CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16515|Reply: 223

[Tempatan] McD Malaysia Kecewa Diboikot Lagi #185 laporan polis

  [Copy link]
Post time 10-12-2017 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 14-12-2017 04:11 PM

SHAH ALAM - McDonald's Malaysia sangat kecewa dengan seruan untuk memboikot restoran kami, sebagai tindak balas terhadap pengumuman Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump baru-baru ini.

Pengarah Urusan dan Pemilik Saham Tempatan Gerbang Alaf Restaurants Sdn. Bhd, Azmir Jaafar berkata, pihaknya tidak menyokong atau terlibat dalam sebarang konflik politik atau keagamaan di mana-mana negara di dunia.

"Sebagai rakyat Malaysia, kami memahami kekecewaan yang dirasai oleh umat Islam di seluruh dunia berhubung isu ini.

"Marilah kita bersatu dan menumpukan perhatian kepada perjuangan yang betul, dan mendoakan yang sebaiknya untuk mereka yang menerima kesan disebabkan perkembangan ini," katanya dalam kenyataan, semalam.


Mac’Donalds dilaporkan menerima tempias dengan tindakan Trump yang mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.


Percaya dengan dakwaan yang tersebar di media sosial, orang ramai mula menghentam dan memboikot perusahaan makanan segera itu serta-merta.

Azmir berkata, dakwaan McDonald’s menyalurkan dana kepada Israel adalah satu tuduhan yang tidak benar dan ia adalah fitnah terhadap mereka.

“Adalah penting untuk semua mengetahui bahawa perniagaan McDonald's di Malaysia dikendalikan oleh Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd, dan syarikat ini 100 peratus milik tempatan serta pemegang saham terbesarnya beragama Islam.

“McDonald’s telah lama menjadi sebahagian daripada masyarakat, tanggungjawab sosial korporat amat kami titik beratkan dan lebih RM2.5juta telah dibelanjakan pada tahun ini sahaja untuk lebih 5,000 aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan turun padang dalam negara ini,” katanya lagi.

Pihaknya juga bertegas akan mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang membuat fitnah ke atas Mac’Donalds.

“Kami menganggap tuduhan sedemikian sebagai fitnah dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab, yang terus menyebarkan pembohongan melalui platform media sosial dan saluran-saluran lain,” katanya lagi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2017 11:20 PM | Show all posts
hangat2 taik ayam jer ni...
esok pi beli ayam mcd la...
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2017 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah ummah dah boikot. Aman sket akak nak order mekdi. Takyah akak beratur lelama
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2017 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Susah bila masyarakat bodoh bebal...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2017 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 10-12-2017 11:36 PM
Baguslah ummah dah boikot. Aman sket akak nak order mekdi. Takyah akak beratur lelama

Tak sabar.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2017 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
akhirnyaaa..ummah dah mula start boikot mcd.. moga barisan x panjang seperti selalunya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-12-2017 11:48 PM | Show all posts
tobobon replied at 10-12-2017 11:40 PM
akhirnyaaa..ummah dah mula start boikot mcd.. moga barisan x panjang seperti selalunya

jangan harap... ummah jinjang ambil alih beratur

Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2017 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Yes! Harap2 ramai yang boikot mekdi. Senang ku beli ayam goreng yg slalu cepat abis tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2017 11:51 PM | Show all posts
Innrukia replied at 10-12-2017 11:20 PM
hangat2 taik ayam jer ni...
esok pi beli ayam mcd la...

aku bet nti mcd kluarkan prosperity ke siam set ke apa.... terus hilang ingatan padahal baru malam tadi forwardkan mesej boikot mcd di whatsapp
alamak lupa lak nak beli mcflurry kit kat
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2017 11:52 PM | Show all posts
Hangat2 taik ayam je. Benda ni kejap je. Lps tu mula la merlantak blk. Dah selalu mcm ni.
Prinsip aku senang je,benda halal,mkn je la. Lain la yg kat luarnegeri yg diragui status halalnya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2017 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
So acik2 kepam mula berpuasa semula sudah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
elok je na.pak orang makan
xde boikot pung
kecohlah
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 12:19 AM | Show all posts
ye ke ada boycott?
baru je beli mcD for dinner tadi
nyum nyum
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 10-12-2017 11:48 PM
jangan harap... ummah jinjang ambil alih beratur

hahahaha...tp at least ummah jinjang bleh predict bila time dorg beratur panjang..

Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by iloveselangor at 11-12-2017 12:45 AM

Sepupu akak ni tadi elok jah bawak balik bubor McD kegemaran acik2 pprt felda.....sedap sangat katenye....tak tahan
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 12:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Drive thru tetappppp ramai org. Takde beza pon.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2017 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Apsal aku tak tau pasal boikot ni? Maknanya my circle of friends n family bukan acik2 kepam, bawang, pprt dan seumpamanya...
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
lasagnaklcc replied at 11-12-2017 12:45 AM
Drive thru tetappppp ramai org. Takde beza pon.

Akak odw ke puncak alam td tengok McD sg besar ramai customer...kt puncak alam pon sama, penoh.

Makcik2 felda pprt tak tahan kot nk tahan tekak dr mencekik ayam dan bubur mcD.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Hmm betul bab mekdi buat aktiviti  kemasyarakan dan aku xpaham asik mekdi jek kena boikot, knp xboikot starbucks?sekurg2nya mekdi ni membantu golongan xbernasib baik cth la oku atau org tua2 diambil brkerja... tp bab boikot still xfaham sampai skrg...
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
iloveselangor replied at 11-12-2017 12:48 AM
Akak odw ke puncak alam td tengok McD sg besar ramai customer...kt puncak alam pon sama, penoh.

...

Ntah2 yg boikot ni mmg jenis mkn mcd 3-4 bln sekali kot. Kalau diorg boikot pon takde sape kisah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:43 AM GMT+8 , Processed in 0.644760 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list