CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1880|Reply: 20

[Tempatan] Hudud bukan bidang kami, doktor Islam persoal cadangan Kelantan

[Copy link]
Post time 14-1-2018 09:48 PM | Show all posts |Read mode


Hudud bukan bidang kami, doktor Islam persoal cadangan Kelantan
[color=rgb(112, 112, 112) !important]Sheith Khidhir Bin Abu Bakar
| January 14, 2018


Mereka mengkritik timbalan menteri besar Kelantan kerana mencadangkan pakar bedah memotong tangan bawah hukum hudud.


PETALING JAYA: Tiga doktor perubatan beragama Islam mengecam cadangan kerajaan Kelantan menggunakan perkhidmatan pakar bedah untuk memotong tangan pencuri yang didapati bersalah bawah hukum hudud.
Mereka memberitahu FMT cadangan itu bermakna meminta para doktor melanggar ikrar profesional mereka iaitu tidak melakukan mudarat pada tubuh manusia.

Farouk mengritik Amar kerana mengabaikan “kesalahan moral” dalam cadangannya.


Mereka bertiga ialah Pengarah Islamic Renaissance Front Ahmad Farouk Musa, seorang pakar bedah kardiotorasik; pengulas politik dan padar bedah di California, Amerika Syarikat, M Bakri Musa; dan Ahli Parlimen Kota Raja Siti Mariah Mahmud, seorang pakar perubatan yang mengajar perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Dalam satu temubual baru-baru ini, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata sarjana Islam kontemporari berpendapat khidmat pakar bedah diperlukan unntuk menjalankan hukuman punitif potong tangan bagi memastikan bahagian tubuh melepasi pergelangan tangan tidak diapa-apakan.
Farouk berkata Amar mungkin tidak sedar akan prinsip universal pakar perubatan iaitu, “Pertama, jangan melakukan mudarat.”
Beliau mengkritik Amar kerana mengabaikan “kesalahan moral” dalam cadangannya itu.
“Dia patut tahu kerjaya perubatan kerjaya paling mulia di dunia dan salah dari segi moral untuk mencadangkan tindakan kejam seperti itu terhadap manusia atas nama agama.
“Kita pakar bedah ialah alat Tuhan di dunia, untuk mengubati penyakit dan penderitaan manusia. Mencadangkan kami mengenakan hukuman seperti itu adalah tidak masuk akal dan melanggar Konvensyen Geneva. Hanya fikiran yang tidak sihat akan terfikir langkah seperti itu.”

Siti Mariah berkata prosedur seperti itu diluar skop kerja pengamal perubatan.


Siti Mariah berkata prosedur seperti itu diluar skop kerja pengamal perubatan dan seorang pengamal tidak sepatutnya dibebankan dengan tanggungjawab itu.
“Hudud ialah hukum jenayah,” katanya. “Orang yang patut menjalankannya ialah orang yang melaksanakan undang-undang jenayah. Kamu tidak boleh minta doktor melakukannya kerana mereka ada ikrar profesional, iaitu menyelamatkan nyawa dan tubuh.
“Di negara-negara yang mengamalkan hudud, bukan doktor yang menjalankan prosedur itu. Doktor hanya boleh mengesahkan sama ada seseorang itu boleh menjalani hukuman itu.”
Beliau mengkritik PAS kerana beria-ria melaksanakan hudud tetapi tidak menjelaskan sepenuhnya kepada orang ramai mengapa PAS merasakan ada keperluan dan bagaimana PAS mahu melaksanakannya.
“Kamu perlu atur semua dan jelaskan kepada rakyat mengapa kita perlu laksanakan hudud dan bagaimana kamu mahu laksanakannya,” katanya.
“Kita masih belum selesaikan kemiskinan dan PAS belum menjelaskan kepada rakyat jenayah curi jenis apa yang layak dikenakan hukuman hudud. Bagaimana dengan mereka yang mencuri jutaan ringgit? Bagaimana dengan mereka yang terlibat dengan penipuan? Kamu perlu takrifkan apa itu erti mencuri dalam hudud.
“Hari ini kita terdengar orang curi susu sejat dan dipenjarakan selama beberapa tahun. Bagaimana pula dengan menteri yang berbohong dan mencuri wang rakyat?”

Bakri menyifatkan kenyataan Amar “bodoh”.


