CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1411|Reply: 15

[Tempatan] Nafi Maggi palsu dari China PRC

  [Copy link]
Post time 20-1-2018 07:54 AM | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM - Nestle Malaysia hari ini menafikan bahawa terdapat produk palsu mi segeranya jenama Maggi sambil menyifatkan penularan itu tidak berasas.

Melalui kenyataan yang diberikan melalui Facebook rasmi Maggi kepada wartawan Sinar Harian, Nestle memberitahu bahawa pihaknya sedia maklum dengan penularan gambar berkenaan.

"Kami sedia maklum bahawa terdapat pengedaran mesej tentang produk Maggi. Kami memberi jaminan bahawa mesej ini adalah tidak berasas," katanya.

Nestle berkata, semua produknya dikeluarkan di bawah syarat-syarat pengilangan yang ketat.

"Kami juga memastikan produk-produk kami mematuhi kawalan keselamatan dan kualiti makanan yang tinggi.

"Kami memberi jaminan bahawa keselamatan dan kualiti produk kami adalah keutamaan yang tidak akan kami abaikan sama sekali," katanya.

Nestle menasihati semua pengguna untuk membeli produk Nestle daripada kedai dan pasaraya yang sah dan dipercayai.

Pengguna yang memerlukan penjelasan lanjut, boleh hubungi Perkhidmatan Pengguna Nestle di talian 1-800-88-3433.

Hari ini, tular di media sosial mengatakan bahawa pengguna perlu berhati-hati terhadap Maggi palsu buatan China yang dijual di pasaran tempatan.

Penularan gambar Maggi itu mendapat perhatian dan perkongsian yang tinggi di Facebook.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2018 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Aduh
Mula la terbayang maggi kari tambah sayur sawi tauhu n telur....
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2018 10:08 AM | Show all posts
Nestle menasihati semua pengguna untuk membeli produk Nestle daripada kedai dan pasaraya yang sah dan dipercayai

Maknanya ada la yg palsu??
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2018 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
tak kesah palsu ke asli, aku bukan peminat mee maggi.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2018 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Industri F&B di China sangat bangsat.
Sana bukannya ada kawalan ketat sepertimana FDA di Amerika.
Hampir semua makanan seperti telur ayam, buah-buahan dan susu tepung pun dorang boleh palsukan. Sangat menjijikkan spesis lahanat haramjadah sesetengah pengusaha permakanan di China.
Demi nak untung dorang sanggup compromise kesihatan dan nyawa orang tidak bersalah.
Sekarang ramai rakyat China mula memilih makanan yang diimport seperti buah-buahan dan susu tepung sebab tahu kebangsatan sesetengah peniaga di sana.
Babi..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2018 12:57 PM | Show all posts

Huii..

spiderman80 replied at 20-1-2018 12:24 PM
Industri F&B di China sangat bangsat.
Sana bukannya ada kawalan ketat sepertimana FDA di Amerika.
...

Marahnye Spidey dibuadnye..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2018 05:51 AM | Show all posts
spiderman80 replied at 20-1-2018 12:24 PM
Industri F&B di China sangat bangsat.
Sana bukannya ada kawalan ketat sepertimana FDA di Amerika.
...

babi kt china pun dia orang palsukan, memang babi betul china bangsat peniaga makanan
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2018 05:52 AM | Show all posts

spidey tu salah sorang 9 dragon, kalau dia marah 8 dragon turun bawa sekampung. jangan spidey tiup semboyan satu china
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2018 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Sapa laa pr maggi yg bg statement ni
Org bkn kata diorg yg produce maggi palsu tu..
Org kata ada pihak lain keluarkn produk yg sama ngan dia..jd pegi la siasat. Kang jd mcm kes susu tu, org keracunan mkn produk jenama dia..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2018 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Rajin btol buat produk palsu.. Bukankah tinggi juga modalnya?
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2018 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
spiderman80 replied at 20-1-2018 12:24 PM
Industri F&B di China sangat bangsat.
Sana bukannya ada kawalan ketat sepertimana FDA di Amerika.
...

depa pkir untung je.... lg pun klau ade yg mati pun rakyat china kan ramai....

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2018 10:32 AM | Show all posts
naseb baik lah sya nih jenis tak makan maggi
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2018 11:08 AM | Show all posts
spiderman80 replied at 20-1-2018 12:24 PM
Industri F&B di China sangat bangsat.
Sana bukannya ada kawalan ketat sepertimana FDA di Amerika.
...

Hui marah betol yer

Tapi betul la, ape je yang takde kt China.
Mak bapak je takleh palsu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2018 11:09 AM | Show all posts
xtahumenahu replied at 21-1-2018 07:38 AM
Rajin btol buat produk palsu.. Bukankah tinggi juga modalnya?

Kalau sama je modal, maybe dia tak survive.
Sebab murah la dia mampu.

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2018 01:12 PM | Show all posts
cuba siasat siapa yg first sebarkan psl ni? meh tunjuk muke sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2018 11:28 AM | Show all posts
spiderman80 replied at 20-1-2018 12:24 PM
Industri F&B di China sangat bangsat.
Sana bukannya ada kawalan ketat sepertimana FDA di Amerika.
...

in one way, technology China sangat maju...sampai boleh buat sejibik sejiban
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:02 PM GMT+8 , Processed in 0.075164 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list