CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3974|Reply: 8

Makan Kulit Cempedak? Cuba Resipi Mandai Orang Banjar Ini, Gerenti Terangkat!

[Copy link]
Post time 1-2-2018 10:04 AM | Show all posts |Read mode
Kebiasaannya, kita pasti akan membuang kulit cempedak usai memakannya, kan? Namun, berbeza dengan Melayu Banjar. Mereka tidak akan membuang kulitnya selepas isinya disantap.



Buat apa je dengan kulit cempedak?


Mereka akan menjeruknya. Pernah dengar jeruk lain seperti jeruk cili, petai, mangga dan lain-lain, kan? Ini jeruk tradisi, mandai atau hampapai daripada kulit cempedak.


Buah cempedak mempunyai antioksidan, serat dan vitamin C. Ia juga tinggi potassium yang boleh menurunkan tekanan darah. Selain itu, ia membantu memusnah infeksi usus, memastikan mata dan kornea sihat selain kaya dengan vitamin A. Ia juga berunsur antibakteria, antiviral dan antifungal. Pendek kata, cempedak dapat membuat sistem jantung lebih baik.




Buah cempedak banyak khasiat, kulit pun boleh diguna
Foto: BuahBuahImpian







Asasnya, kulit cempedak, air masak dan garam
Foto: warisanbondaresipi





Malah, biji cempedak juga diproses untuk membuat tepung cempedak. Ia sesuai bagi mereka yang alah gluten seperti terkandung dalam tepung gandum. Hirisan biji pula dikeringkan dan digoreng menjadi kerepek. Memang menakjubkan buah kegemaran ramai ini.




Jeruk kulit cempedak elak pembaziran
Foto: karangkraf





Jadi, jangan membazirkan kulitnya yang tebal. Hanya perlu kupas untuk membuang bahagian luar kulitnya yang 'tajam' tu. Ikuti resipi yang diberikan ini, tau.


Kulit cempedak sebenarnya boleh dijadikan lauk. Orang Banjar buat jeruk, kemudian digoreng garing dengan ikan bilis, bawang dan potongan cili kering. Khabarnya, sedap dimakan dengan nasi panas. Masakan ringkas, berkhasiat dan yang penting, menjimatkan.




MANDAI


bahan-bahan:
Kulit cempedak (dibuang kulit luar yang hijau, ambil bahagian putih saja)
1/2 hingga 1 cawan garam (bergantung pada kuantiti kulit)
Air masak (disejukkan) secukupnya
4-5 biji cili padi
1-2 keping asam gelugur



Cara membuatnya:
1. Bersihkan kulit dan toskan airnya.
2. Gaul kulit dengan garam hingga rata.
3. Isikan kulit ke dalam balang bertutup rapat.
4. Tuangkan air sehingga 1/2 inci di atas paras kulit.
5. Tutup kemas. Biar selama seminggu (ada cadangkan hanya 2-3 hari, ikut suka 'masam' jeruknya).
6. Ambil secukupnya, hiris halus dan goreng dengan bawang, ikan bilis dan cili kering.

Nota:
Jika ada unsur berwarna putih, sudukan keluar dan buang. Ia adalah getah cempedak. Setelah ambil yang nak digunakan, tutup dan letak dalam peti sejuk.




Foto: NA-Kitchen




Nah, sudah siap. Pembuka selera, sedap makan dengan nasi panas! Kreatif betul resipi ni. Kena cuba buat gulai lemak cili padi, mana tahu sedap jugak, ala-ala rebung jeruk. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2018 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedap sgt ni..klau buat msk lemak pun sure sedap dgn kulit jeruk ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2018 05:21 PM | Show all posts
raihaneem replied at 1-2-2018 10:40 AM
Sedap sgt ni..klau buat msk lemak pun sure sedap dgn kulit jeruk ni

sedap ke haneem....
tak pernah tgok & mkn....
kat fb tengah viral pasal mandai ni.....

Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2018 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak i cakap sedap.. I tak pernah makan lagi
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2018 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 1-2-2018 05:21 PM
sedap ke haneem....
tak pernah tgok & mkn....
kat fb tengah viral pasal mandai ni.....

Ada ter missed perkataan ni...nmpk sedap sgt.
Tp takut angin...
Klau msk lomak ok jugak kot..mcm jeruk maman  
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2018 09:09 AM | Show all posts
kulit durian pn hrp bley dibuat sesuatu..kesian mahal sgt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-2-2018 11:59 AM | Show all posts
Sedap tau mandai nie, Cuba la try buat
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2018 05:24 PM | Show all posts
oooo...xpernah try...ada jual kerr???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2018 05:26 PM | Show all posts
nampak mcm sedap.. selalu tengok kt MAHN
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:43 PM GMT+8 , Processed in 0.217759 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list