View: 9302|Reply: 31
|
[DIETARY ADVICE: PEMAKANAN UNTUK PESAKIT CKD (CHRONIC KIDNEY DISEASE]
[Copy link]
|
|
Edited by biskutraya at 1-12-2017 02:35 AM
Assalam dan selamat sejahtera,
Arini saya nak bagi sedikit info untuk pengurusan diet bagi pesakit ckd. Saya jarang berjumpa dengan pesakit ckd jadi kalau ada apa-apa yang saya beritahu di sini kalau ada kekeliruan boleh bertanya ya.
Penyakit ginjal kronik merupakan penyakit yang progresif. Maksudnya ia memakan masa untuk terjadi. Ini disebabkan oleh kehilangan fungsi buah pinggang dari masa ke masa. Penyakit ini menyebabkan bahan kumuh tidak dapat ditapis dan dihantar ke organ perkumuhan dan menyebab kan bahan buangan terkumpul dalam badan. Kesannya, badan kita tidak dapat menyerap nutrien yang penting dan boleh menyebabkan risiko penyaki seperti anemia ( kekurangan zat besi), pengumpulan bahan buangan dalam badan, susut kandungan mineral dalam tulang dan tekanan darah tinggi.
Penyebab utama CKD:
1. Diabetes Mellitus- 61%
2. SLE - 3%
3. Polycystic kidney- 1%
4. Hipertensi (tekanan darah tinggi) - 1%
penilaian untuk menentukan seseorang itu telah mendapat CKD adalah dengan merujuk kepada nilai bacaan eGFR.
Normal - >60
CKD - 15-59
kegagalan buah pinggang- bawah 15 (stage 5 of CKD)
Pemakanan untuk pesakit CKD:
1. Kawal pengambilan kalori sehari. (estimated jika perempuan 1200-1500kcal per day, lelaki 1800-2000 kcal per day)
2. Pengambilan protein yang mencukupi. Untuk protein ni ada 2:-
1) Kalau pesakit CKD stage 1-5 yang belum on haemodialisis pengambilan protein perlu dikurangkan untuk melambatkan progression kerosakan kidney. Saranan pengambilan protein sehari ialah 0.8g/kg (bw)/day.
Contoh: Berat Makcik Bedah 60kg, so 0.8gX60kg= 48g sehari.
2) Jika pesakit CKD dan start dialisis, maka pengambilan protein ditingkatkan kerana pesakit akan cenderung untuk kehilangan protein yang banyak dalam badan apabila menjalani rawatan haemodialisis. Saranan pengambilan sehari adalah sebanyak 1.2g/kg (bw)/day.
Contoh: berat badan Pakcik Ali=60kg, pengambilan protein ialah = 1.2g X 60kg = 72g.
Sumber protein utama ialah ikan, ayam, daging, telur, kekacang, susu dan produk tenusu.
Pesakit boleh ambil 1 ekor ikan kembung kecil, (protein 7g)
1 ketul daging saiz kotak mancis, (pro 7g)
1 ketul kecil dada ayam, (pro 7g)
1 biji telur (pro 7g)
1 keping tauhu/tempe (pro 7g)
1/2 gelas susu tepung/susu low fat (pro 8g)
1/3 cawan ikan bilis (buang kepala dan perut) (pro 7g)
3. Kawal pengambilan air. Ni pun ikut jika pesakit belum dialisis atau sudah. Kalau belum on treatment tiada had pengambilan cecair. Kalau dah start on dialisis pesakit CKD tidak digalakkan untuk meminum terlalu banyak air. Had pengambilan adalah sebanyak 500ml sehari.
4. Kurangkan pengambilan makanan tinggi garam. ini kerana makanan tinggi garam boleh sebabkan kita jadi mudah haus. bila haus kita akan minum banyak air. jadi akan membebankan buah pinggang. Kurangkan pengambilan makanan proses, kicap, sos, ajinomoto, bahan perisa, perasa, makanan dalam tin cth: sardin, tuna. Rendam ikan bilis dengan air panas untuk kurangkan garam. 5. Jika pesakit menghidap DM, glukosa darah hendaklah dikawal sepenuhnya. Kurangkan makanan dan minuman manis. Begitu juga dengan makanan berlemak.
