View: 5947|Reply: 20
|
[Tempatan]
edisi pengajaran dan insaf :Pengalaman Banduan Botak Chop Penerima 104 SebatanTe
[Copy link]
|
|
Pengalaman Banduan Botak Chop Penerima 104 SebatanTerbanyak Di Malaysia!
“Tangan dan kaki saya diikat, manakala kepala ditundukkan. Tidak lama kemudian sebatan pertama singgah di punggung. Ketika itu saya rasa seperti langit terbuka. Azabnya tidak terperi, hanya Allah yang tahu. Saya meraung, menjerit dan baru ingat Tuhan.”
Itu kata seorang bekas banduan yang dikenali sebagai Botak Chop, 53, yang meringkuk dalam penjara selama lebih 26 tahun dan disebat dengan rotan sebanyak 104 kali secara berperingkat bermula 1992 hingga 1998.
Dia yang pernah berkongsi kamar penjara dengan penjenayah kejam Botak Chin tersenarai dalam rekod Jabatan Penjara Malaysia sebagai antara banduan yang paling banyak menerima hukuman sebat.
Akibat 39 kesalahan jenayah samun bersenjata api pada 1973 dan 1974, Botak Chop dijatuhi hukuman penjara keseluruhan selama 196 tahun dan tiga bulan bermula 1974 namun dibebaskan pada 2000 selepas mendapat pengampunan.
Dia turut dijatuhi hukuman 104 sebatan untuk semua kesalahan itu dan pelaksanaan hukuman dibuat berasingan sebanyak lima kali.
“Kali pertama saya disebat 24 kali pada 1994, diikuti (40 kali) pada Mac dan September 1996 serta dua set lagi (40 kali) secara berasingan pada 1998,” katanya ketika ditemui Harian Metro selepas menerima kaunseling daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tak lama dulu.
Botak Chop berkata, pengalaman pahit dikurung dalam penjara dan azab dirasai setiap kali menjalani hukuman sebat benar-benar menginsafkannya dan dia berasa seperti mati hidup semula apabila diberi pengampunan serta dibebaskan.
Bagi menebus dosa dan kesalahan pernah dilakukannya, kini Botak Chop banyak terbabit dengan aktiviti kebajikan termasuk memberi ceramah dengan berkongsi pengalaman hidupnya untuk menjadi iktibar kepada orang lain.
“Saya bukan ingin berbangga dengan kejahatan saya atau berlagak seolah-olah hebat kerana pernah puluhan tahun meringkuk dalam penjara serta disebat lebih 100 kali.
“Saya cuma ingin menebus kesalahan saya. Dulu saya banyak buat jahat, jadi kini saya ingin buat baik pula pada orang lain.
“Saya percaya pengalaman dan kisah hidup saya amat berguna untuk dijadikan pengajaran kepada orang lain,” katanya yang memberi ceramah kepada kumpulan kecil anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di seluruh negara.
Mengimbau pengalaman setiap kali menjalani hukuman sebat di penjara, Botak Chop berkata, kebiasaannya banduan akan dimaklumkan mengenai pelaksanaan hukuman sehari lebih awal.
“Sebaik saja diberitahu mulalah rasa serba tak kena dan sebelah malam pula, pasti tak lena tidur. Bila pagi, banduan yang menjalani hukuman akan diasingkan sewaktu bersarapan.
“Ketika kali pertama disebat, ada 35 lagi banduan yang menjalani hukuman itu bersama saya. Selesai makan, kami dibawa ke bilik sebat dengan saya orang pertama terima hukuman,” katanya.
Menurutnya, dia kemudian diperiksa doktor dengan dipantau pegawai penjara sebelum disahkan sihat untuk menjalani hukuman.
“Apabila sebatan pertama hinggap di punggung, saya tak tahu mampukah saya habiskan baki 23 lagi sebatan. Sakitnya bukan kepalang sehinggalah sebatan terakhir.
“Rasa tak boleh digambarkan apabila daging yang terkena rotan tersiat daripada kulit dengan darah meleleh keluar. Selepas itu, bukan kata nak berjalan tapi nak berdiri pun rasa tak larat,” katanya.
Botak Chop berkata, setiap kali selepas disebat dia pulang ke sel dengan penuh penyesalan dan tidur dalam keadaan meniarap selama tiga bulan kerana tidak tahan menanggung sakit akibat luka.
“Saya dan rakan banduan saling membantu antara satu sama lain untuk meletakkan ubat. Dalam keadaan bersusah payah itu, kami bercerita sesama sendiri mengenai sesalan tak sudah.
“Malah, sampai sekarang, selepas lebih 20 tahun, rasa sakit sebatan masih terasa kerana punggung rasa kebas selain kesan jaluran dapat dilihat dengan jelas,” katanya.
Semoga memberi manfaat.
Sumber artikel: sentiasapanas
|
|
|
|
|
|
|
|
adoi.. tetiba bontot rasa pedih |
|
|
|
|
|
|
|
Tak dapat dibayangkan rasa pedih yang menghiris kulit |
|
|
|
|
|
|
|
Seramnya... ingatkan sekali sessi sebatan tak lebih 10 kali ke... rupanya2 terus jalan berpuluh kali sebatan. |
|
|
|
|
|
|
|
kena sebat dgn rotan guru pun dah sakit....ini kan pula disebat algojo |
|
|
|
|
|
|
|
Ape sejarah kejahatan dia secara detail?
