Penang football ass. bawah siapa ni ???
bayar la gaji weyyyy, wajib tu.
ni macam pangai lagi mahu pegang malaysia ke???
FAP Diam Diri, Reinaldo Lobo Terpaksa Bawa Isu Gajinya Ke FIFA
Bekas pemain import Pulau Pinang, Reinaldo Lobo mengesahkan yang dia sedang menunggu tindakan lanjut daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Ini berkaitan dengan isu tunggakan gajinya ketika beraksi bersama Pulau Pinang yang tidak dilunaskan oleh Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) sehingga kini. “FAP masih berhutang enam bulan gaji kepada saya. Ia bukan satu jumlah yang kecil, sedikit sebanyak menjejaskan kehidupan saya kerana bola sepak adalah sumber pendapatan untuk menyara keluarga. “Saya sudah cuba menyelesaikan isu itu dengan berunding tapi tiada apa-apa tindakan dilakukan oleh FAP. Mereka hanya mendiamkan diri,” ujar Lobo kepada Berita Harian.
|