CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1255|Reply: 15

[Tempatan] Penguatkuasa hanya nak bantu alih halangan.

[Copy link]
Post time 16-1-2018 05:51 AM | Show all posts |Read mode


Penguatkuasa hanya nak bantu alih halanganARZIANA MOHMAD AZAMAN
15 JANUARI 2018



Video tular mengenai anggota penguatkuasa yang dikatakan 'mengamuk' di sebuah pasar basah di sini, Sabtu lalu



KUALA SELANGOR – Jabatan Perancangan Pembangunan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) tidak menafikan wujud salah faham di antara peniaga dengan anggota penguatkuasa di Pasar Basah Pasir Penambang, Sabtu lalu.
Pengarahya Mohamad Yusli Askandar berkata, perselisihan faham berlaku kerana anggota penguatkuasa tersebut hanya mahu bantu alihkan halangan di laluan jalan.

Menurutnya, hasil semakan mendapati peniaga terbabit sebelum ini sudah pun dikenakan dua amaran atas kesalahan meletakkan halangan (tong ikan) di laluan pengunjung.







“Berhubung kejadian yang berlaku pada pada jam 10.30 pagi Sabtu lalu, penguatkuasa MDKS terbabit melakukan rondaan berjadual di pasar tersebut dan mendapati terdapat halangan yang menghalang laluan awam.

“Anggota penguatkuasa MDKS yang bertugas mengarahkan peniaga terbabit supaya halangan terbabit dialihkan dan berlaku sedikit perselisihan faham menyebabkan bekas berisi ikan terjatuh.
“MDKS juga kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menularkan video insiden itu,” katanya ketika diminta mengulas isu penularan video penguatkuasa yang didakwa ‘mengamuk’ ketika operasi Sabtu lalu.

Mengulas lanjut mengenai insiden itu, Mohamad Yusli menjelaskan, pihaknya mengambil tindakan terhadap tiga anggota penguatkuasa yang terlibat dalam insiden terbabit.
“Tiga anggota penguatkuasa itu tidak dibenarkan bertugas di lapangan dan siasatan akan dilaksanakan dalam masa terdekat bagi menyelesaikan perkara ini sebaik mungkin.

“Untuk makluman, MDKS sentiasa mengadakan operasi pemantauan di Pasar Basah Pasir Penambang kerana kawasan itu menjadi tumpuan awam dan pelancong.
“Selepas kejadian, MDKS juga bertemu dengan peniaga yang terlibat. Peniaga terbabit akur dengan kesalahan dan memberi jaminan untuk mematuhi arahan dari semasa ke semasa.

“Ini kerana, pematuhan arahan ini penting bagi memastikan setiap pasar dalam keadaan bersih dan peniaga perlu mematuhi syarat serta peraturan penyewaan yang ditetapkan.
“Ia penting untuk mengatasi masalah halangan di laluan awam dan tidak meletakkan barang di luar petak perniagaan,” katanya kepada Sinar Harian petang tadi.
Mohamad Yusli turut menasihatkan masyarakat setempat untuk menyalurkan sebarang bentuk aduan secara atas talian berkaitan perkhidmatan MDKS di talian Sistem Talian Aduan Rakyat Selangor (STAR).

“Orang ramai juga boleh membuat aduan berkaitan salah laku rasuah atau disiplin yang melibatkan kakitangan MDKS di aimdks@mdks.gov.my,” katanya.
Terdahulu, tindakan anggota penguatkuasa yang dilihat seolah-olah ‘mengamuk’ dan menolak bekas ikan di sebuah pasar di sini menimbulkan pelbagai reaksi negatif orang ramai selepas video rakaman itu tular dalam media sosial.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 90 saat itu memaparkan tindakan seorang anggota penguatkuasa yang dilihat menolak bekas ikan sehinggakan mengejutkan pengunjung.
Kejadian berlaku selepas operasi penguatkuasaan pihak berkuasa tempatan (PBT) dijalankan di kawasan terbabit.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2018 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Video tu trg2 pegawai tu buang ke lantai.. tolong buang
Mesti bengang x dpt fulus...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 09:00 AM | Show all posts
npk sgt membongaknyaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Penguatkuasa ni I harap dipakaikan microfon dan kamera setiap kali buat rondaan/kerja. Biar segala percakapan di dengari, perbuatan di rakam, kena pukul atau bunuh pun ada la saksi iaitu kamera kat badan tu..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 09:55 AM | Show all posts
Lain kali jangan bongkak sgt. Padan muka
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Sy selalu beli ikan kt cni. X d nafikan mmg para peniaga akan letak seafood especially sotong/udang kat tgh2 laluan. Mcm dlm kes ni, ikan.

Tp, nk bantu dgn tbalikkan ikan tu dua perkara berbeza. Dlm video ni mmg nampak penguatkuasa ni mmg sengaja terbalikkan ikan2 tu, tp mesti ade sbb. Rsnya mcm pniaga tu say something yg 'memanaskan hati' penguatkuasa tsebut yg pd mulanya nk menolong. Sekian, pemerhatian sy.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2018 10:34 AM | Show all posts
satu degil satu kepala angin..
ujung-ujung ikan jadi mangsa..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 10:39 AM | Show all posts
Nampak sangat sengaja tolak.

Kalo pon nak tolong alihkan, apsal tak buat elok2.

Ayoo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2018 10:42 AM | Show all posts
yela tu terjatuh....
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 11:04 AM | Show all posts
kalau dah kata tak sengaja kenapa ko ambik tindakan kat penguatkuasa tu pulak? Kontra kot statement

Mengulas lanjut mengenai insiden itu, Mohamad Yusli menjelaskan, pihaknya mengambil tindakan terhadap tiga anggota penguatkuasa yang terlibat dalam insiden terbabit.
“Tiga anggota penguatkuasa itu tidak dibenarkan bertugas di lapangan dan siasatan akan dilaksanakan dalam masa terdekat bagi menyelesaikan perkara ini sebaik mungkin.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
hahaha bangang nye penguatkuasa.. nak backing pun, nampak sangat bodoh.. lepas kau dah selerek kan, bukan bertambah ke halangan yg ade.. bangang.. yg kau tahu minta duit je kannn..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 01:13 PM | Show all posts
bila kesalahan ditutup dengan pembohongan maka terserlah kebangangan....
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 11:34 AM | Show all posts
iyalahh... tolong lah sangat... tolong terbalikkan adalah...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
EncikRhoma replied at 16-1-2018 11:04 AM
kalau dah kata tak sengaja kenapa ko ambik tindakan kat penguatkuasa tu pulak? Kontra kot statement
...

Yezzzaa....
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
apa punya perangai la.. biadap.. memalu bangsa dan agama je.. nengok mcm dah berumor.. tp buat keje mcm xde otak..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 02:31 PM | Show all posts
kalau halang laluan... isu jer saman... mesti bayar sekian2 hari.. kalau tak saman berganda...

apa susah sangat..

tak nak bayar? lesen sita....

nie ko campakkan pulak ikan tu kat lantai...sort of disrespect of food...ikan tu org lain nak makan...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:48 PM GMT+8 , Processed in 0.147592 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list