View: 3787|Reply: 36
|
[Tempatan]
Bayi kembar ingin dijual di laman Mudah.my RM15,000
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA: Niat baiknya untuk mendidik masyarakat supaya lebih peka terhadap gejala sosial dalam kalangan remaja sering disalahertikan pihak tertentu.
Terbaharu, 'posting' Syed Azmi Alhabshi mengenai seorang wanita berusia 20 tahun yang ingin menjual bayi kembarnya secara dalam talian telah dianggap sebagai tindakan yang sengaja mahu mengaibkan ibu muda itu, walaupun perkongsian tersebut langsung tidak mendedahkan identiti individu terbabit.
Mengakui bahawa dirinya agak terkilan dengan teguran netizen itu, ahli farmasi tersebut berkata, beliau sentiasa memastikan aib setiap individu yang dinyatakan dalam penulisannya terjaga rapi dan sering mengingatkan agar netizen berinteraksi dengan penuh adab antara satu sama lain.
"Saya terkilan apabila individu itu mendakwa apa yang saya tulis mengaibkan bangsa seagama kita, walhal bukan agama kita (Islam) sahaja yang perlu dijaga aibnya.
"Niat saya cuma satu iaitu untuk menyedarkan masyarakat tentang realiti yang berlaku zaman sekarang," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.
Menerusi 'posting' tersebut, Syed Azmi memberitahu bahawa beliau sengaja tidak mendedahkan latar belakang wanita terbabit kerana ingin melihat reaksi netizen terhadap isu penjualan bayi itu dan bukannya membuat kesimpulan berdasarkan maklumat wanita itu semata-mata.
Namun, dedah Syed Azmi, wanita tersebut sebenarnya bekas pelajar sekolah tahfiz dan dari keluarga yang penyayang serta mempunyai didikan agama yang sempurna.
Syed Azmi membuat laporan polis sebaik mengetahui tentang kes penjualan bayi kembar tersebut.
"Bila saya tidak sebutkan latar belakang ibu muda itu, ada yang tanya dari mana asal ibu bapanya, kerja apa dan tahap pendidikan mereka.
"Tidak kisah di mana pun anda bersekolah, tapi jika tidak gunakan dengan sebaiknya, masalah ini tetap akan berlaku. Tidak adil untuk katakan mereka tiada pendidikan agama," jelas Syed Azmi.
Tambah beliau, selepas hampir tiga jam menemubual wanita tersebut dan keluarganya, ibu kepada bayi kembar berkenaan tidak menunjukkan tanda-tanda penyesalan di atas perbuatan mengiklankan bayi-bayi itu di laman web jual beli terkemuka di negara ini, Mudah.my pada Jumaat lalu.
Beliau bagaimanapun cuba menyelami perasaan wanita itu dan beberapa kali mengajukan soalan tentang perancangannya ke atas kedua-dua bayi malang tersebut selain meneruskan niat untuk menjualnya.
"Saya menggeletar bila beberapa kali dia kata nak jual.
"Saya terangkan bahawa perbuatan ini salah. Macam mana kalau ada pihak yang beli bayi itu curi organ atau potong badan mereka untuk dijadikan peminta sedekah?" ujar Syed Azmi dengan nada kesal.
Beliau turut berharap orang awam berhenti menjadi 'masyarakat swafoto' yang hanya tahu mengambil gambar tanpa berbuat apa-apa untuk menyelamatkan keadaan.
|
|
|
|
|
|
|
|
knapa dia tk report polis aja
tapi gigih msukn dlm mudah.my
dh maknye ting tong, nk jual
|
|
|
|
|
|
|
|
batmana replied at 12-12-2017 11:07 AM
knapa dia tk report polis aja
tapi gigih msukn dlm mudah.my
Baca tak sampai habis?
Ke baca tajuk je?
Kan ada tulis situ...
