CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2980|Reply: 47

[Tempatan] ETS perkenal gerabak kelas pertama, wifi percuma

[Copy link]
Post time 14-1-2018 12:03 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR – Sejajar dengan dasar transformasi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) akan memperkenalkan gerabak kelas perniagaan pada September  ini.

Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, KTMB yang telah berusia 133 tahun kini akan tampil dengan wajah baharu dengan memberikan perkhidmatan lebih efisien kepada pengguna.

Antaranya, dengan memperkenalkan gerabak kelas pertama selain daripada menyediakan kemudahan WiFi percuma bukan sahaja untuk kelas pertama tetapi untuk semua pengguna ETS secara keseluruhan.

“KTMB telah melalui transformasi yang sangat baik dan efisyen selama hampir 133 tahun. Perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh KTMB juga telah melonjakan ekonomi kerana pembinaan infrastruktur baik di negara ini.

“Semoga rakyat nampak transformasi oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mengutamakan agenda rakyat. Kita juga harap dapat sokongan rakyat tidak berbelah bahagi.  Gerabak kelas pertama yang akan dilaksanakan tahun ini dari Kuala Lumpur ke Padang Besar merupakan antara yang pertama kali,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Khas ‘Pride of Workmanship’ sumbangan Kelab Rotary Malaysia kepada 66 kakitangan KTMB hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Mohd. Rani Hisham Samsudin berkata, pihaknya akan memperkenalkan ruang menunggu atau lounge mewah kepada pengguna kelas pertama.

“Ini antara kemudahan yang akan kita tawarkan, kita masih lagi merancang kemudahan lain untuk keselesaan pengguna yang juga akan membayar lebih bagi perkhidmatan gerabak kelas pertama.

“Buat masa ini, kita mempunyai beberapa perancangan, antaranya seperti memperkenalkan menu makanan, selimut kerana perjalanan jauh selain perkhidmatan wifi.

“Mungkin akan ada lagi pada masa akan datang, semuanya masih dalam peringkat perancangan, yang pasti kita ingin memberikan keselasaan dan perkhidmatan terbaik untuk semua pengguna kita.

“Perkhidmatan wifi juga dalam perancangan, pada penghujung Mac atau awal April, kita akan lancarkan wifi percuma untuk semua pengguna yang menggunakan khidmat ETS,” ujarnya.

Dalam pada itu, seramai 66 kakitangan KTMB telah menerima anugerah tertinggi daripada Kelab Rotary Malaysia bagi menghargai perkhidmatan cemerlang yang telah dipamerkan oleh individu-individu ini.

Selain Sentral Sentral Kuala Lumpur, majlis penyampaian itu juga berlangsung secara serentak di tiga lagi lokasi berasingan iaitu di Stesen Butterworth, Pulau Pinang; Stesen Wakaf Baru Kota Baharu, Kelantan dan Stesen Kluang, Johor.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2018 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg penting sistematik dan on time... ni x on time je, setiap kali naik ets arah kl harus xpernah sampai ikut time dlm tiket even berlepas tu on time hmmm masalah yg xpernah berkesudahan sama lah lrt tu sume.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau boleh ets ni buat train sejam sekali dan boleh beli tiket dekat machine dan juga online terus ke ktmb dan bukan third party
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo ETS ada facility utk charging usb port mcm dlm flight tu laaaaggiiik hakak sukerr
Wifi free tu akak x kisah sgt sbb akak pakai webe.. Data unlimited
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols mengalu-alukan improvement ni. Lagi best kalau dapat snack box complete pramugari sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada kes kat kl sentral  brader tu masuk sekali tolong bapak dia cari kan seat..tup tup ets dah jalan..nasib baik ets berenti kat stesyen KL.. kalau tak makan angin la brader tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-1-2018 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
ilacantik replied at 14-1-2018 01:35 PM
Iols mengalu-alukan improvement ni. Lagi best kalau dapat snack box complete pramugari sekali.

Akak penah naik ETS masa mula2 stat operasi dulu.. Ms tu cume kl-ipoh jah... Mmg ada ala2 stewardess.. Pakai kebaya, bagi air kotak + seketul butter cake
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah lebih 100 tahun masalah kelewatan pun xleh selesaikan. Tingkatkan kecekapanla KTMB oii nak gi Mid Valley pun makan masa hampir sejam dari KL Sentral walhal dekat je. Lagi cepat naik Uber
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2018 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai yg keliru dgn perkhidmatan ETS dgn Komuter. ETS pengalaman aku tepat masa dlm 90%, cuma komuter tu maybe la kurang. Artikel ni cerita pasal ETS...bkn Komuter.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 14-1-2018 12:48 PM
Kalo ETS ada facility utk charging usb port mcm dlm flight tu laaaaggiiik hakak sukerr
Wifi free tu ...

