CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10228|Reply: 5

Remaja 'pusing kepala 180 darjah' demi menyara keluarga

  [Copy link]
Post time 6-12-2017 07:17 AM | Show all posts |Read mode
SEORANG remaja berusia 14 tahun dari Pakistan, Muhammad Sameer, digelar ‘burung hantu manusia’ kerana kemampuannya memutar kepalanya sehingga 180 darjah.

Memetik laporan portal Daily Mail, Sameer yang berasal dari Karachi, Pakistan menggunakan ‘kebolehannya’ itu untuk menyara keluarga selepas ayahnya jatuh sakit.

Dengan menggunakan tangan untuk memusing kepala, Sameer membuat persembahan bersama kumpulannya, Dangerous Boys.

Sameer kini berharap dengan kebolehan yang luar biasa itu, dia akan mendapat peluang untuk berlakon dalam filem Bollywood.



“Ketika saya berusia enam atau tujuh tahun, saya melihat seorang pelakon filem seram Bollywood memusing kepalanya untuk melihat ke belakang.

“Saya tertarik dengan kebolehan itu. Sejak hari itu, saya sering berlatih berbuat demikian dan selepas beberapa bulan, saya boleh melakukannya," dia dilaporkan berkata.

Bagaimanapun, ibunya tidak menyokong tindakan anaknya itu kerana bimbang akan keselamatan Sameer.

Menurut remaja itu, ibunya pernah menampar dia apabila melihat dia memusingkan kepala.

“(Bagaimanapun) dia kemudian sedar itu adalah kebolehan istimewa saya,” katanya.

Sameer kemudiannya berhenti sekolah dan menubuhkan Dangerous Boys, sebuah kumpulan penari, bersama tujuh lagi rakannya, dan mereka melakukan persembahan di seluruh Karachi.

Bagi setiap persembahan, Sameer menerima bayaran sebanyak Rs600 (RM38) hingga Rs1,000 (RM64) membolehkan dia mendapat sehingga RM665 sebulan.[youtube]EGDN3WWBvDI[/youtube]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2017 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Tgk pun dah ngilu je rase
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 12:22 PM | Show all posts
Euwww jangan sampai putus urat udah terkehal susah nak betulkan nanti
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2017 01:57 PM | Show all posts
kalau  dia ni tibe2 dtg kat depan iols..lepas tu terus buat camni..iols rasa iols akan terus pengsan
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2018 02:59 PM | Show all posts
tak terbelit ke urat tengkuk tu?
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2018 09:24 PM | Show all posts
Fuh. Bayangkan dia buat macam tu di waktu rembang Maghrib. Haruslah ramai yang lari x cukup tanah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:17 PM GMT+8 , Processed in 0.545049 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list