Umum tahu bawang putih dan bawang merah merupakan antara bahan pelengkap untuk menyedapkan makanan. Siapa sangka kedua-dua bawang ini juga berkesan merawat serta menyuburkan rambut.
Foto: Garnett-Powers & Associates
Menurut StyleCraze seperti dipetik Merdeka.com, bawang merah kaya dengan vitamin A, vitamin C, dan vitamin E di mana ketiga-tiganya sangat berkhasiat untuk rambut. Sementara kandungan sulfur membantu memperkuat lapisan keratin, iaitu protein serat yang merangkumi 60 hingga 90 peratus daripada setiap helai rambut.
Manakala, bawang putih mengandungi zat mineral selenium dan sulfur yang menguatkan serta merangsang pertumbuhan rambut. Vitamin C dalam bawang putih berfungsi menjaga kesehatan rambut dan kulit kepala, manakala zat besi dapat membantu peredaran darah ke kulit kepala.
Foto: Thin Edges
Macam mana cara nak guna bawang untuk kesuburan rambut?
Masker jus bawang merah
Kisar dan tapis jus bawang, kemudian campur dengan madu, minyak kelapa, atau yogurt.
Sapu pada kulit kepala dan rambut, biarkan sekitar 30 minit. Selepas itu, bilas rambut dengan syampu bagi menghilangkan aroma tajamnya.
Foto: Hair And Beauty
Syampu bawang putih
Parut seulas dua bawang putih dan campurkan ke dalam syampu secukupnya. Kemudian, cuci rambut seperti biasa dengan syampu itu.
Tonik minyak bawang putih
Rendam bawang putih segar yang sudah dihiris atau diparut ke dalam sebotol minyak kelapa atau zaitun untuk dijadikan tonik. Kemudian, sapu rata minyak ini pada kulit kepala dan biarkan dalam 30 minit sebelum dicuci seperti biasa.
Untuk dapatkan hasil lebih cepat, gunalah ramuan bawang ini sekurang-kurangnya seminggu sekali. Tapi, jangan pula anda guna bawang merah dan bawang putih secara bersamaan. Nanti pedih pula kulit kepala tu.
Semoga info ini bermanfaat buat anda. - CARI |