Aka kena bwk charger sendiri. Power soket ade je disediakan bwh seat penumpang. Tp limited..satu row, satu je soket.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Komuter kt klang valley ni tetap sendu, lg merosot prestasi..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Diorg mmg takde website sendiri kan? Susahnya nak beli ticket.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 03:21 PM | Show all posts
ekselen replied at 14-1-2018 12:41 PM
Yg penting sistematik dan on time... ni x on time je, setiap kali naik ets arah kl harus xpernah sam ...

kalau nak ontime ke apa semua pergi private hospital sis
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Komuter yg lembab mcm siput babi bila nk upgrade
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 04:01 PM | Show all posts
Masa kes gerabak tergelincir kat kepong dulu - I tak jadi nak naik ets ke Butterworth so cancel trip.
Smpai sekarang tidak dapat refund lagi. Call call center - dia kata 6 bulan baru dapat redund. Giler betul
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
i need usb charging port.. hello acik gomen, takat wifi kalau nak buka google web page nak kena tunggu 5 to 6 seconds baru dapat, bagus tak payah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2018 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak pernah naik ETS.
Naik keretapi Senandung malam bagai nama apa entah tu pun tak pernah naik.
Rasa teringin juga nak naik, sewa kabin tu..
Tiket beli online takde ke?
Google tak jumpa, ke i yang bimbo tak tau cari?
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 04:42 PM | Show all posts
Bagus ler nak adakan kelas pertama wifi segala tapi adalah lebih baik ditumpukan pada ketepatan masa ketibaan dan berlepas.  So pengguna senang nak menguruskan masa perjalanan mereka ke destinasi selepas tu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
skejap kelas pertama, skejap kelas perniagaan. which one?
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 05:38 PM | Show all posts
pengalaman akak naik ETS, serius akak cakap, makin teruk

1. Tingkap bocor - Route ipoh-kl, pakai tren seat kaler merah, ada sekali tu, hari ujan, tetibe air menitik dari celah2 tingkap

2. tirai rosak, ni jangan cakap la, ada setengah tu, takleh tarik, kabel nyer dah putus

3. celah seat kotor - ada tu, saki baki makanan terlekat kat celah kerusi

4. plug rosak - ada yg akak nampak, gigi plug charger siapa entah, terpatah, terus tersekat dlm soket plug tu, terus takleh pakai plug tu

5. tandas rosak, ada satu set ets ni, akak selalu naik ets, selalu nya rosak tandas nya, sampai tampal notis 'out of service'... dah berzaman rosak

6. seat busuk - ye, ada seat yg dah bau kepam...

7. TV - TV rosak, kdg tu berkedip2 skrin, kdg tu, tak on langsung, rosak abis

8. delay - pernah sekali delay dekat sejam lebih, entah apa cerita nya yg buatkan tren delay

9. platform teruk - KL sentral punya platform mmg teruk, ventilation teruk, bau kepam kat bawah tu

10. jadual tren berubah2, latest changes, januari ri tu, trip silver class ke ipoh dua je, tu pun kul 8.45 malam dan kul 11 pagi kalau tak silap, tp silver dari kl ke ipoh, sekali je, caca marba sangat jadual

gold class tiket bagi ipoh kl dah naik seringgit, jadi RM36, entah apa yg buatkan naik seringgit.... setengah, trip gold class ni berhenti kat stesen yg tak ramai penumpang turun, i.e. sungkai dan slim river, much better berhenti stesen besar je cam tg malim, bt gajah, kampar, tapah, sampai le ke ipoh, baru le merasa skit 'gold' nyer tu

so conclusionnye, ETS makin teruk dari segi timing dan servicenya..... tren ETS tu tak salah, tp KTMB yg ngok, tak pandai jaga asset, bila rugi sikit, salahkan gomen, padahal KTM sendiri patut cari idea camner nak generate income, macam prasarana buat (diversified the business)..... mmg layak pun KTMB ni dijual trus, jadi swasta... tp tula, nanti org ktm sendiri yg bising, tergadai itula, ini lah, padahal service kelaut...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 04:35 AM GMT+8 , Processed in 0.227542 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list