View: 1524|Reply: 11
|
Lelaki Murung Telan 7 Kilogram Barangan Logam
[Copy link]
|
|
Disangka keracunan makanan, sebaliknya pakar bedah terkejut apabila mengesan hampir 263 duit syiling dan lebih 100 batang paku dalam perut seorang lelaki.
Memetik Mail Online, Maksud Khan, 35, dimasukkan ke hospital selepas mengadu mengalami sakit di bahagian perut sejak tiga bulan lalu.
Bagaimanapun, selepas melakukan ujian endoskopi doktor mendapati perut lelaki itu dipenuhi ratusan syiling, paku, berpuluh pisau cukur, serpihan kaca, batu, sekeping besi berkarat sepanjang 6 inci serta 100 batang paku seberat 1.5 kilogram (kg).
Ekoran penemuan itu, pakar bedah di Hospital Sanjay Gandhi di Satna, India, bergegas melakukan pembedahan mengeluarkan kesemua objek asing seberat 7kg berkenaan dan kini dilaporkan stabil.
Menurut laporan, Khan didakwa mengalami masalah kesihatan mental dan tidak memaklumkan keluarga mahupun rakan-rakannya mengenai tabiat pemakanan 'luar biasanya' itu.
Dr Priyank Sharma yang mengetuai pembedahan itu berkata, pihaknya terkejut apabila menemui kesemua objek asing berkenaan dalam perut pesakit.
"Ini adalah kali pertama kami menghadapi situasi sedemikian sepanjang karier kami.
"Lelaki ini kelihatan tidak waras kerana tiada manusia normal yang akan menelan benda asing sebegini," katanya.
Khan merupakan seorang pemandu beca bermotor dan dikatakan sering menelan duit syiling yang diberikan pelanggannya.
Keluarganya memaklumkan, Khan mengalami kemurungan sehingga mendorongnya menelan barangan logam tersebut.
Foto: Mail Online
Pada 2015, kes sama dilaporkan berlaku di Bathinda, di mana doktor mengeluarkan 40 keping duit syiling, 150 batang paku dan beberapa barangan logam lain termasuk bateri daripada perut Rajpal Sigh, 34, yang juga dikatakan mengalami kemurungan. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
its called the pica disease..
dah knp bang khan menabung di dalam usus..?
kan ke ad tabung mcm2 bntuk skrg ni..usus jugak yg mnjadi pilihan hati.
org xkan curi punya la syiling2 bang khan tu, xbanyak pon simpanan bang khan |
|
|
|
|
|
|
|
lama juga 3 bulan baru sakit.. kebal jugakla perut dia |
|
|
|
|
|
|
|
mcmn die blh telan besi yg pnjg2 tu
ada yg tajam mcm paku tu
ada yg mcm bengkok sikit
masa besi2 ni lalu masuk ke tekak terus ke perut
xluka ke
|
|
|
|
|
|
|
|
huyrmmmm seramnyaaa.. paku x tembus ke dlm perut? maaf noob tp kan tajam... |
|
|
|
|
|
|
|
Wahh kebal jgk perut khan ni |
|
|
|
|
|
|
|
beloomberk: its called the pica disease..dah knp bang khan menabung di dalam usus..? kan ke ad tabung mcm2 bntuk skrg ni..usus jugak yg mnjadi pilihan hati.org xk ...
Hahahaha comment kau!
|
|
|
|
|
|
|
|
abg khan hebat |
|
|
|
|
|
|
|
Murung sampai kebulur telan besi? Pelik je kau ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|