bro. Berat tuduhan tu.” Pa’an kurang senang dengan tuduhan Anaqi yang melulu.
“Adif baru seminggu meninggal. Kau pulak tiba-tiba datang sini, nak mintak manuskrip. That, for me…is fishy!”
Bengkeng jugak mamat ni. Pa’an mengurut tengkuk.
“Okey, aku faham. Memang patut kau naik angin. Tapi, aku rasa tak salah pun kalau kita publish.
Kau mesti tahu, Adif ramai follower. Manuskrip ni naskhah terakhir dan akan jadi tribute untuk Adif Asmani.”
“Yeah…right. Adif dah meninggal. Orang yang so-called follower tu pun patut move on with their life.”
“Not that easy, bro.”
“Not that easy? Dia orang tu cuma follower aje. Pembaca. Hidup mati Adif tak ada kena mengena dengan dia orang.”
Pa’an tak menjawab. Sejenak, dia menarik nafas, meraih kesabaran. Langsung tak menjangka sikap Anaqi yang defensif. Sangkanya, perkara ini akan berjalan dengan mudah. Otaknya pantas bergerak, memikirkan bagaimana untuk menyelesaikan perkara ini secepat mungkin.Barangkali, Anaqi tidak menyedari impak seseorang yang bernama Adif Asmani kepada pembaca dan peminatnya.
“Aku mohon kebenaran dari kau, untuk terbitkan novel Adif. Company tak akan ambil untung dari jualan novel ni nanti. Cukuplah kalau kami boleh cover balik modal yang keluar, itu aje. Royalti dan keuntungan, aku boleh serahkan pada yang berhak. Pada family Adif. Pada kau…” Pa’an begitu serius memandang Anaqi.
“Kenapa kau beriya-iya sangat ni, Pa’an?”
“Well, Adif kawan aku. Dia tak pernah cakap tapi aku tahu, dia nak sangat publish novel ni. Sebab, ini pertama kali dia buat genre yang berbeza dari yang lepas-lepas. Usaha dia akan sia-sia kalau tak jadi terbit.” Terang Pa’an, sungguh-sungguh.
Anaqi terdiam. Berfikir sejenak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mesti manuskrip tu misteri
|
|
|
|
|
|
|
|
“Aku tak ada hak nak tentukan soal ni.” Anaqi memberi petunjuk untuk menolak cadangan Pa’an. Rasa tidak sanggup untuk mengaut untung atas angin, dengan hasil usaha arwah Adif.
“Ataupun… kalau kau tak nak terima royalti, kau boleh bagi aje pada badan-badan kebajikan. Sekurang-kurangnya, pahala untuk arwah, ada dan berterusan selagi novelnya dicetak.”
Wajah Anaqi berubah. Cadangan Pa’an kali ini kedengaran lebih bernas. Kedegilannya runtuh sedikit demi sedikit. Wajah Pa’an yang selamba ketika menyampaikan permintaan menimbulkan rasa was-was pada mulanya. Membuatkan dia mempersoalkan niat dan keikhlasan Farhan. Apatah lagi, arwah Adif tidak pernah bercerita tentang lelaki bernama Farhan ini.
Mungkin pernah, cuma dia yang tidak memberi perhatian penuh.
“Aku tak nak paksa. Kalau kau tak nak, aku tak boleh buat apa. Tapi, aku berharap sangat manuskrip ni dapat diterbitkan.” Pa’an memecah sunyi. Dari reaksi wajah, dapat Pa’an meneka bahawa Anaqi mulai lembut hati dengan cadangan dan permintaannya.
“Aku…” Anaqi hilang bicara. Buat masa ini, tiadakata putus yang dapat diberi.
“Orait. Aku rasa, aku dah tak ada apa lagi nak cakap.” Pa’an menyedut Ice Lemon Tea sehingga habis, sebelum mengeluarkan sekeping kad dari poket beg sandangnya.
“Ini kad aku. Contact number, email semua ada.”
Anaqi menyambut kad yang dihulur kepadanya, lalu membaca sekilas.
