CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4181|Reply: 6

Nak Asam Pedas 'Kaw'? Jom Cuba Di Sini, Memang Meletup!

[Copy link]
Post time 22-1-2018 09:37 AM | Show all posts |Read mode
Kalau ke Melaka, memang tak sah kalau tak makan asam pedas. Bagaikan sudah sinonim dengan Melaka nama asam pedas ni. Tak terkira banyaknya restoran dan gerai di bandar raya Melaka dan kawasan sekitarnya. Kalau setiap hujung minggu pergi Melaka makan asam pedas di kedai berbeza pun tak puas, rasanya.




Puas meratah kepala ikan!




Kalau tanya orang Melaka di mana tempat makan asam pedas best, pasti mereka akan jawab di Pasar Borong Batu Berendam. Perniagaan bermula jam 6 petang sehingga 5 pagi. Deretan kedai di sini menyajikan pelbagai masakan panas. Tapi, tentulah asam pedas menjadi tumpuan ramai.


Restoran ini terletak di bahagian belakang Pasar Borong. Lebih menarik, kawasan parkir dan tempat duduk pelanggan juga luas.




Kena cuba Asam Pedas Tetel yang khabarnya enak tak terkata!




Ada pelbagai jenis asam pedas di sini. Beraneka jenis ikan, daging tetel, telur ikan dan lain-lain. Yang penting, ikannya segar dan kuahnya yang pedas-pedas masam memang memikat selera. Kalau suka kuah asam pedas yang cair sedikit dan teringin nak hirup kuahnya, inilah tempatnya! Kalau nak jenis pekat dan pedas menyengat, boleh cari di tempat lain.


Nasi lemak pun ada, tau. Pelbagai jenis sayuran, sup beraneka rasa dan telur pelbagai gaya boleh dipesan. Kalau pesan asam pedas, disajikan sekali dengan set nasi dengan sayur-sayuran, keropok udang atau ikan dan telur asin.




Dihidangkan dengan nasi biasa. Nasi goreng pun ada kalau nak





Tempat ini memang happening terutama ketika petang menjelang senja. Berbaloi datang sebab asam pedasnya memuaskan hati.


Asam Pedas Telur Ikan paling enak dan mendapat permintaan tinggi kerana isinya banyak dan cukup mesra dengan kuahnya. Begitu juga asam pedas kepala ikan Jenahak (agak besar juga!) dengan harga RM28 yang boleh dimakan sehingga tiga orang.


Memang seronok makan di sini pada hari bercuaca baik (boleh tengok bintang di langit pada waktu malam) kerana ia jauh dari hiruk-pikuk bandar raya dan kesesakan lalu lintas sepanjang masa.




Asam Pedas Telur Ikan memecah selera



Alamat: Asam Pedas 203 (Jamilah Md Aris), Jalan Iks.M4, 75350 Melaka




Asam pedas kegemaran ramai, itu sudah semestinya! Datanglah dan nikmati sendiri, pasti teringin datang lagi! - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2018 10:56 AM | Show all posts
ahhh sedapnya...dinner malam tadi masak asam pedas ikan kembung..kepekatan asam pedas kaw2 ni terletak pada kuantiti cili giling dan skil. hasil dia lebih kurang sama.

org melaka memang sohor asam pedas.
ada masa pegi melaka..tapi semata nk makan asam pedas tu..err
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2018 01:13 PM | Show all posts
kawan akak cakap kedai ni sedap tapi belum kesempatan nak pegi... kalo pegi pun siang hantar anak balik asrama pastu terus balik kl... kalo yang kat perhentian kuih kampung pun famous gak tapi bolehlah...

kalo kat muar yg medan selera tg emas tu memang sedap...
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2018 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Terliur tgk..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2018 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Tengok majalah 3 td. Menarik sangat nmpak asam pedasnya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2018 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Akak tak suka asam pedas Melaka. Akak prefer Johorean stail.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2018 03:33 PM | Show all posts
Nampak sedap! Next time pergi Melaka I nak try!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:02 AM GMT+8 , Processed in 0.236414 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list