CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2686|Reply: 20

Lelaki Mati Dipatuk Ular

[Copy link]
Post time 9-1-2018 02:56 PM | Show all posts |Read mode


Mayat Jayalani Abu Samah, 45, ditemui oleh ahli keluarganyadengan kesan patukan ular di bawah telinga kiri.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-1-2018 02:56 PM | Show all posts
LELAKI ditemui mati dipercayai dipatuk ular di tebing sungai di Felda Linggiu, Kota Tinggi, 9 malam semalam.

Mayat Jayalani Abu Samah, 45, ditemui oleh ahli keluarganya dengan kesan patukan ular di bawah telinga kiri.

Adiknya, Mohammad Zaidi, 36, berkata, mangsa tidak pulang ke rumah selepas keluar memancing pada 2 petang semalam.

"Biasanya arwah pulang ke rumah sebelum Maghrib. Apabila dia masih belum pulang pada 8 malam, kami mula bimbangkan menyebabkan kami keluar mencari,” katanya yang ditemui hari ini.

Menurutnya, jenazah abangnya ditemui berhampiran motosikal miliknya.

"Pada mulanya kami menyangka arwah meninggal dunia kerana asma namun menemui kesan patukan ular di bawah telinga kirinya.

"Arwah memang gemar memancing seorang diri terutama pada hari cuti. Ketika mayatnya ditemui, semua peralatan sudah dikemaskan dipercayai arwah bersiap pulang ke rumah," katanya.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Linggiu, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Ahsmon Bajah berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 January 2018 @ 8:20 PM
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 02:58 PM | Show all posts
Allahuakbar kesiannya, takziah...ular lagi
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 03:03 PM | Show all posts
bahayanya ular tu.. few second dh mati, x sempat nk buat call utk minta pertolongan

ular tedung kah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2018 03:10 PM | Show all posts
manehnya replied at 9-1-2018 03:03 PM
bahayanya ular tu.. few second dh mati, x sempat nk buat call utk minta pertolongan

ular tedu ...

Kemungkinan tedung
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 03:11 PM | Show all posts
takziah.

Allahu kesiannya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-1-2018 03:14 PM | Show all posts
Allah.. kesiannya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2018 03:14 PM | Show all posts
KOTA TINGGI - Seorang lelaki maut selepas dipercayai dipatuk ular tedung selar ketika sedang memancing di sungai blok 20 kebun kelapa sawit Felda Linggiu, petang semalam.

Mangsa, Jayalani Abu Samah, 45 ditemui tidak bernyawa kira-kira jam 9 malam tadi oleh adik dan anak saudara yang mencarinya di kebun berkenaan selepas tidak pulang ke rumah.

Adiknya, Mohammad Zaidi, 36 berkata, pada awalnya mereka menyangka abangnya itu meninggal akibat sakit asma sebelum menjumpai kesan gigitan ular dibawah telinga kiri mangsa.

Katanya, Allahyarham yang bekerja sebagai pemandu van kilang memang gemar keluar memancing di kebun seorang diri terutama pada hari cuti.

"Selalunya dia akan pulang pada jam 5 petang dan sebelum hari gelap bila keluar mancing. Sebaliknya semalam selepas keluar pada jam 2 petang sehingga jam 8 malam abang masih tak balik-balik.

"Mak yang mula khuatir menyuruh adik dan anak saudara keluar mencari abang sebelum menjumpai mayat abang berhampiran motosikalnya.

"Kemungkinan besar ketika dipatuk ular itu abang sudah bersiap-siap untuk balik kerana barangnya semua sudah dikemas. Abang memang ada sakit asma namun setiap kali keluar mancing dia akan bawa sekali ubat bersama,"katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi, sebentar tadi.

Tambahnya, Allahyarham merupakan anak ke tiga dari 10 beradik belum berkahwin dan merupakan seorang anak serta abang yang baik bukan sahaja kepada keluarganya bahkan kepada penduduk di Felda berkenaan.

Katanya, diharap kejadian yang menimpa Allahyarham akan dijadikan ikhtibar kepada orang ramai agar lebih berwaspada terhadap haiwan berbisa itu.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Menurutnya, pihak polis menerima maklumat kejadian itu pada jam 10.30 malam membabitkan seorang lelaki berusia 45 tahun yang maut akibat dipatuk ular.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.



LINK

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2018 03:20 PM | Show all posts
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 03:40 PM | Show all posts
Takziah. Sedihnya
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 04:25 PM | Show all posts
Allahuakbar
kesiannya
takziah untuk keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 05:08 PM | Show all posts
Takziah buat keluarga beliau, banyak pulak lapuran mengenai kes kena patuk ular sejak dua menjak ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahi wa inna ilaihi raji' un..... allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fu' anhuYa Allah, ampunilah dia, berilah rahmat, sejahtera dan maafkanlah dia. takziah buat keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
btw, thread ni patut letak kat CI
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah...kesiannya, da kemas nk balik dah pon
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2018 12:28 PM | Show all posts
selalu dgr tedung selar mmg byk kat ladang sawit..besor2 plak tu...

aku kalo lalu tepi ladang sawit selalu terbayang ular ni ntah terselit kat mane2..
lagikla kalo dah bersemak samun tak berani aku nak masuk...

kalo masuk kebun getah pon takdela  rase  seriau sgt mcm ni...

ape2 pon takziah pada keluarga arwah...alfatihah  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2018 12:36 PM | Show all posts
smlm tengok gambar arwah org share kat fb..

sedihnya la.. mcm besar kesan patukan tu. xtau la kene gigit ke patuk...

al-fatihah..
semoga keluarga tabah  
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2018 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengok dari kesan gigit tu mesti besar kan snake tu..semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman..
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2018 05:25 PM | Show all posts
mebi tgh duduk kot ms kne patuk tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2018 08:50 PM | Show all posts
mmg byk ular kt kg.
slalu jupe ular tedung kt ladang sawit
tu yg klu lalu situ, jln kaki, kene hati2,
jgn bjalan cm dlm taman , sentiasa alert.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.055677 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list