Hairul Azreen adalah nama yang cukup gah dalam industri seni tanahair.
Selain dikenali sebagai suami kepada bekas pengacara dan blogger terkenal Hanis Zalikha, bapa kepada pasangan adik beradik ‘insta-famous’ Yusuf Iskandar dan Bujibu, Hairul juga terkenal kerana statusnya sebagai menantu kepada bekas model tanahair zaman 80-an, Nani Rostam.
Hairul juga terkenal dengan jolokan nama ‘Captain Hairul’ kerana kehebatannya sebagai bekas ketua rumah sukan semasa di bangku sekolah. Kehebatannya itu diakui oleh beliau sendiri kerana berjaya mengemudi pasukannya menjuarai acara sukan tahunan sekolah.
Dari segi pembabitannya dalam dunia seni tanahair, nama Hairul seringkali di sebut sebagai pelakon filem aksi yang bakal mencipta nama di Hollywood sebaris dengan Dwayne ‘The Rock’ Johnson, Scott Adkins, atau sekurang kurangnya menyamai rekod pencapaian pelakon wanita tempatan, Raja Ilya yang berjaya menempa namanya dalam keluarga produksi filem Marvel.
Kecemerlangan Hairul Azreen sebagai pelakon telah di buktikan dengan lakonan mantapnya dalam filem Pak Pong dan ianya diakui oleh isterinya sendiri yang menjadi sumber rujukan tunggalnya dalam semua perkara.
Hebat bukan insan yang bernama Captain Hairul ini!
Namun bukan kehebatan kerjaya atau kehebatan latar belakang keluarganya yang penulis mahu tampilkan dalam penulisan ini.
Tapi tentang perilakunya yang sering menyimpang dari kebiasaan norma masyarakat. Atau dalam bahasa mudah, kurang kesedaran sivik dan gagal mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.
Baru baru ini Hairul Azreen telah dikaitkan dengan isu penyalahgunaan senjata api tanpa lesen sehingga memaksa pihak polis memanggilnya ke balai polis untuk di ambil keterangan.
Rentetan dari penularan kisah ini, netizen mula memperkatakan satu persatu tentang perlakuan Hairul yang dianggap ‘luar biasa’.
Terbaru tular pula sebuah video yang di muatnaik oleh Hairul dalam laman sosial. Beliau dengan bangga mempertontonkan perlakuan yang marabahaya bukan sahaja kepada diri sendiri malah kepada orang ramai ketika menggunakan eskalator.
Video Credits: @brainbiru dan @maxim
Ketika kita sering di suakan dengan kisah-kisah kemalangan tragis melibatkan eskalator disebabkan kecuaian manusia ataupun kegagalan penyelenggaraannya secara berkala, seorang lelaki dewasa yang menjadi idola para remaja pula bangga mempertunjukkan sikap vandalisme dan penyalahgunaan harta awam seperti ini.
Ada juga netizen yang memperkatakan tentang aksi duduk di dalam troli pasaraya dan meluncur laju di tolak rakan menuju eskalator. Penulis yakin aksi tersebut bukanlah sebahagian daripada pengambaran filem The Fast and the Furious versi tempatan.
Video Credits: @maxim (@toxicated)
Tidak dilupakan juga video Hairul menunjukkan aksi stunt melompat lompat tinggi di atas katil di hotel penginapannya yang di taja ketika berada di Istanbul, Turki.
Video Credit: Hot Instagram YouTube Channel
Penulisan ini bukan untuk mengaibkan, jauh sekali menjatuhkan, tetapi ia adalah satu tanggungjawab sosial penulis untuk mengelakkan trend ‘tiru gaya retis’ yang terang terangan salah seperti ini daripada terus berleluasa.
Disyorkan agar pihak Seniman terutama Presiden iaitu Zed Zaidi menganjurkan bengkel penerapan nilai-nilai murni, kesopanan dan kesusilaan untuk para pengiat seni.
Yang Merah Saga, Yang Kurik Kundi, Yang Indah Bahasa, Yang Baik Budi.
Post time 28-1-2018 01:54 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kangkung1M replied at 28-1-2018 01:47 PM
terima kasih...kata2 u buat i rasa mcm nk terbang je
Kak kung jgn terbang atas escalator pulak ye... Hahaha.. Btw tahniah n tq bukak thread ni... Video terbang atas eskalator tu kena upload gak sbb dia cakap "rela x marah pun kan" kalau sapa2 ada utube boleh uploadkan...