CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1297|Reply: 9

[Dunia] ‘Tide Pod Challenge’ kegilaan terbaru peminat ketagih game

  [Copy link]
Post time 16-1-2018 10:50 PM | Show all posts |Read mode

Ini dah kerja 'gila': Trend makan kapsul pencuci fabrik perlu dihentikan!
Diterbitkan pada Januari 16, 2018 15:44 MYT

Ini dah kerja 'gila': Trend makan kapsul pencuci fabrik perlu dihentikan!


Sejak sebulan yang lepas, trend makan kapsul sabun pencuci fabrik atau lebih dikenali sebagai Tide Pod Challenge ini menjadi permainan baharu buat remaja di media sosial terutamanya di Amerika Syarikat. Foto: Twitter/@DUALIPA

PELBAGAI perkara pelik jadi ikutan dan trend, terutamanya perkara yang dikongsikan di platform media sosial.

Sejak sebulan yang lepas, trend makan kapsul sabun pencuci fabrik atau lebih dikenali sebagai ‘Tide Pod Challenge’ ini menjadi permainan baharu buat remaja di media sosial terutamanya di Amerika Syarikat.

Permainan itu memerlukan remaja memakan kapsul berwarna-warni yang menyerupai gula-gula. Bukan itu sahaja, kapsul tersebut turut dicampurkan dalam masakan.

Trend yang dianggap ‘gila’ ini mendapat perhatian dari pakar perubatan, ibu bapa dan pembekal sabun fabrik.
Pengarah Pusat Informasi Racun Florida, Dr. Alfred Aleguas Jr sendiri mengaku, menelan sabun fabrik adalah satu aktiviti merbahaya.

“Walaupun menelan sedikit cecair sabun fabrik, ia akan menyebabkan cirit-birit dan muntah-muntah. Dalam kes yang lebih teruk, ia boleh menyebabkan kesukaran untuk bernafas."

Dalam pada itu, pembekal sabun fabrik Tide dalam satu kenyataan turut menyatakan bahawa cecair sabun mereka telah dikhaskan untuk mencuci pakaian dan tidak boleh dijadikan sebagai alat permainan.

Portal Mirror.co.uk, mengakui seorang remaja yang enggan namanya didedahkan menceritakan tentang cabaran yang diketahuinya melalui khidmat pesanan ringkas Whatsapp sebelum merekodkan kejadian tersebut di Twitter.

“Saya tidak takut sebab saya tahu saya tidak akan menelannya. Hanya gigit sahaja dan saya boleh mencuci mulut saya selepas itu."

Rata-rata netizen turut menggelarkan permainan itu sebagai satu permainan yang tidak berfaedah dan meminta agar trend itu dihentikan.

Terdahulu, ‘permainan berbahaya’ yang dipanggil #PassOutChallenge atau menekan dada dan 'mati selama lima saat' turut menjadi tular dalam kalangan pelajar asrama.

Kegilaan permainan remaja itu telah dikritik hebat oleh pengguna laman sosial dan meminta warden asrama memantau aktiviti anak-anak di asrama.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2018 11:54 PM | Show all posts
sib baik tk djual kt malaysia

klu tk, abis bdk2 terencat akal ni ikut
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 02:40 AM | Show all posts
5 anak buah akak dah kena sesah dengan paip getah sbb trend sebegini.  akak wish tahniah.  akak jadi batu api kt adk2. alhamdulillah mereka dengar kata. kadang pengaruh rakan sekolah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 06:13 AM | Show all posts
sapa punya idea  nak buat benda2 macam ni?
apa faedah dapatnya entah
konsep ‘aku mengikut trend terkini’ atas alasan utk nampak trendy dan up to date kah?
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 06:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Xder bende lain bebudak sekarang ni nak buat agaknya? Buat mende mengarut jek
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Gila mengejar like ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2018 12:10 PM | Show all posts
Betul tu attention seekers dan gila nak dapat banyak like je sanggup buat aksi bodoh sebegitu
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 12:15 PM | Show all posts
macam pernah nampak kat CollegeHumor or 9Gag pasal ni..
can't recall which one.. desperately trying to make it look funny.. tak sangka benda ni trend.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2018 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh biar je la diorang makan sabun pencuci tu biar terus mampos budak2 jilake tu. Kurang sikit org kurang siuman dlm dunia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 04:37 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 18-1-2018 11:10 AM
Eh biar je la diorang makan sabun pencuci tu biar terus mampos budak2 jilake tu. Kurang sikit org ku ...

This one i agree.
Natural selection.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:39 PM GMT+8 , Processed in 0.074586 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list