#donemohonsuap
|
|
|
|
|
|
|
|
sy ade kwn y mngajar kt pnjara...dia cite kalu hari banduan y kena rotan warden akan tutup semo tingkap kelas sbb x mo banduan lain dgr jeritan banduan y kna rotan,wlpn kelas jauh dr tmpat hukuman tp jeritan boleh dgr...ade stengah2 banduan y dlm kelas akn mnangis dgr suara banduan tu...sedihhhh dgr cite dia... |
|
|
|
|
|
|
|
berkali2 keluar kisah betapa dahsyatnya hukuman sebatan tetap jua masih ramai yg berani buat jenayah. ai rasa msia patut start buat program beyond scared straight utk bebudak yg bermasalah. tak payah tengok hukuman sebat sedang berlangsung, cukup dgn mendengar jah. mencegah lebih baik daripada mengobati. gituhh.
|
|
|
|
|
|
|
|
zaman skrg nak berjenayah secara halus spt kawen sama apek kaya kikis, kawen Bini kaya kikis, pujuk2 beli barang buat loan, rompak pendatang haram |
|
|
|
|
|
|
|
Seksyen 289 Kanun Tatacara Jenayah memperuntukkan bahawa sebatan kena dijalankan sekaligus (no instalments) manakala seksyen 288 pula menyatakan sebatan tidak melebihi 24 sebatan bagi setiap satu hukuman.
|
|
|
|
|
|
|
|
der...3 kali sebat pon dah tersiat kulit...ko bayangkan 104.... |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan semua manusia ni akan terkesan dengan cerita2 sebegini sehingga mereka sendiri yang mengalaminya. Kebanyakan bila dah mengalaminya sendiri je akan berusaha untuk berubah kalau dari pengalaman orang lain amat kurang kesannya. |
|
|
|
|
|
|
|
dani-rox replied at 4-1-2018 07:34 PM
berkali2 keluar kisah betapa dahsyatnya hukuman sebatan tetap jua masih ramai yg berani buat jenayah ...
Ala sis buat hudud jah....tunjuk je hukuman tu live pada orang ramai.
|
|
|
|
|
|
|
|
dani-rox replied at 4-1-2018 07:34 PM
berkali2 keluar kisah betapa dahsyatnya hukuman sebatan tetap jua masih ramai yg berani buat jenayah ...
Yes yang macam kat America tu. Mana2 budak bermasalah parents hantar ke program ni duduk penjara dan hidup dengan banduan. Kira kalau 1 group tu atleast 1 jer yang tak nak berubah yg lain confirm jadi baik. |
|
|
|
|
|
|
|
iloveselangor replied at 8-1-2018 02:41 PM
Ala sis buat hudud jah....tunjuk je hukuman tu live pada orang ramai.
Kata tolak dakyah2 ereb, hudud terima pulak. Akak nobi gak cakap buat apa follow arab, bukannya dia org pandang pun belah2 nusantara nih. Kemon sis... please be consistent. |
|
|
|
|
|
|
|
slavehunter replied at 9-1-2018 01:02 PM
Yes yang macam kat America tu. Mana2 budak bermasalah parents hantar ke program ni duduk penjara d ...
Kan, tak salah mencuba. Kalau takbleh selamatkan semua, sekurang2nya adalah 2-3 org yg dpt dihindarkan drpd memilih jalan yg salah. |
|
|
|
|
|
|
|
Patut dibuat begini pada perogol dan pedofil..buat 1000 kali pun tak apa |
|
|
|
|
|
|
|
Insaf. Rasa bersyukur kerana dapat duduk di atas kerusi empuk dengan selesa.
|
|
|
|
|
|
|
|
~boolean replied at 9-1-2018 06:32 PM
Patut dibuat begini pada perogol dan pedofil..buat 1000 kali pun tak apa
Sokong yg ni kalo kena 100 sebatan semnggu pon meolss sokong
Kalo boleh bg budak yg dia rogol tu tgk dia kena sebat
Haaaaa baru puas hati
Gerammmm sgt kt pedo ni takde belas kasihan
Dan seharusnya kita pon tak pyh belas kt dia |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by iloveselangor at 9-1-2018 08:01 PM
dani-rox replied at 9-1-2018 06:21 PM
Kata tolak dakyah2 ereb, hudud terima pulak. Akak nobi gak cakap buat apa follow arab, bukannya di ...
Ala sister Melayu Pagan pon hukum secara live sister....bukan Arab saja.
Kalau buat hudud tak semesti nya ikut Arab....bangsa Jepun, Topekong dan Cawat juga menghukum secara live.
Akak tengok cerita Cina diorg pon ada jugak merejam tengah Bandar.....pukul ramai2 tengah bandar. Tu tiru Arab ke?
Cuba bukak sikit otak cawat tu sis. |
|
|
|
|
|
|
| |
|