CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 641|Reply: 7

[Tempatan] Pemilikan asing di Malaysia kini seperti zaman penjajah

[Copy link]
Post time 19-1-2018 11:19 AM | Show all posts |Read mode
SEORANG ahli ekonomi terkemuka menyuarakan kebimbangan mengenai kadar pemilikan asing yang tinggi di Malaysia, menyifatkannya sebagai hampir serupa dengan “era ketika berakhirnya penjajahan British”.

Bekas Penolong Setiausaha Agung Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Jomo Kwame Sundaram mengatakan kehadiran banyak pihak asing yang memegang ekuiti di Malaysia tidak baik untuk pendapatan negara.

“Jika anda ada ramai pihak asing yang memiliki kapital di sini, duit yang dibuat di Malaysia akan lebih banyak di bawa keluar. Ia tidak disalurkan semula kepada pendapatan negara,” kata Jomo, seorang felo pelawat di Khazanah Research Institute (KRI).

“Kita mungkin berada dalam situasi era hujung penjajahan apabila terdapat pemilikan asing yang kuat dalam ekonomi Malaysia,” kata Jomo pada forum anjuran KRI, “Malaysian Income Distribution in a Global Context” hari ini.

Amaran Jomo itu senada dengan pandangan Profesor Dr Edmund Terence Gomez dari Universiti Malaya yang mengatakan ekuiti di Malaysia sekarang lebih banyak dipegang pihak asing, yang pertama sejak 1969.

Sejak 2016, pemilikan asing perkongsian kapital dalam syarikat pegangan terhad tempatan meningkat daripada 30.1% pada 2006 kepada 37.9% pada 2008.

Bagaimanapun, pemilikan orang Cina jatuh daripada 42.4% pada 2006 kepada 34.9% pada 2008, dan pegangan orang Melayu kekal 21.9% pada 2008, kata Gomez.

Pada 1969, pemilikan asing adalah 62.1% sebelum jatuh kepada hanya 26% pada 1985.

Sejak 2008, kerajaan sudah tidak mengeluarkan data berkaitan pemilikan asing.

Peningkatan pegangan asing dalam ekonomi negara adalah perkara yang perlu ditangani segera, kata Jomo, kerana ia menjejaskan keupayaan negara untuk mengurangkan kesenjangan pendapatan dan membentuk lebih banyak kekayaan untuk warganya.

Walaupun kesenjangan pendapatan telah menurun sejak 1970-an, ia banyak disebabkan oleh proses pembalikan pengindustrian yang tidak mampu bertahan dalam jangka masa panjang, katanya lagi.

Sumbangan sektor pengeluaran kepada ekonomi semakin menurun berbanding zaman emasnya pada era 80-an dan 90-an, dan mula membuka peluang kepada sektor tradisional lain seperti peruncitan dan pemborongan berkembang, kata Jomo lagi.

Menurut data Jabatan Perangkaan, pada suku kedua 2017 sektor peruncitan menyumbang 54.2% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sementara sektor pengeluaran hanya menyumbang 23.5%.

Pentadbiran Najib Razak berusaha meningkatkan sumbangan sektor perkhidmatan dalam ekonomi negara, dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi.

Proses pembalikan pengindustrian kepada perkhidmatan moden seperti perundingan perniagaan dan undang-undang atau teknologi maklumat tidak akan memberikan masalah kerana ia bermaksud negara sedang meningkat naik dalam rantaian nilai ekonomi, katanya lagi.

“Tetapi kita mengejar (menumpukan kepada) perkhidmatan tradisional dan ia boleh menyebabkan kita berada dalam perangkap negara berpendapatan pertengahan,” kata bekas professor ekonomi di UM itu.

Masalah itu diburukkan lagi, katanya, dengan kebergantungan tinggi negara kepada pekerja asing yang tidak mahir dan rendah upahnya.

“Kesan tenaga buruh asing yang walaupun senang, adalah anda akan memperlahankan perubahan teknikal dan progress yang anda sepatutnya jalani untuk menjadi sebuah negara pendapatan pertengahan. – 18 Januari, 2018.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2018 11:40 AM | Show all posts
ehhh tapi RM semakin meningkat naik....
BNM dah kluarkan laporan reserve?
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Cacai kata ni pelaburan. Betul kan? @whitemagic @lkick2113 @bioessence @rashiman @akusukaq
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 11:47 AM | Show all posts
Cacai dungu sekor sekor tak tau kira ekuiti lagi mau bersyarah. NEXT !!!
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 12:05 PM | Show all posts
eleh eleh cute nyerrr statement Prof ni,dia nyerrr target audience orang kat tepi jalan jerrr kottt....

kalau bab pegangan equity memang laaaa cam tuuu, negara ekonomi no 1 dunia pun situasi dia cam tuuu gakkk, ada deficit $8 trillion lagi aset luar negara dia berbanding apa yg foreigners pegang kat negara dia,sebab tu Trump nak sorong2 lagi debt ceiling dia. kiterrr nyerrr aset luar negara lagi 2-3 kali ganda berbanding nilai market & hutang kiterrr, hedging terlajak supaya susah nak bankrap .....

-----------------------

quote,

https://www.marketwatch.com/story/how-much-of-america-do-foreigners-really-own-2016-09-27

According to the data, the value of foreign-owned American assets climbed to $32.5 trillion in the second quarter, while total foreign assets held by Americans reached $24.5 trillion, leaving the U.S. with an investment deficit of $8 trillion.


Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 12:10 PM | Show all posts
Cuba dia terangkan apa yg dia sedia tau tentang ratio DDI kiterrr berbanding FDI kiterrr, kalau boleh dia berucap depan jenis2 investor yg long term nyerrr, ......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-1-2018 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 19-1-2018 11:43 AM
Cacai kata ni pelaburan. Betul kan? @whitemagic @lkick2113 @bioessence @rashiman @akusukaq

DAP celaka
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
whitemagic replied at 19-1-2018 12:41 PM
DAP celaka

Cacai kehilangan kata2 kahkahkah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:52 PM GMT+8 , Processed in 0.087442 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list