Pesakit CKD juga cenderung untuk kekurangan beberapa mineral lain dalam badan disebabkan proses dialisis. jadi beberapa saranan pengambilan makanan untuk gantikan mineral yang keluar.
1. Calcium- boleh dapat dari susu dan produk tenusu atau boleh gantikan dengan sumber lain seperti cendawan, taugeh, ikan bilis (bahagian tulang).
2. Zat besi- boleh ditambah dengan pengambilan daging merah, ikan bilis, ikan, kerang, sayur bayam merah, kailan, peria. jika kandungan zat besi dalam darah masih rendah biasanya doktor akan beri suplemen tambahan. begitu juga dengan calcium.
Harap dapat beri manfaat kepada semua.
Terima kasih.
@anakhalal maaf atas kelewatan. Soalan yang awk tanya dr ipes tu utk CKD stage 4 kan? Kalau stage 4 jumlah protein sepatutnya ialah 0.6g/kg BW. Yg kat ats tu utk stage 1-2.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Excellent guides.
Ramai org yg dapat benefit dari thread ni, insyaAllah.
@anakhalal
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 1-12-2017 02:44 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Haa dh published dh pun. Td pakai apps cari x jmpe button published. Rupenye dh published. Tq doc @ipes2 |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by meisapoya at 1-12-2017 11:34 AM
Tq for the info. Walaupun x de sakit ni, still berminat nk tahu pasal diet n consequences die sbg rujukan sendiri
Ramai tgk makcik pakcik yg sakit ni gi buat treatment ceragem. Beratur panjang nk tunggu treatment. Kite yg mude ni pon terliur nk gi try hehe. Masalah nye boleh ke klu yg x de sakit pergi treatment ni? Just ade light backache je stp kali tersalah position tido & time pms |
|
|
|
|
|
|
|
Very good info and article.
Teringat pd arwah MIL yg ade CKD ni dsbbkan Diabetes. Arwah ni nakal-sikit kt blkg kita selamba je mkn pisang goreng dgn maid. Sekali checked insulin 20 plg rendah 16. Pening kepala juga nk menjaga, lg2 sbb penglihatan dia da x berapa jelas. Kulit melecet sikit pun da jd mslh.
Time menggigil sy beri air milo kosong (cair je) dan whole grain roti tu sekeping. Diet mmg ketat, kena pula gastrik. Mmg serba salah d buatnya.
Apa pun, sayangilah bdn kita dan sederhana dlm pengambilan makanan. Nk mkn sedap x slh, tp lps tu exercise. |
|
|
|
|
|
|
|
Susah nak kurangkan makan makanan/bahan yang diproses sekarang ni kicap sos etc. Tambah2 pula kalau beli... semua ada taruk |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 1-12-2017 03:17 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
minahsenget replied at 1-12-2017 08:21 AM
Byk info .tq
Welcome u.. Semoga bermanfaat. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 1-12-2017 03:17 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
noraidil_06 replied at 1-12-2017 08:35 AM
Tq for the thread TT
Welcome madam.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 1-12-2017 03:20 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
meisapoya replied at 1-12-2017 11:27 AM
Tq for the info. Walaupun x de sakit ni, still berminat nk tahu pasal diet n consequences die sbg ru ...
Treatment ceragem? Maaf sy kurang pasti pasal treatment ni. @ipes2, doc mungkin boleh bantu.
Pada pendapat saya, mereka boleh je ikhtiar nak try pelbagai jenis treatment. Tapi make sure ubat2 doc bg jangan tinggal stau stop, jaga pemakanan dan amalkan gaya hidup aktif. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 1-12-2017 03:26 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
CardiGans85 replied at 1-12-2017 12:59 PM
Very good info and article.
Teringat pd arwah MIL yg ade CKD ni dsbbkan Diabetes. Arwah ni nakal- ...
Ya.. DM merupakan punca kerosakan buah pinggang. Kadang2 pesakit DM blame ubat ubatan yang doc bagi.. Tu yang datangnya macam2 ubatan tradisional. Sedangkan DM tu sendiri yang menyebabkan komplikasi buah pinggang tu sendiri..