Farhan Alimin
Mantra Pena Publishing
“Kat mana pulak aku nak cari manuskrip tu?” Soal Anaqi. Pa’an menarik nafas, terasa lega. Itu adalah tanda bahawa Anaqi termakan juga dengan pujukannya.
“Aku yakin, manuskrip tu ada dalam laptop biru Adif. Itu aje pun laptop yang dia ada…” Pa’an tersengih sedikit. “Kau mesti ada simpan barang-barang arwahkan?”
“Ada.” Jawab Anaqi, perlahan.
“Trylah, cari dalam tu. Hopefully, kau dapat email manuskrip tu. A.S.A.P.”
“Aku cuba.”
Pa’an senyum.
“Aku kena pergi dulu. Kalau ada apa-apa, roger.” Pa’an meminta diri. Hendak dibayar harga minuman namun Anaqi pantas menolak.
“Aku belanja.”
“Alhamdulillah.” Pa’an senyum. Dia bangun dan menghulur tangan. Anaqi turut bangkit dan menyambut salam.
“Nice to meet you, bro.” Kata Pa’an.
“Yup.” Anaqi senyum.
“By the way. Kau betul-betul ingatkan aku pada arwah. Ah, gaynya rasa bila aku cakap macam ni.”
Anaqi garu kepala. Tak tahu nak gelak atau patut dia maki saja Pa’an ini.
“No…aku serius. Masa Adif meninggal, aku tak ada kat sini. It’s quite a shocked bila dapat tahu. So, bila aku jumpa dan berbual dengan kau, aku rasa macam tengah bercakap dengan Adif.” Rasa duka akibat kehilangan seorang sahabat, mulai terpamer di wajah Pa’an.
“Takziah dari aku untuk kau sekeluarga. Adif Asmani, for sure will be missed. Ramai follower dia yang belum dapat terima kenyataan…” Sambung Pa’an.
“Really?” Anaqi masih tidak percaya.
“Ada kau baca socmed Adif?”
Anaqi geleng perlahan.
“Cuba kau baca twitter, wattpad dengan FB Adif. Mungkin kau akan lebih faham apa yang aku maksudkan.” Usai berkata, Pa’an berlalu pergi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah start. Thanks for coming by. Sebarang komen (dan kecaman ) di alu-alukan
|
|
|
|
|
|
|
|
Cantik cover!
Next |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ipo at 20-11-2017 11:30 AM
mantra pena publishing..
Patut aku yang hantar mss seram aku kat publisher ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Satu hari satu bab.
Mcm tak biasa pulak
|
|
|
|
|
|
|
|
Oh, ok.. haha
Sbb dah lama tak masuk porum. Lupo dah mcm mana 'stail' dolu2
|
|
|
|
|
|
|
|
Kau post je MSS ko tu kat bod ni. Nanti Pa'an baca
|
|
|
|
|
|
|
|
...harap mantra pena publishing lulus penilaian mss aku
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Nicki_Meow at 20-11-2017 02:50 PM
BAB 2
ANAQI tekun memandang skrin laptop, mengemaskini sistem perakaunan untuk kafe miliknya. Di luar pejabat, kebanyakan pekerjanya sudah siap-siap berkemas untuk pulang. Hanya dia yang masih terperuk di sini, menyiapkan data kemasukan gaji untuk para pekerja. Gaji perlu on time agar mereka gembira. Apabila pekerja gembira, boss pun senang hati. Memiliki kafe di usia yang agak muda boleh dikatakan satu pencapaian peribadi yang layak dibanggakan. Namun, ianya tidak datang dengan mudah. Pelbagai cabaran dan dugaan diharungi, mengutip pengalaman sebanyak mungkin sebagai panduan untuk berjaya.
Lenguh. Anaqi akhirnya akur dengan arahan dari otak agar dia berehat seketika. Badannya disandarkan pada kerusi lalu menggeliat perlahan. Terasa kendur urat-urat yang tegang. Masih ada beberapa data yang perlu dilengkapkan dan dia seboleh-bolehnya mahu menyiapkan malam ini juga.
