CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2121|Reply: 4

Dah Bosan Merancang Itu Dan Ini Tapi Asyik Tak Menjadi? Planning Semua Ke Laut?

[Copy link]
Post time 10-1-2018 03:33 PM | Show all posts |Read mode
Salam 2018. Ya, pastinya kita masih lagi dalam mood tahun baru. Mana tidaknya, tahun baru bagaikan hari raya pada anak-anak.  Mereka seronok dapat pakaian dan peralatan sekolah serba baru. Berbeza dengan ibu bapa, poket mereka amat teruji waktu sebegini. Apatah lagi yang ada anak ramai dan sekolah pagi petang.


Hakikatnya memang setiap tahun adalah tahun baru dan setiap tahun anak-anak masuk sekolah. Ia bukan satu perkara yang baru yang boleh menjadi kejutan pada kita. Ia sudah dirancang begitu.


Sama seperti kita makan nasi. Hari-hari kita akan makan nasi tapi tiba-tiba pada hari ini kita terlupa yang beras habis. Lalu kelam kabut kita ke kedai membeli beras.






Sedangkan kita patut tahu bahawa setiap bulan kita perlukan dua kampit beras. Jadi bila beras sudah menyusut segeralah beli sekampit lagi sebagai persediaan.


Perkara yang sangat bersangkutan dalam hal ini ialah bagaimana kemampuan kita untuk melihat sesuatu senario itu dalam bentuk yang kompleks. Ada kitarannya. Diulang-ulang atau retorik.


Sebagai contoh, kitaran sekolah anak. Tahun ini anak kita masuk darjah satu dan tahun depan darjah dua. Sepanjang 12 bulan belakangan itu kita sewajarnya sudah mula mempersiapkan atau mengumpul wang untuk menampung perbelanjaan sekolah nanti.


Itu sekadar contoh pada kasus atau senario musim persekolahan. Bagaimana pula dengan kehidupan yang lain? Persiapan nikah kahwin, beli rumah, beli kereta atau pun perubatan.


Sesungguhnya banyak perkara dalam hidup kita ini perlukan perancangan. Tidak banyak yang bersifat ‘adhoc’.
Ironinya, sejauh mana kita harus merancang dan mengikut rancangan itu dengan lurus sedangkan banyak saja onak duri yang menghalang? Misalnya kematian, penyakit, kemalangan, kehilangan pekerjaan dan sebagainya.






Bagaimana Mahu Merancang Kerana Kita Tidak Tahu Nasib Kita?
Ada yang bertanya, apakah merancang itu seumpama meramal nasib? Oh, tidak sama sekali. Merancang itu lebih mirip kepada kerahan usaha agar kita bertindak dan bergerak. Misalnya kita bakal menduduki peperiksaan. Apa yang kita buat sepanjang jangka masa sehingga hari peperiksaan?


Tentulah kita akan belajar bersungguh-sungguh dengan hasrat mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. Kemudian, apabila keluar keputusan, ia tidaklah seperti yang kita harapkan.


Jika dihujahkan, belajar bersungguh-sungguh itu adalah rancangan kita. Manakala keputusan itu adalah takdir kita. Berbeza bukan? Apa pun kita pasti sudah dipersiapkan dengan alternatif sama ada terus saja bersekolah di sekolah biasa atau pun ke asrama penuh. Usaha dulu baru pasrah!


Jadi,  rancang sajalah tanpa was-was dan jalan terus. Jangan rancang saja tapi tidak jalan-jalan. Itu namanya angan-angan kosong. Sambil kita usaha kenalah tawakal. Moga dipermudahkan Allah.


Nanti, jika ada halangan, cepat-cepatkan cari alternatif. Rancangan tidak semestinya rigid. Anda boleh ubah suai mengikut keadaan dan usah kerana halangan itu anda berputus asa dan mengundur.






Musibah yang datang perlu dihadapi dengan tenang. Berbalik kepada contoh awal tadi. Anda tahu anak hendak sekolah dan anda tidak cukup wang untuk membeli keperluannya. Carilah alternatif. Contohnya mencari pakaian terpakai yang masih elok daripada rakan-rakan atau saudara-mara.


Tidak salah memakai ‘preloved’ kerana  semua pakaian baru akan jadi pakaian lama selepas dipakai. Betul tak?
Dengan merancang anda mampu menyusun strategi jauh ke depan. Jadi, tidaklah dah terhantuk baru nak tergadah. Di sinilah letaknya kebijaksanaan anda untuk mengatasi masalah bukan lari dari masalah.


Tulisan saya kali ini mungkin agak mengelirukan anda kerana ia tidak berbentuk point atau tip. Sebaliknya saya sekadar mengajak anda berfikir mengenai ‘rancangan’ atau ‘planning’. Saya juga tidak bijak mengikut rancangan dan saya amat kagum melihat orang yang berjaya mengikut rancangannya.


Jika anda ada cara merancang yang berkesan dan berjaya membuahkan hasil yang anda inginkan, boleh kongsikan di ruangan komen ya. Komen anda amat bernilai untuk saya dan para pembaca. Sekian, wassalam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2018 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa pula nak bosan..merancang itu kan memang kerja manusia
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2018 06:15 PM | Show all posts
Kalau merancang kena fikirkan macam mana nak laksanakan rancangan tu.  Tapi kalau sekadar merancang dengan angan2 mana nak menjadi.  Displin diri pun kena diambilkira tika nak melaksanakannya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2018 07:57 PM | Show all posts
Kita hanya merancang

hanya tuhan yg menentukan
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 09:05 AM | Show all posts
IF YOU FAIL TO PLAN.........YOU ARE PLANNING TO FAIL

Merancanglah........InsyaAllah kita akan berjaya. Kalau tak semua yg tercapai, dapat separuhpun jadilah .........kendian tambah usaha lagi.
Barulah hidup ada wawasan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 03:01 PM GMT+8 , Processed in 0.115359 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list