CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4967|Reply: 27

KEJAMNYA MEREKA...

[Copy link]
Post time 1-2-2018 09:43 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum hai semua..saya ada masalah di tempat saya bekerja sekarang. ceritanya begini...

Ofis saya ada buat sedikit rombakan sebab nak kecilkan staff. ini disebabkan masalah kewangan company. Dalam rombakan tu, setiap staf kena buat 3 skop kerja. ssaya tiada masalah. cuma ada seorang staf ni (saya gelarkan A) taknak terima skop kerja baru dia sebab salah satu kerja tu kadang2 kena buat lepas waktu kerja. Jadi dia enggan nk terima tugas tu.. dia expert dlm satu bidang sbb dia yg develop satu sistem dan hanya dia yang boleh uruskan sistem tu. sO boss taknak let her go. so 3 hari lepas, boss jumpa staff yg terlibat seramai 4 orang ni. Dalam perbincangan tu, semua tak mahu ambil tugas A sebab masing2 ada tugas masing2..Keadaan menjadi tegang sampaikan ada yg meninggikan suara. Sampaikan masing2 takde kata persetujuan.

Dalam keadaan begitu, saya dengan berat hati terpaksa terima tugas tu (maknanya tukar tugas). ini disebabkan skop kerja yg saya terima paling ringan. Saya rasa tak adil saya diperlakukan sebegitu. saya terpaksa mengalah demi kebaikan semua. sedih sangat...

Untuk pengetahuan semua, si A tidak pernah melayan saya dengan baik disebabkan dia senior dan banyak bantu boss terutama dlm hal2 melibatkan sistem. Ada kalanya saya ditengking. mungkin saya ni buta teknologi. tapi tak sepatutnya dia melayan saya macam tu disebabkan saya tak cekap. sekarang saya terpaksa tolong dan selamatkan dia.

saya rasa sangat2 sedih sekarang. kenapa saya perlu tolong orang yang banyak sakitkan hati saya. kadang2 saya berfikir positif, lupakan orang yg buat keburukan dengan kita dengan membalas dengan kebaikan. pahala yang berlipat ganda. tapi macamana nak brlapang dada dan terima semua itu. saya cuba utk redha dan ikhlaskan hati tolong si A walaupun ssakit hati dan marah dengan perlakuannya..

saya mohon nasihat dari forumer macamana saya nak terima dan tolong si A dan berlapang dada menerima segala-galanya...please help me ye..sebab sekarang rasa down, sedih, kecewa, marah dan macam2 perasaan ada..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2018 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
maafkan semua orang sebelum tidur nescaya hati tenang dan lapang

jangan berdendam nescaya hati lega

bersyukur lah apa yang ada , tt masih ada kerja yg di bayar gaji setiap bulan sedangkan sangat ramai menganggur

kita x mampu kawal org lain kita hanya mampu diri kita, jika xmampu bertahan sila angkat kaki

Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2018 10:17 PM | Show all posts
membuat kerja2 senior itu mmg biasa la. senior biasanya pandai memilh job skop. kerja yg dia x suka dicampak ke org lain
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2018 10:22 PM | Show all posts
onexox97 replied at 1-2-2018 10:10 PM
maafkan semua orang sebelum tidur nescaya hati tenang dan lapang

jangan berdendam nescaya hati le ...

saya cuba maafkan dia. hati cuba melupakan apa yang telah dia buat. tapi pedihnya Allah je yang tahu. Bila ingt semua yang pernah si A buat pada saya, saya jadi marah dan seolah berdendam.