“Syed Azmi membuat laporan polis sebaik mengetahui tentang kes penjualan bayi kembar tersebut.” |
|
|
|
|
|
|
|
dah report polis, so apa tindakan polis jkm semua tu? |
|
|
|
|
|
|
|
kembar siam ke kembar puchong? |
|
|
|
|
|
|
|
lain dek, post kat forum cari.. ummah pesbok, ummah suci semua.. nak tegur, kena potray kebaikan dahulu.. begitu kekdahnya.. hanat peel makcik pesbuk feelin ummah syurga.. |
|
|
|
|
|
|
|
prettyuglybabe: dah report polis, so apa tindakan polis jkm semua tu?
Dengarnya jkm dah amik selamatkan bebudak tu |
|
|
|
|
|
|
|
First time kat Malaysia la ni .....jual terang terangan. ..nasib tak dibunuhnya anak2nya. ..depress ke apa. .....atau mental...... |
|
|
|
|
|
|
|
batmana: knapa dia tk report polis ajatapi gigih msukn dlm mudah.mydh maknye ting tong, nk jual
Apo ekau ckp ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Eh family pun xhalang ke
Xcukup makan sgt ke, sampai kena jual ank |
|
|
|
|
|
|
|
Ya allah sampai nk jual baby kt mudah..terdesak sgt ke dorg ni sampai sanggup..kesiannya baby tu |
|
|
|
|
|
|
|
Sian baby tu... Kembar pulak u...ramai lg yg ingin anak x dpt, ko yg dh ada kembar pulak tu sanggup nk jual |
|
|
|
|
|
|
|
Admin mudah tu punya la sengal.....blh plk ko lepas iklan tu tanpa screening terlebih dahulu |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Suchi at 13-12-2017 01:17 AM
Sian syed azmi kena kecam, kalau takde org mcm dia iols pun xtau mcm2 isu weh yg menyedihkn kt tgh bdr kl ni terutama yg melibatkn baby..
Aritu ade kes ibu muda dlm pantang dgn baby nya duk tumpang ngn kawan tomboy. Ibu tu dr pahang, dtg kl nk cari tmpt tinggal n kerja. Sian gila tgk baby tu.
Syed azmi dan kawan2 dia ni bagus tak de nk judge org dulu ke apa yg utama bantu org tu tak kisah lah siapa pun..Kalo org lain kecam jelah yg tahu bantu nya tidak. |
|
|
|
|
|
|
|
sukacactus replied at 12-12-2017 10:27 PM
Eh family pun xhalang ke
Xcukup makan sgt ke, sampai kena jual ank
Sama la kes kembar sajat tu. Ramai juga pertikaikan. Dia tu jantina pun xsure laki ke pompuan ke khunsa and sajat tu single, senang2 je dpt adopt kembar 1 pair. Tayang2 kat social media, xde laporan atau tindakan pun |
|
|
|
|
|
|
|
esteryen replied at 13-12-2017 06:54 AM
Sama la kes kembar sajat tu. Ramai juga pertikaikan. Dia tu jantina pun xsure laki ke pompuan ke k ...
Oh ank angkat dia tu kembar ke?
Aku nyampah dgn sajat gedik tu, so malas ambik tau
Dia tu pun elok diambik tindakan jg
Dah menyerupai pompuan sgt2, jab agama buat donno je |
|
|
|
|
|
|
|
dimanakah perikemanusiaan sbg ibu.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku nak salahkan najib lah, eh silap, nak salahkan lobai bodo dan mufti, bila nak buat sex education katanya menggalakkan zina, bila bantah bin/binti Abdullah kata nya tu dah hukum agama anak luar nikah tak boleh bin/binti nama bapak, tu hukuman kepada pelaku zina walhal yg dosa makbapaknya yg kena hukum anak yg baru lahir???? kata ugama yg adil, tu lah dia olamak/mopti/ostad/ostazah bila banyak berlaku masalah buang bayi katanya kurang didikan ugama
lkick~hanya islam menjamin kesejahteraan
TAKBIRRRRRRRRRRRRRR |
|
|
|
|
|
|
|
nasib x jadi mangsa paedo kaya
|
|
|
|
|
|
|
| |
|