|
‘Saya Tidak Tahu Apa-apa, Sudah Menjadi Kebiasaan Untuk Kitorang’ – Lan
by Lany Azman | Nov 27, 2017 | Trending
Nampaknya isu merehatkan Lan daripada kumpulan Kristal bukanlah satu isu yang boleh dibuat main-main.
Lany yang bersih dari sebarang kontroversi tiba-tiba seakan tersepit di tengah kemelut yang melanda di antara mereka.
Melalui sebuah temuramah yang diadakan malam tadi, Lan memaklumkan pada semua dia akui kenyataan yang pernah dikeluarkan Rody apabila dia dikatakan tidak pernah berbincang dan memberitahu tentang penyertaannya ke program Gegar Vaganza 4.
Bagaimanapun Lan bukanlah berniat untuk merahsiakan dengan sengaja. Tetapi baginya perbincangan yang seharusnya dilakukan selama ini sebenarnya tidak pernah wujud.
“Memang saya akui tidak ada perbincangan apa-apa langsung dengan angota Kristal. Sebab bagi saya, isu perbincangan bersama rakan Kristal tidak pernah wujud.
“Kerana kebiasaannya apabila kami mahu lakukan sesuatu, memang tiada perbincangan ataupun persetujuan secara rasmi.
“Contoh selama 18 tahun kami bersama, kemasukan ahli baru yang menyertai kumpulan Kristal terjadi tanpa pengetahuan, perbincangan serta persetujuan. Tahu-tahu ada ahli baru,” jelasnya sewaktu sesi temuramah selepas selesai program Gegar Vaganza 4.
Menurutnya lagi, apabila bab menentukan konsep album, lagu dan sebagainya dia akui tidak pernah dijemput untuk menyertai diskusi walaupun sudah bergerak sendiri dan mempunyai hak untuk menentukan sesuatu.
Sebaliknya, Lan hanya akan dipanggil sebaik pihak tertentu mendapat kata sepakat dan punyai keputusan sahaja.
Bukan itu sahaja, Lan turut bersuara yang selama ini apa-apa program melibatkan penyertaan solo seperti apa yang Rody dan beberapa ahli kumpulan lain sertai langsung tidak pernah diberitahu dan berbincang untuk sertai event-event luar.
“Penyertaan rakan-rakan Kristal saya dalam mana-mana event luar atau stesyen TV, saya sendiri tidak diberitahu dan mereka tidak pernah berbincang untuk join semua event ini.
“Semua event yang back up artis saya tidak tahu apa-apa. Jadi, sudah menjadi kebiasaan bagi kami. Saya pun tak kisah, saya pandang benda ini sebagai rezeki masing-masing.
“Saya ada keluarga, jadi saya perlu tahu bagaimana untuk survive dan ini adalah perancangan saya juga untuk buat projek solo,” jelasnya lagi.
Malah Lan turut membawa bukti yang menunjukan rakan kumpulannya Rody juga pernah melakukan projek solo tanpa pengetahuannya dua tahun yang lepas, 2015.
Lan turut menegaskan dia sering menjadi orang terakhir untuk mengetahui segala perkara berkaitan dengan kumpulannya.
Menurutnya lagi, sepatutnya Rody hubunginya secara peribadi dan bertanya terus padanya terlebih dahulu mengapa kenyataan tersebut keluar, kerana dia punyai jawapan sendiri. Namun tidak, sebaliknya Rody terus berkongsi secara terbuka.
“Nak kata bergaduh tu biasalah, saya anggap sebab kita nak membesar. Saya dah anggap mereka sebagai ahli keluarga. Ayah dia (Rody) sudah seperti ayah saya, dia didik kami seperti askar.
Tetapi saya agak terkilan apabila saya sakit dan telantar di hospital mereka hanya telefon untuk tanya bila saya akan keluar kerana ada show yang perlu dilakukan. Tetapi saya masih simpan kerana anggap mereka sahabat,” jelasnya lagi.
Walaupun berat dan agak bersedih, Lan telah membuat keputusan untuk undur diri dari kumpulan Kristal kerana sudah tidak boleh teruskan lagi.
Malah, Lan turut harap ahli kumpulan tersebut hormati keputusannya itu.
Apapun MH harap kes ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik dan usahlah masing-masing mengeruhkan lagi keadaan.
SUMBER Media Hiburan. |
|
|
|
|
|
|
|
darkchoc replied at 27-11-2017 09:23 PM
Betul tu. Dia nak cari rezeki lebih untuk keluarga dia. Sekurang-kurangnya Lan tu ada rasa tanggun ...
Lan ni mcm tomok, jd artis dr awal remaja masa tgh sekolah.. awal2 dah didedahkn dgn dunia penuh pancaroba tipu daya.
