CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1664|Reply: 10

[Tempatan] Salmawati yang cacat di tangan dan kakinya menggunakan lidah untuk menaip papan

  [Copy link]
Post time 17-1-2018 01:12 AM | Show all posts |Read mode



NOR Salmawati yang cacat di tangan dan kakinya menggunakan lidah untuk menaip papan kekunci melalui telefon bimbit ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gelong Gajah, semalam.

Pendang: “Walaupun saya tidak pernah menerima pendidikan di sekolah, saya berusaha belajar daripada adik saya untuk mengenal huruf, sekali gus mampu membaca ketika berusia 11 tahun. Alhamdulillah, saya boleh membaca dan bertutur dengan baik walaupun termengah-mengah.”

Begitu kata wanita orang kurang upaya (OKU) Nor Salmawati Mahmud, 30, yang mengalami kecacatan apabila kaki dan tangannya mengerekot, sekali gus tidak mampu bergerak sejak berusia setahun.

Malah, sifat pemalu wanita terbabit tidak menjadi penghalang untuk memajukan diri apabila menggunakan lidahnya untuk menaip papan kekunci melalui telefon bimbit dan komputer riba bagi mendapatkan maklumat terkini serta berkenalan dengan rakan melalui laman sosial Facebook, WhatsApp, Instagram dan Wechat.

Nor Salmawati berkata, dia mula menggunakan lidahnya sejak berusia lapan tahun untuk bermain permainan dalam telefon bimbit jenis Nokia 3310 milik bapa saudaranya.

“Daripada situ, saya mula belajar menggunakan telefon bimbit walaupun telefon dulu bukan jenis telefon pintar. Saya membiasakan diri untuk bermain permainan dan menaip dalam telefon bimbit sejak berusia lapan tahun kerana kaki serta tangan saya mengerekot.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/32633#....73jVfypM.dpuf



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2018 01:57 AM | Show all posts
sahabat ini takkan di hisab kat akhirat untuk anggota tangan kaki, yang mana ada tangan kaki jom guna untuk kebaikan bantu mereka yang kekurangan. ada nikmat kaki tangan bersyukur. nasihat untuk diri kaka sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 04:19 AM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 17-1-2018 01:57 AM
sahabat ini takkan di hisab kat akhirat untuk anggota tangan kaki, yang mana ada tangan kaki jom gun ...

Betul tu kaka..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
polio ke adik ni?

ngeri akak dgn geng anti vaksin yg tak penah tgk org polio semua ni. mcm opah akak cakap, dr 10 yg beranak yg hidupnye 3/4 org je. tp vaksinkan ada porcine dna gitu. baik mati dr anak ada porcine dna dlm badan walaupun bumi ni penuh dgn porkpork sejak 6000 tahun lepas sebaik saja manusia diturunkan ke bumi.

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 09:58 AM | Show all posts
alhamdulillah. Sungguh cekal beliau
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
panjang nya tajuk tt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2018 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
apa pentingnya artikel ne selain hulurkan tangan, ringankan beban which barely or none mentioned in this article.. i tetap tak support feeding off your children with social media unless they can generate their income from it..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 10:57 AM | Show all posts
Golongan sebegini kalau diberi peluang dan bimbingan pasti boleh berjaya macam yang lain juga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2018 11:16 AM | Show all posts
kuat semangat dia
semoga Allah permudahkan sgala urusannya
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 11:18 AM | Show all posts
ptutnya wtkn mcm headset, ada pen, senangla sket dia nk menaip
cm stephen hawking
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
baik heshe daripada acik kepam bimbo yang masih gigih beratur kat kaunter untuk bayar bil dan transfer uang bagai sebab bodoh teknologi dan enggan belajar. tapi bab membirah cari konek tak siapa ajar pun pandai sendiri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:45 PM GMT+8 , Processed in 0.073998 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list