CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 324|Reply: 0

[Tempatan] Salam Takziah. Ranking Harimau Malaya kini turun lagi dan lagi ke 175. Syabas!

[Copy link]
Post time 19-1-2018 11:27 AM | Show all posts |Read mode
Ranking Harimau Malaya kini 175
19 Januari 2018 12:32 AM



KUALA LUMPUR 18 Jan. - Ranking Harimau Malaya turun daripada kedudukan 174 kepada 175 dunia seperti yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), hari ini.


Kedudukan terkini Harimau Malaya itu mendapat reaksi Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menegaskan bertanggungjawab sepenuhnya dengan kejatuhan ranking skuad kebangsaan.

“Kedudukan terkini pasukan kebangsaan turun sekali lagi daripada kedudukan 174 ke 175.

“Saya bertanggungjawab sepenuhnya di atas kejatuhan kedudukan pasukan kebangsaan ini dan pada setiap kali pasukan kebangsaan kalah atau kedudukan menurun,” kata Tunku Ismail menerusi kenyataan ringkas dalam akaun laman sosial Facebook FAM.

Kedudukan skuad kebangsaan sebelum ini telah dipintas oleh Kuwait yang berada di ranking ke-174 dan berita tersebut diperoleh selepas pencapaian skuad bawah 23 (B-23) tahun yang mencipta sejarah mara ke suku akhir Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), kelmarin.

Perubahan ranking itu juga turut menyaksikan kini Malaysia berada di kedudukan ke-36 Asia dan kelapan Asia Tenggara.

Sementara itu, kedudukan ranking No.1 dunia masih lagi milik Jerman yang telah mengumpul 1602 mata lebih 119 mata daripada pasukan di tempat kedua Brazil manakala Portugal menghuni ranking ketiga.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:21 PM GMT+8 , Processed in 0.082265 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list