Pintu pejabat terbuka tanpa ada yang mengetuk. Qi memandang ke depan. Susuk tubuh Luqman - rakan kongsinya memenuhi ruangan pintu. Agaknya, semua sudah siap kemas. Sebab itu Luqman datang menyibuk ke sini. Tanpa meminta kebenaran, Luqman masuk, dan terus menarik kerusi di hadapannya.
“Busy nampak, abang?” Tegur Luqman.
Anaqi membalas dengan sengihan.
“Take a breaklah, bro. Dah pukul berapa ni. Budak-budak semua nak balik dah.”
“Ha…baliklah dulu.”
“Kau tak nak balik?”
“Nak siapkan data ni. Gaji tak lama lagi.”
Luqman menatap Anaqi, lebih serius kali ini. Perubahan sikap Anaqi semakin ketara. Kurang bercakap dan lebih suka memencilkan diri. Sedikit sebanyak, Luqman dapat mengagak, Anaqi amat terkesan dengan kematian Adif sungguhpun Anaqi langsung tidak mahu bercakap tentang perkara itu. Setiap kali disoal bagaimana keadaannya, Anaqi menjawab yang dia tak apa-apa.
“Apa dia, Luq?” Anaqi menyoal. Pelik dengan cara Luqman memandang.
“Kau tu. Risau aku tengok.”
Anaqi menghembus nafas kasar. “Aku okeylah, Luq.”
“Betul?”
Anaqi mengangguk namun mata langsung tidak melihat Luqman. Sengaja dia bermain-main dengan pen di jari.
“Qi, kalau kau ada apa-apa nak cakap, cakaplah. Aku sanggup dengar.”
“Aku tak ada apa nak cakap.”
“Bro…”
Jari Anaqi berhenti dari memusingkan pen, melihat tepat ke arah Luqman. Entah mengapa, darahnya tiba-tiba naik. Sudah bosan mendengar kata-kata hikmah dan pujukan dari orang sekeliling.
“Luq, aku okey. Okey? Boleh tak kau orang semua berhenti tanya sama ada aku okey ke tidak?!"
“Fine! Tak payahlah naik angin. Aku tanya sebab aku risaukan kau. Semua orang risaukan keadaan kau. Kita orang tau kau sedih pasal Adif.” Suara Luqman juga meninggi. Dia simpati namun jika diherdik tanpa sebab sebegitu, naik jugalah anginnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Nicki, dr td puas fikir siapa anaqi...
now dah ingat. Anak Maulana Iqbal dgn Rariru rupanya |
|
|
|
|
|
|
|
Anaqi mencampak pen ke atas meja. Dua tapak menyapu wajah, terus meraup rambut ke belakang.
“Sorry.” Nafas dihambur kasar. Agak kesal dengan tindakannya menengking Luqman tak tentu pasal.
“Chillah bro. Kalau kau rasa, kau kena cuti, ambillah cuti. Urusan kafe ni, tak payahlah kau risau. Aku boleh handle. Just, go and take a break. Mungkin, ini masa yang sesuai untuk kau…you know…” Luqman menarik nafas sebelum menyambung kata. “Luangkan masa dengan family kau.”
Muka tirus Luqman direnung lagi. Ingin sahaja dijerit pada Luqman ‘Pergi jahanam’ tapi mujur akal warasnya menghalang. Bertekak dengan Luqman hanya membuang masa dan akan menambahkan lagi sesak di kepala.
“Tengoklah.”
Luqman menggeleng. Tak puas hati dengan jawapan yang di beri Anaqi namun saat ini, dia juga sudah malas bertelagah.
“Baliklah dulu, Luq. Ada sikit aje lagi, aku kena siapkan. Lepas ni, aku balik.” Anaqi menghalau dengan cara paling berhemah, yang boleh dia fikirkan. Dia benar-benar mahu bersendirian kala ini.
Luqman masih teragak-agak.
“Balik, Luq. Kau ada anak bini. Aku tak ada.”
“Yelah. Okeylah.” Luqman mengalah bila Anaqi main emosi dengan menyebut anak bini. Hhm. Biarlah. Mungkin Anaqi memerlukan lebih banyak masa untuk merawat kesedihan.