Betul tu.. Orang2 tua kita ni mereka in denial. Lagi pula kalau takde orang pantau.. Pd mereka dah bertahun minum dan makan manis kan.. Jadi bila kita minta kurangkan mereka agak susah sikit nk ikut.. Kita yang belum terkena ni kena ni boleh kawal pemakanan. Pastikan buat saringan kesihatan setiap tahun utk pantau blood glucose. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 1-12-2017 03:29 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Catpaw replied at 1-12-2017 02:31 PM
Susah nak kurangkan makan makanan/bahan yang diproses sekarang ni kicap sos etc. Tambah2 pula kalau ...
Tau takpe.. Tu la sekarang ni banyak makanan segera kan. Susah nak elak tapi boleh kurangkan. |
|
|
|
|
|
|
|
meisapoya replied at 1-12-2017 11:27 AM
Tq for the info. Walaupun x de sakit ni, still berminat nk tahu pasal diet n consequences die sbg ru ...
Ceragem yg pakai baju putih sume tu ke? Penah pegi sbb katil ni urut2 bdn n panas. Tp ms tu xde sakit pape, jd nth..xde efek apa |
|
|
|
|
|
|
|
biskutraya replied at 1-12-2017 03:29 PM
Tau takpe.. Tu la sekarang ni banyak makanan segera kan. Susah nak elak tapi boleh kurangkan.
Kita kerja ni kadang takda masa nak masak... dah balik kerja petang malam ada lagi kerja nak kena buat untuk kerja hari berikutnya...
bukan apa masak kejap je tapi menyedia dan mengemas tu yang ambil masa. nak taknak makanan segera/kedai juga la jadi pilihan...
dah kita zaman segera ni, memang itu la pilihan yang banyak. Tapi cuba juga la kawal huhuuu... |
|
|
|
|
|
|
|
biskutraya replied at 1-12-2017 03:26 PM
Ya.. DM merupakan punca kerosakan buah pinggang. Kadang2 pesakit DM blame ubat ubatan yang doc bag ...
Setuju..sbnrnya x biasa exercise dan minum air putih pun kurang. Tp once kena dialisis tu dan sampai tahap buang air kecil dan besar pun x rasa, kita yg sihat2 ni kena sabar byk2 la dgn segala kemungkinan serta karenah dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 1-12-2017 03:55 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Catpaw replied at 1-12-2017 03:42 PM
Kita kerja ni kadang takda masa nak masak... dah balik kerja petang malam ada lagi kerja nak kena ...
Ya saya faham kekangan masa tu. Takpa la catpaw klu itu pilihan yang ada boleh kurangkan pengambilan makanan segera. Hadkan sebulan sekali ke..
Kurangkan pengambilan makanan ringan macam keropok2, kerepek, perencah mee segera.. Kalo nk mkn mee segera boleh buat perencah sendiri.
Minum air kosong secukupnya.
Kalau beli barang tu boleh juga cari pilihan makanan yang rendah/kurang/bebas natrium. |
|
|
|
|
|
|
|
CardiGans85 replied at 1-12-2017 03:34 PM
Ceragem yg pakai baju putih sume tu ke? Penah pegi sbb katil ni urut2 bdn n panas. Tp ms tu xde sa ...
X sure pakai macam mane tapi yg pasti dok atas katil. Dlm sejam mcm tu treatment die.
I see. X de efek utk org yg sihat. So, x de reason la utk pegi ye dok. Hehe |
|
|
|
|
|
|
|
biskutraya replied at 1-12-2017 03:26 PM
Ya.. DM merupakan punca kerosakan buah pinggang. Kadang2 pesakit DM blame ubat ubatan yang doc bag ...
Nenek i ade diabetes. Sampai kena cucuk insulin dh. Mata jgn cakap lah. Haritu die jatuh, slip disc, doc ckp susah nk sembuh dh. She's in 70s btw.
I ambek pengajaran dari kes die. Dh start control x makan benda yg mengarut. Susah lah klu dh sakit. Muda2 mmg kena jaga kesihatan. Klu dh tua, mmg menyesal la klu x jaga kesihatan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|