Bakri menyifatkan kenyataan Amar “bodoh”.
“Secara jujurnya, kenyataan itu sebodoh kenyataan-kenyataan lain yang dikeluarkan oleh ahli PAS yang menyamarkan diri sebagai ahli politik,” katanya.
“Mereka berada dalam kedudukan memerintah dan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat tetapi mereka sibuk dengan perkara seperti memotong tangan.”
Sebagai seorang pakar bedah, sudah menjadi tugasnya untuk membantu orang dan bukan menambah masalah mereka, katanya.
“Tugas saya ialah selamatkan nyawa. Jika saya tidak mampu, sekurang-kurangnya saya akan cuba bantu nyawa yang dimamah penyakit atau cedera, dan bukannya menambah sengsara. Siapa yang akan bagi makan orang yang tangannya sudah dipotong?”
Farouk juga berkata kerajaan Kelantan harus tumpu pada masalah negeri itu daripada mengeluarkan kenyataan tentang rancangan yang belum dapat dilaksanakan, seperti pelaksanaan hudud.
“Sebagai timbalan menteri besar, Amar patut tahu Kelantan mencatatkan pelaburan langsung asing sifar tahun lepas.
“Dia juga patut tahu Kelantan mencatatkan kadar pengangguran belia tertinggi dan jumlah kes AIDS tertinggi. Petunjuk-petunjuk itu menunjukkan ada kegagalan tadbir urus.
“Bukankah dia sepatutnya tangani isu-isu itu, terutamanya apabila keluaran dalam negeri kasar per kapita Kelantan hanya 1/3 purata nasional?”



http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/01/14/hudud-bukan-bidang-kami-doktor-islam-persoal-cadangan-kelantan/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-1-2018 10:07 PM | Show all posts
Dari yang baru berjinak  nak jadi lobai sehinggakan lah yang dah senior..  masih lagi tak boleh berfikir secara waras.

Kesihan kat ummah malaya dapat pemimpin seperti ni.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
sesat ..  munapek .
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kan..pkul 1 operate nk selamatkan tgn mangsa accident..kul 8 operate potong tg  manusia sihat..xke jd gila dr2 tu...tapi apalan daya nk masok sorga kenalah potong tgn orang
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 10:55 PM | Show all posts
mcm mana kerajaan saud dan iran melaksanakan hudud masing2?
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
i nak tunggu kalau amar bakalan bekap diri sendiri
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-1-2018 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 14-1-2018 10:55 PM
mcm mana kerajaan saud dan iran melaksanakan hudud masing2?

Mereka dah ada algojo
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2018 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak mampu menyediakan kemudahan infra sekolah pondok..mereka minta kerajaan persekutuan buat..

X mampu melaksanakan hukuman...mereka minta Dr yang buat..

Ini je kemahiran PAS Kelantan...sekiranya anda X mampu..jgn sampai memindahkan bebanan masalah kpd org lain..

Diharap tiga org Dr. tu X ditanya soklan bonus...korg isle ker..?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2018 11:28 PM | Show all posts
famri7 replied at 14-1-2018 10:44 PM
Kan..pkul 1 operate nk selamatkan tgn mangsa accident..kul 8 operate potong tg  manusia sihat..xke j ...

ibarat malam jd polis siang jd pencuri. xkelakar ke? dah potong nak kena sambung balik? dah hudud nak kena sambung balik? bagi akak pas ni dah mengarut dah perkudakan agama.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg PASampah bodoh xde otak. Senang2 je nak suruh doktor potong tangan org. Bangang!
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 12:20 PM | Show all posts
memang bodoh pun
dato DG pun dah keluar statement tak sokong suruh doktor potong tangan..
geleng kepala aku.. otak kat lutut ke ape orang pas ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi kurang2nya jelaskan dulu ..  yg terima rasish ..yg salah guna kuasa definasi dlm hudud ? Halusi dulu . Aku sokong aje depa ni dipotong tangan .
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_shalom replied at 14-1-2018 11:17 PM
Tak mampu menyediakan kemudahan infra sekolah pondok..mereka minta kerajaan persekutuan buat..

X  ...

Cilakak shalom... Aku Baru nak tanya soalan maut tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 05:50 PM | Show all posts
lkick2113 replied at 15-1-2018 12:28 PM
Cilakak shalom... Aku Baru nak tanya soalan maut tu



ni kira senjata last kopek bila dh x bleh nak koner lg..

Btw..pelik..time bg kenyataan tu..PAS Kelantan x rujuk dengan mereka yang ahli ker...

ker asal atas nama isle...semua kena patuh...if kes mcm tu...sedih plak ak tgk umat Islam kt Malaysia ni...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_shalom replied at 15-1-2018 05:50 PM
ni kira senjata last kopek bila dh x bleh nak koner lg..

Btw..pelik..time bg kenyataan tu ...

Lobai PIS je yg bodoh macam tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 07:28 PM | Show all posts
lkick2113 replied at 15-1-2018 07:14 PM
Lobai PIS je yg bodoh macam tu



erkk...ko yg ckp ye..bukan aku..

btw..ikick ni isle ker..?












Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2018 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_shalom replied at 15-1-2018 07:28 PM
erkk...ko yg ckp ye..bukan aku..

btw..ikick ni isle ker..?

Isle sebeneeeeer versi bersunat berjemaah
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Berbondong2 korang menghina hukum allah...

Di padang mahsyar esok menjawablah... malaikat atid dah siap print screen.... tunggu je lah...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
islam telah dihina!

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
hudud ke ulu ke hilir.last2 tukang potong tgn pun x jumpa lagik.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:45 AM GMT+8 , Processed in 0.078992 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list