nak maafkan semua orang sukar apatah lagi yang pernah menyakitkan hati kita. Plus kita pulak yang terpaksa menolong mereka yang pernah sakitkan hati kita..lemahnya iman saya untuk maafkan si dia tu.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2018 10:24 PM | Show all posts
Dalam dunia ni, semua orang pentingkan diri sendri. yang lemah akan jadi mangsa dan diperlakukan seperti kita takde perasaan...salah ke menjadi seorang yang lemah lembut dan menghormati orang lain...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2018 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Bg sy la xsalah awak terima tugas tu dan fikir ia adalah satu peluang utk awak majukan diri dan jadikan diri tu aset company. Biasalah org akan mengelak buat keja yg susah tapi be positive dan berusaha mantapkan ilmu dlm bidang tu tapi jgn putus asa.kena kuatkan semangat dan cuba belajar sebyk mungkin sehingga master dan biar org lain yg bergantung pd awak dan akhirnya org akan respect awak. Sementara nk master tu mmg kena tahan sikitlah kena marah kena bebel kena sindir bagai. Anggap lah tu sume cabaran utk awak berjaya. Sy belajar semua ni melalui pengalaman dan dr situ org akan appreciate kita dan xmudah utk kita diperlekehkan.percayalah keja ngan ikhlas dan bersungguh2, ada rewardnya nanti...sentiasa fokus dan jgn byk berfikir apa org nk ckp. Rezeki awak bkn ditangan senior awak, awak kena tunjukkan yg awak berkemampuan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-2-2018 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau tak mau kenapa setuju terima at the first place.. kalau mereka tegas tolak kenapa awak tak boleh tolak juga?
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2018 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Get used to it... kalau dh kerja mmg mcm ni lah situasi nya... I believe u baru kerja less than 3 years, so u tak nmpak dan tk biasa lg dgan politik di tempat kerja serta betapa kimaknya superior di tempat kerja... what u need to do is sila belajar berhati kering, buat hal sendiri, buat semua kerja yg telah diamanahkan tanpa fikir perihal sama rata dan ketidak adilan... lama2 u akan biasa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2018 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Everybody has to start somewhere and that somewhere usually unaccustomed to us hence learning something new and becoming jake of all trades will give you leverage in near future. Most importantly ikhlas....it pays..cheers
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2018 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Sabar ...
Adakah kerja tu smpi ke malam?
I work 8.30am to 8.30pm everyday dear. Dah tak larat nak kata apa melainkan sabar..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2018 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
ekselen replied at 1-2-2018 11:00 PM
Bg sy la xsalah awak terima tugas tu dan fikir ia adalah satu peluang utk awak majukan diri dan jadi ...

Saya tidak kisah dibebani dgn kerja2 baru.satu peluang utk saya belajar dan tingkatkan skill. Cuma masalah saya sekarang saya sukar nk terima hakikat yg sy terpaksa berkorban demi kesenangan orang lain dan org itu adalah orang yg paling banyak menyakiti saya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2018 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 1-2-2018 11:24 PM
kalau tak mau kenapa setuju terima at the first place.. kalau mereka tegas tolak kenapa awak tak bol ...

Sebab saya memikirkan kerja2 sy yg x terlalu banyak dan tak terlalu sukar. Atas rasa tanggungjawab trhadap company dan hormat boss, saya terima semua tu walaupun dengan hati yg berat. Salah ke saya menjadi baik demi utk kepentingan semua..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2018 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 1-2-2018 11:40 PM
Get used to it... kalau dh kerja mmg mcm ni lah situasi nya... I believe u baru kerja less than 3 ye ...

Saya boleh dikira pekerja yg baru jika dibandingkan dengan staff yg lain. Dr pemerhatian saya, ada staf yg dah lama kerja, bila timbul isu2 yg mereka x suka, mereka akan buat hal. Maksudnya, engkar arahan, dtg lambat, selalu cuti..bila fikir balik, sy pun nk ikut cara mereka. Tanda protes..akhirnya kepala tak dipijak dan diperlakukan sesuka hati
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2018 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Dollyzzzz replied at 2-2-2018 12:55 AM
Sabar ...
Adakah kerja tu smpi ke malam?
I work 8.30am to 8.30pm everyday dear. Dah tak larat nak  ...

Saya cuba bersabar dan sekarang mencari hikmah. Mungkin ini ujian dari Allh nk uji kesabaran saya. Saya masih tunggu apa hilmah di sebalik apa yg berlaku...sy cuba berlapang dada dan x nak berdendam dgn semua org, tapi itulah masalahnya,sukar nk buang perasaan marah tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2018 08:59 AM | Show all posts
mula2 bekerja memang begitu lumrahnya dek..terima saja pelakuan mereka..pasrah..utk berjaya harus melalui proses yg sukar.

terima tugas itu dgn senang hati..timba pengalaman..tugas dari syarikat bukan dari orang yg selalu menyakitkan hati kamu.

step dia:

1. neutralkan emosi - anggap segala yg berlaku sebagai ujian
2. kuatkan hati - utk paksa diri sentiasa positif dan mencari rezeki - harus disertakan dgn doa mohon kekuatan dan kesabaran
3. buat bodoh - buat bodoh pada org tersebut - jgn tengok muka dia..jgn peduli dia- just ignore her (anggap dia tak wujud) tunjuk seolah kamu memang pandang rendah pada dia
4. consistent - consistent mutu kerja dan attitude yg positif.
5. opportunity - sentiasa bersedia utk melangkah lebih jauh bila peluang tiba.




Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2018 09:36 AM | Show all posts
teringat aku dulu kerja disatu tempat ni..aku tak tahu apa itu politik opis..rupanya kita disisihkan dan membiarkan kita terkontang kanting hingga tersungkur lepas tu mereka akan pakat tepuk tangan ramai2..

yg aku ni ingatkan mereka memang mcmtu takde niat busuk..ok org tknak tolong takpelah..aku cari jalan sednri..sehinggalah complete projek tu dgn jayanya aku sorg2 hadap..mereka hanya menunggu aku tersungkur akhirnya setepek kena padan muka bila aku sorg makan duit tips dari projek tersebut

moral of the story naik lori..jadikan cabaran itu sebagai motivation utk terus berusaha!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2018 10:16 AM | Show all posts
libragirlzod replied at 2-2-2018 08:23 AM
Sebab saya memikirkan kerja2 sy yg x terlalu banyak dan tak terlalu sukar. Atas rasa tanggungjawab ...

dalam dunia kerja, no such thing demi kebaikan kepentingan semua..
dalam dunia kerja, watch your ass adalah yang paling utama..
sapa yang lemah, dia lah yang tertindas..
melainkan itu company awak atau company bapak awak, then baru fikir segala aspek..
sebab apa yang awak perlu adalah keuntungan..
but bila awak hanya bekerja, jangan nak play angel..
ujung-ujung meratib kenapa kenapa kenapa..
pernah dengar quote ni?
Love your job but don't love your company, because you may not know when your company stops loving you.
so now dah terlambat untuk meratib kenapa kenapa kenapa..
sila mulakan cari sinar to love your job ye


Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2018 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
libragirlzod replied at 2-2-2018 08:22 AM
Saya tidak kisah dibebani dgn kerja2 baru.satu peluang utk saya belajar dan tingkatkan skill. Cuma ...

Kalo awak xkisah then knp perlu kisah? Kdg2 bagusnya being ignorance sbb lantaklah apa yg dia buat pun, yg penting u get what u want. Mcm lah lepas2 ni xkan ada org nk sakitkan hati awak lg. Belajar dr pengalaman ok...no pain no gain...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2018 07:53 PM | Show all posts
ekselen replied at 2-2-2018 07:13 PM
Kalo awak xkisah then knp perlu kisah? Kdg2 bagusnya being ignorance sbb lantaklah apa yg dia buat ...

Saya tahu selagi kita berdepan dengan orang,selagi itulah kita akan disakiti. daan sejujurnya saya x kisah dengan kerja yang saya kena buat tu. tapi ini masalah apabila terpaksa menolong orang yang telah banyak menyakiti saya. mungkin kalau perkara ni berlaku kpd orang lain, silap hari bulan blh gaduh. saya hanya diamkan diri tapi dalam hati saya sangat kecewa dan marah kerana gara-gara sikap mementingkan diri sendiri, saya yang jadi mangsa.

saya sukar nak buang perasaan dendam kepada si A. saya cuba untuk berlapang dada dan berfikiran positif mungkin selepas ini ada insan lain yang akan menolong saya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2018 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
libragirlzod replied at 2-2-2018 07:53 PM
Saya tahu selagi kita berdepan dengan orang,selagi itulah kita akan disakiti. daan sejujurnya saya ...

Sbb sy pernah hadapi apa yg awak hadapi...dan byk kali sampai ada org nk ckp..kalau aku dah lama benti kerja. Bg sy lah,buat apa nk berhenti sbbkn org. Sy xbuat sslsh pun. So sy buat je lah mcm biasa, buat xtau, xcampo ngan org kaki gosip. Dtg ofis utk bekerja je balik buat keja rumah lain, dah penat tido.xnk ada masa utk fikirkan hal org lain. Yg penting di mata boss2 sy, sy adalah org paling bernilai utk mereka.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:14 AM GMT+8 , Processed in 0.081286 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list