“Kalau ada apa-apa, call aku.”
“Yep.” Anaqi senyum sumbing.
Luqman kemudiannya bangun, meminta diri dan kemudian, terus keluar. Anaqi memandang ke arah pintu. Dari cermin yang lutsinar, dapat dia lihat dengan jelas Luqman dan semua pekerja sedang bersiap sedia untuk pulang. Nina memandang ke arahnya seketika, berkata sesuatu dengan Luqman dan memandang semula.
Entah apa yang Luqman katakan kepada Nina, tidak pula Anaqi dapat mengangak. Nina hanya melambai kecil kepadanya dan kemudian, kelibat Nina, Luqman dan pekerja Nickies Café beransur-ansur hilang.
Berseorangan begitu, membuatkan rasa sunyi lebih berat dari biasa. Sungguhpun dia yang meminta agar dibiarkan sendiri, namun jauh di sudut hati, betapa dia mahukan ada seseorang yang masih sudi duduk di sebelah, mendengarnya berkeluh-kesah dan memberi endah. Sedikit berharap agar paling tidak pun Luqman berpatah balik dan menemaninya di sini. Harapan hanya tinggal harapan. Tak mungkin Luqman akan datang setelah di tengking tak tentu pasal tadi.
Anaqi kembali menatap skrin laptop. Meskipun di cuba, fokusnya tiada. Akhirnya, dia tersandar kembali di kerusi. Tengkuknya di urut seketika untuk meredakan ketegangan. Mungkin, dia juga patut beredar. Balik dan berehat agar lebih segar untuk memulakan hari esok. Menjeling sebentar pada waktu yang terpamer di skrin.
11.15 malam.
Anaqi menggeliat lagi.
Secara tiba-tiba, terdengar pintu pejabatnya di ketuk perlahan. Anaqi tersentak, langsung memandang. Hampir gugur jantungnya tatkala terlihat satu kelibat melintasi pintu pejabat. Begitu pantas sekali.
“Nina?” Anaqi melaung. Tak tahu kenapa nama Nina di sebut. Mungkin kerana gadis itu yang paling rajin menyapa. Walaubagaimanapun, tiada sahutan.
“Luq?”
Juga tiada respon. Anaqi menarik nafas panjang. Hanya perasaannya, barangkali.
Bunyi kerusi di tarik, membuatkan Anaqi tersentak. Yakinlah dia, masih ada yang belum pulang. Tapi siapa? Bukankah tadi, semua pekerja sudah balik. Siapa pula yang pandai-pandai buat overtime?
Pencuri?
Takkanlah pencuri bodoh sangat nak buat bising semasa operasi, kan?
Separuh akalnya mengatakan ada bahaya menunggu. Separuh lagi mengatakan, ada seseorang yang sengaja mahu mengenakannya. Tidak mahu terus di asak teka-teki, Anaqi bangun. Sempat dia menggapai payung di tepi pintu, sebelum dengan berhati-hati, melangkah keluar.
Kafe sudah malap. Hanya lampu spotlight berwarna jingga menerangi beberapa ruangan kecil. Semua perkakas, meja serta kerusi tidak terusik, tetap di tempat asal menunjukkan tiada tanda-tanda tempat ini dicerobohi. Suasana juga sunyi sepi. Kaki di atur perlahan, terjengket-jengket sambil memasang telinga.
“Korang sengaja nak prank aku ke?”
Tiada yang menyahut.
“Not funny guys. Not funny at all.”
Senyap.
“Nina?”
“Luq. Cut the crap.”
Anaqi maju ke depan, berwaspada sambil memegang payung, erat. Payung pun payunglah. Boleh pakai juga kalau nak buat belasah orang.
“Qi…”
Meremang tengkuknya tiba-tiba. Suara selembut sutera itu datangnya dari arah tengah. Dalam samar-samar cahaya, kelihatan satu susuk tubuh sedang duduk bersandar di kaunter dengan kaki bersilang.
Dalam debaran, Anaqi memusatkan pandangan. Tatkala wajah pemilik suara itu dapat dilihat jelas, jantung Anaqi gugur untuk kali kedua.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|