Membesar pun kt bandar tp selama jd artis blm lg la terlibat ngn kontroversi mengarut cam terlibat ngn dadah mahupun pompuan sana sini. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi aku sapelah kristal tanpa lan... rezeki ada di mana mana ... suka suara lan ... band tanpa penyanyi yang bagus takkan naik ... |
|
|
|
|
|
|
|
nadie90 replied at 27-11-2017 10:20 AM
Xpa Lan...In shaa Allah ada rezeki menanti kat luar sna...Lan perform best dalam GV4...
Yeahh nampak kan...betul ramai komen td mesti mse awal lan igt ok je kwn2 dia support dia masuk gv ni sbb sebelum kwn2 projel solo dia pn ok jek support..tp mana mau sangka hati kwn ada sikit hitam ke apa..aduiii wish all the best laa utk semua pihak |
|
|
|
|
|
|
|
darkchoc replied at 27-11-2017 09:23 PM
Betul tu. Dia nak cari rezeki lebih untuk keluarga dia. Sekurang-kurangnya Lan tu ada rasa tanggun ...
Itu hr tgk trek selebriti terus cm tersuka tgk cara dia jenis x meninggi diri..sempoi je orgnya..pastu mmg nmpk usaha utk cr duit berniaga bukak kedai jual baju bagai..moge lebih murah laa rezekinya lepas ni |
|
|
|
|
|
|
|
budak2 SK Jalan Pasar ni hahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau aku jadi Lan pon aku join GV.
Bukan sikit woi astro bayar dia.. 5k seminggu tuu |
|
|
|
|
|
|
|
dokterdewi replied at 27-11-2017 09:29 PM
‘Saya Tidak Tahu Apa-apa, Sudah Menjadi Kebiasaan Untuk Kitorang’ – Lan
by Lany Azman | Nov 27 ...
Lah sakit pon xmlawat,kol pon sbb tnye bile nk kluar wad sbb ade show,apekejadahnye,lan mcm dipegunakan je,elokla blah jela lan oi |
|
|
|
|
|
|
|
Jijik aku dgn rody ni.
Busuk hati. Rambut pun busuk |
|
|
|
|
|
|
|
Jijik aku dgn rody ni.
Busuk hati. Rambut pun busuk |
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha.. ye la. Diorg bengang sebab tak dpt nak guna toilet kan. Nak masuk toilet kena tahan bodyguard. Smpi skang ingt weih sbb sy pergi tgk Suju kat putrajaya time tu. Siap tgk Rody ni perform sambil pikir not bad. Bila balik tgk twitter, diorg sedap ngutuk2..not bad too bad. Trus blacklist. Memang terserlah diorg ni x boleh org lain lebih dari diorg.
|
|
|
|
|
|
|
|
tanpa lan, kristal bkn la kristal lagi..i hrp lan menang xpun plg2 mara ke final...go lan... |
|
|
|
|
|
|
|
Lan pn kata 18thn mcm tunggul kan. Dah biasa. Rodi tu selalu je nmpk kat talkshow2 jadi pemuzik sana. Lan xde plk merempan. |
|
|
|
|
|
|
|
Minami2013 replied at 27-11-2017 04:30 PM
Yup... agree ngan u.. rase rody tu job lebat gak mase kristal senyap few years back.. so, bila lan ...
I pun perasan gak dia banyak amik job utk tv show - tak faham why nak dengki ngan rezeki orang lain |
|
|
|
|
|
|
|
Bye kristal. Selamat jalan ke kuburan |
|
|
|
|
|
|
|
walaupon iolls bukan peminat Kristal tp membesar dgn lagu2 Kristal
iolls suka jah dgn Lan sbb npk humble, suara pon best, lps kahwin xde buat perangai
tp Rody dlu msa remaja mmg npk hensem tp since kutuk2 kpop terus iolls dgn perangai cam ni lg |
|
|
|
|
|
|
|
Rody banyak job untuk event company besar2 . dekat 2-4 kali jugak la aku jumpa si rody ni... ko ambik job boleh, orang lain xboleh pulak. Lan ada anak bini dia nak suap. kalau dah kristal tenggelam timbul, xkan dia nak duduk diam pulak. bodoh jugak si rody ni kan. patutnya sokong je la si Lan. bila lan dah letops, untung2 dia seret ko sekali sauk job. |
|
|
|
|
|
|
|
Go Go Lan...dalam kes ni aku sokong lan. Rody buat kerja solo boleh..orang lain x boleh. Mana lah boleh macam tu. Kena Percaya pada rezeki Allah |
|
|
|
|
|
|
|
huh,,,kan dah kena dump(ekoran lan umum tarik diri)....korang ingat senang ke nak dapat suara yg bagus mcm si lan tu...sikit2 nak merajuk...last2 kena dump jugak korang
|
|
|
|
|
|
|
|
Nampak cam dengki je rodi nie..bukannya lama pun LAN masuk gv tu pun nk kecoh |
|
|
|
|
|
|
| |
|