CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4284|Reply: 13

‘Leftover’ Nasi Dan Roti Jadi Menu Unik Lagi Lazat – Sesuai Buat Sarapan Budak S

[Copy link]
Post time 16-1-2018 01:36 PM | Show all posts |Read mode



Apa yang anda buat dengan lebihan (leftover) nasi malam tadi?
Ramai yang buat nasi goreng kan?
Kalau leftover roti pula, kadang-kadang sampai berkulat tidak disentuh.

Apa kata kali ini, ikut resipi yang dikongsi oleh dua netizen bergelar ibu muda dalam mempelbagaikan menu untuk anak-anak.

Nana Ruzzana berkongsi resipi manisan dari leftover nasi.

Manakala Yan Diana pula memberi kelainan dengan menggoreng leftover roti dengan menggunakan bahan-bahan nasi goreng.

Jom, kita lihat kepakaran mereka berdua.

‘Leftover’ nasi






1)    Manisan shola
Bahan-bahan
-    Secawan nasi
-    Susu segar
-    Sebiji telur
-    ½ cawan gula
-    1 sudu mentega


Cara membuatnya
1)    Ratakan nasi dalam periuk, masukkan susu menutupi nasi. Masukkan gula dan kacau rata (elakkan kerak)




2)    Sementara itu, pecahkan telur dan letakkan satu sudu esen vanilla.



3)    Bila nasi dah kembang, ambil sikit nasi dan gaul dengan telur. Baru masukkan ke dalam periuk lalu kacau rata (tujuan – elakkan telur jadi scramble egg)




4)    Masukkan mentega dan kacau rata.





5)    Tabur serbuk kulit kayu manis sebagai pelengkap rasa. Boleh dimakan suam atau sejukkan dalam peti ais terlebih dahulu.

Tip 1
jika nak makan sejuk-sejuk, tuang pudding nasi ke dalam bekas dan tutup dengan cling film untuk elakkan permukaan keras bila sejuk nanti. Pastikan puding menyentuh cling film.




Tip 2
Puding nasi bersama nutella dan aiskrim caramel buat sendiri. Rasanya lagi menggiurkan sampai ada orang kata menyamai Caramel Macchiato aiskrim yang mahal itu.




Tip 3
Versi sihat – Tuangkan susu dan minyak zaitun ke dalamnya. Boleh juga masukkan madu dan lenyekkan pisang.








2)    Roti goreng
Bahan-bahan
- leftover roti putih (potong dadu)
-    2 ulas bawang putih
-    2 ulas bawang merah
-    2 ulas lada merah
-    sedikit ikan bilis

‘Leftover’ nasi dan roti jadi menu unik lagi lazat – sesuai buat sarapan budak sekolah

Cara membuatnya
1)    Tumbuk atau kisar kasar bahan-bahan di atas.
2)    Tumis sampai garing.
3)    Masukkan roti yang dah dipotong dadu. Kacau rata.
4)    Masukkan telur, kacau.
5)    Setelah siap, boleh juga tabur parut keju untuk lagi sedap.

Memanglah, bila dah jadi ibu-ibu, ada sahaja idea baru tercipta atau sekadar menambah baik resipi asal. Jadi, anda juga boleh mencubanya di rumah. Tidak lah membazir leftover begitu sahaja. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2018 02:27 PM | Show all posts
puding nasi sounds x menyelerakan pada aku

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 02:53 PM | Show all posts
hahaha terbalik....
goreng jela nasi tu, roti tu buat pudding
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 03:27 PM | Show all posts

iols tetap pilih nasi utk di goreng  hehehe

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Janji pinggan portmerion.tp x menyelerakan.silap2 buang jgak dlm tong sampah
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmm.. Mau ke budak2 telan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2018 01:08 AM From the mobile phone | Show all posts
puding nasi sedap mcm masakan shanghainese sikit... makan bekpes waktu winter... letak kismis.. homai sedapnyaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 01:58 PM | Show all posts
Rice pudding sedap wooo.. tak cuba tak tahu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2018 11:38 PM | Show all posts
Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.

For the leftover roti, I've been doing it for years.  Cuma my version, letak ayam hiris halus n rempah kari sikit.  And no need to tumbuk the bawang2, hiris je.  Letak sayur kailan or any sayur yg ada dlm fridge.  Voila!  A belen meal.  Balanced, belen?   Get it?   Get it?  No?  Haha.  Ok, not funny.  
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2018 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahh..menarikkkkkk..ini baru ilmu baru..
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2018 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Sy pulak selalu bakar roti sandwich tu. Letak majerin+gula lepas tu bakar dlm oven. Jadi la homemade Koki (ada sesapa masih ingat benda ni?hehe)

Kadang2 sapu garlic+majerin homemade, potong kecik2 pastu sumbat dlm oven. Sy suka tekstur yg crunchy sekaligus dpt elak dr roti tu trbuang shj
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2018 11:16 AM | Show all posts
rice pudding tu aku teringat bubur putih bubur merah dessert org jawa tu..dapnyehh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2018 01:44 PM | Show all posts
chicozinn replied at 12-4-2018 11:16 AM
rice pudding tu aku teringat bubur putih bubur merah dessert org jawa tu..dapnyehh

tolong buatkan plsss

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2018 01:58 PM | Show all posts

azza, bese orang buat bbur tu kalu ade birthday..meollss kne tggu bulan dpan birthday adik meollss baru leh buat..dia simbolik untuk orang smbut hari lahir gitu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.509231 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list