CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2222|Reply: 2

[Jenayah] Edar Dadah: Dua Beranak Berdepan Hukum Gantung Sampai Mati

[Copy link]
Post time 2-1-2018 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
BALIK PULAU – Dua beranak serta seorang rakan mereka didakwa di Mahkamah Majistret di sini pagi ini atas kesalahan mengedar sebanyak 419 kilogram (kg) pil Eramin 5 di sebuah syarikat ejen kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), Bayan Lepas dekat sini, tiga minggu lalu.

Tertuduh, Rushdi Ismail, 47; anaknya, Muhammad Wafiy Ikhwan, 18, serta rakan lelaki, Razis Md. Yusoff, 34, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majisret Nur Fadrina Zulkhairi.

Kesemua mereka yang bekerja sebagai ejen penghantaran didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua beranak berkenaan yang diwakili peguam S. N. Rajan manakala Razis tidak diwakili peguam.

Pendakwaan dikendalikan Penolong Pendakwa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) negeri, Abdul Malik Awang Kechik.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa mengedar dadah jenis Eramin 5 seberat 419,152 gram itu di Kompleks Kargo MAS LTAPP, Bayan Lepas kira-kira pukul 9 pagi pada 17 Disember lalu.

Mahkamah kemudiannya tidak menawarkan sebarang jaminan dan menetapkan 26 Februari ini sebagai tarikh sebutan semula.

Pada 27 Disember lalu, JKDM negeri mendedahkan kejayaan mematahkan cubaan menyeludup dadah terbesar di negeri ini tahun ini apabila merampas sebanyak 1.54 juta biji pil Eramin 5 bernilai RM23 juta di LTAPP yang dipercayai cuba diseludup dari Taipei.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Zulkifli Yahya berkata, dadah yang dibawa menggunakan penerbangan China Airlines itu tiba di Zon Perdagangan Bebas Kargo MAS LTAPP pada 14 Disember lalu dan diikrarkan sebagai peralatan mekanikal.

Ujar beliau, pihaknya melakukan intipan selama tiga hari selepas curiga dengan kandungan peralatan mekanikal itu yang dibungkus di dalam 12 buah kotak dan diletakkan di atas dua palet.- MalaysiaGazette
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2018 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
pengedar ne tak boleh ke bagitahu more info kepada polis siapa big boss.. nak sangat mati sorang2.. ataupun big boss nya pun suap pak polisi.. kalau kena suap, memang sial la kau.. harap kau mimpi ngeri malam2 dgr bunyi org kena gantung..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2018 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
samasam90 replied at 8-1-2018 04:49 PM
pengedar ne tak boleh ke bagitahu more info kepada polis siapa big boss.. nak sangat mati sorang2..  ...

Katanya sekarang ni dalam proses pinda undang2...untuk wujudkan hukuman penjara seumur hidup untuk polis2 dapatkan maklumat.

Nanti hakim boleh pilih untuk berikan hukuman mati atau penjara seumur hidup
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:14 PM GMT+8 , Processed in 0.315518 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list