CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 727|Reply: 1

[Tempatan] 1,910 bekas guru masih belum tuntut caruman KWSG RM13.58 juta

[Copy link]
Post time 16-1-2018 10:47 PM | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA - Seramai 1,910 bekas guru pencarum Kumpulan Wang Simpanan Guru-Guru (KWSG) diminta tampil bagi menuntut caruman mereka yang berjumlah RM13.58 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO) Zahirudin Mohammad Hanif berkata, usaha menjejaki guru era sebelum kemerdekaan itu telah dilakukan sejak 2007 namun gagal atas pelbagai faktor seperti telah berpindah dari alamat asal.

Beliau berkata semua liabiliti KWSG termasuk dividen kepada pencarum atau waris mereka perlu diselesaikan segera selepas KWSG dibubarkan dan digantikan dengan penubuhan YGTHO pada tahun lepas.

"Pada masa ini tiada lagi pencarum aktif yang mencarum dengan KWSG apabila pencarum terakhir telah bersara pada Oktober 2004, namun pengurusan KWSG tetap diteruskan sehingga semua ahli KWSG mencapai umur persaraan pada Disember 2007.

"Selain 1,910 orang ini, ahli lain seramai 63,641 orang dengan nilai caruman keseluruhan berjumlah RM100 juta telah membuat pengeluaran caruman masing-masing secara berperingkat sejak KWSG ditubuhkan pada Januari 1962," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Zahirudin berkata kesemua baki caruman RM13.58 juta yang belum dituntut itu telah dihantar ke Pendaftar Wang Tidak Dituntut, Bahagian Pengurusan Amanah dan Sekuriti, Jabatan Akauntan Negara pada 31 Disember 2015.

Beliau berkata, bekas guru atau waris mereka perlu hadir sendiri ke pejabat YGTHO di Kampung Attap, Kuala Lumpur untuk urusan pengeluaran caruman dan pegawai yayasan akan bersama membantu menguruskan pengeluaran wang tersebut dengan pihak Pendaftar Wang Tidak Dituntut.

Waris yang ingin menuntut wang bagi pihak bekas guru terbabit perlu membawa surat akuan bagi mewakili pencarum yang telah disahkan sama ada oleh Pegawai Kerajaan Gred A atau ketua kampung, katanya.

Zahirudin turut mengingatkan bahawa pihaknya tidak melantik mana-mana ejen bagi menguruskan pengeluaran wang caruman tersebut.

Ditubuhkan mengikut Seksyen 117 Akta Pelajaran 1961, KWSG bermatlamat menjaga kepentingan dan memberi faedah kepada guru-guru yang bernaung di bawah skim Perkhidmatan Guru-Guru Dipersatukan seperti amalan yang dilaksanakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2018 04:38 PM | Show all posts
Eh eh dah dekat PRU tetibe kuar info wang tak dituntut terlebih2 hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:34 AM GMT+8 , Processed in 0.070734 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list