CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2794|Reply: 2

Rare Habis! 8 Model Hot Wheels Paling Mahal Pernah Dihasilkan, Mampu?

[Copy link]
Post time 2-2-2018 01:19 PM | Show all posts |Read mode
Selain aset seperti rumah, tanah, saham dan emas, ramai pengumpul barangan antik menganggap barang koleksi mereka adalah aset. Aset-aset tersebut semakin mahal jika disimpan lama-lama dari harga asal dibeli. Tapi tahukah anda, barangan mainan seperti Hot Wheels pun mempunyai nilai estetikanya sendiri hingga menyebabkan harganya pun akan naik seperti mana barangan antik tadi? Di bawah adalah 8 senarai kereta Hot Wheels yang sangat bernilai kepada sesiapa yang tahu menghargai seni.


1. 1986 White Enamel Camaro




Kereta ini sangat unik dengan cerita di sebalik tabir pembuatannya. Ada yang mengatakan ini adalah Hot Wheel yang susah didapati di mana-mana pasar karat seluruh dunia dan ianya adalah yang pertama dihasilkan oleh Hot Wheels. Kalau anda bernasib baik dan terjumpa model ini, simpanlah kerana harta karun ini bernilai $2500 (RM 9, 842.73)


2. 1970 Red Baron With White Interior






Atas survey yang dilakukan, kini hanya terdapat kurang dari 10 unit model ini dikeluarkan. Wujud hanya sebagai prototaip, model 1970 Red Baron ini tidak pernah dijual secara meluas. Rasa-rasa ada duit $3000 (RM 11, 809.86) baru boleh beli kerana nilainya yang sukar ditemui dalam dunia. Mengikut sejarahnya yang unik, ia diinspirasikan oleh juruterbang tempur jJerman pada Perang Dunia Pertama, Manfred von Richthofen atau dengan nama popularnya, Red Baron. Jika dilihat dari pelbagai sudut, ia kelihatan seperti sebuah kapal terbang.


3. 1995 Collector Number 271 Funny Car






Pada tahun 1990-an, ini adlaah model Hot Wheels yang paling sukar didapati dan hanya sedikit sahaja dihasilkan iaitu 12 unit. Apa yang uniknya tentang kereta ini? Model ini dihasilkan dengan nombor pengumpul '271' yang dicetak atas kertas biru pada peknya. Tiada variasi lain dalam model ini dan setakat tahun 2016 hanya 6 unit yang dijumpai. Kalau nak tanya pasal harga dia, boleh menangis jugalah nak beli sebab kereta ini dianggarkan $3500 (RM 13,78.95). Kalau nak jual kereta ini tidak cukup dengan hanya kereta, anda perlu mengemukakan bukti peknya sekali untuk pembuktian nilai. Dah macam sama dengan harga pendahuluan kereta betul.


4. 1970 Ed Shaver Custom AMX





Nampak pelekat 'Ed Shavers' dekat model ini? Ini adalah model Hot Wheels yang hanya boleh diperolehi secara eksklusif di United Kingdom. Warna asalnya warna biru dan dijual sebagai sebahagian "Exclusive Racing Car Series". Tapi siapa Ed Shaver? Ed Shaver adalah seorang 'serviceman' dari Amerika syarikat yang berpusat di United Kingdom. Mattel menaja kerjaya 'Drag Racing' Ed Shavers membuat sebahagian daripada model ini diedarkan di litar perlumbaan dimana Shaver berlumba. Tidak cukup itu, ia turut diedarkan dalam promosi penghantaran kotak makanan. Harganya dianggarkan sekitar $4000 (RM 15,748.22) dan tak banyak masih wujud pada hari ini.


5. 1970 "Mad Maverick" Base Mighty Maverick







Nampak perkataan 'Mad' dihadapan model ini? Hanya perkataan ini sahaja menyebabkan model ini sangat berharga. Ini kerana Mad Maverick adalah nama asal model ini sebelum ditukar kepada Mioghty Maverick. Hanya 4 unit edisi Mad Maverick yang masih wujud pada ketika ini. Dua unit berwarna biru, satu unit berwarna ungu dan satu unit masih belum dipasang dan belum diberikan warna. Harga? Susah nak dikata berapa mahalnya model ini.


6. 1974 Blue Rodger Dodger







Dalam banyak-banyak warna, model Rodger Dodger berwarna birulah yang paling jarang didapati. Ini kerana model Rodger Doger yang biasa dihasilkan Hot Wheel berwarna merah, kuning dan ungu selalu dihasilkan dalam siri 'muscle car'. Kini hanya terdapat 7 unit berwarna biru dihasilkan sebagai edisi istimewa Rodger Dodger di United Kingdom. Cerita uniknya bermula apabila seorang lelaki yang berurus niaga dengan pengumpul-pengumpul di England menerima 2 Rodger Dodger berwarna biri dari dalam kotal pertama yang diterimanya. Lelaki yang bernama Bob Parker terus meminta lebih banyak dan menerima lima unit lagi lalu dijual kesemua unit kepada pengumpul Amerika. Agaknya beliau akan mendapatkan bayaran yang tinggi setelah menjualnya dan tidak menyimpan satu pun dari unit tadi. Kalau beliau nak beli semula model yang sama, harganya lebih kurang $8000 (RM 31, 495.22) berdasarkan rekod jualan sebelum ini.


7. 1968 "Cheetah" Base Python (Hong Kong Base)








Hong Kong adalah tempat dimana nama logam tapaknya dibuat. Antara isu yang menyebabkan model Hot Wheels ini unik adalah namanya Python kerana berkongsi nama dengan model Corvette, 'Cobra Killer' milik eksekutif General Motors, Bill Thomas.


Sebelum namanya ditukar, hanya sikit sahaja model ini dihasilkan dan kesemuanya berwarna merah dan boleh didapati dengan anggaran harga $10,000 (RM 39,371.55) atau lebih. Mampu?!


8. 1969 Pink Rear-Loading Volswagen Beach Bomb




Model ini adalah model prototaip yang dihasilkan Hot Wheels pada tahun 1969. Ia dimiliki oleh individu yang berkemungkinan memiliki koleksi model Hot Wheels terbanyak dan paling bernilai dalam dunia bernama Bruce Pascal.


Uniknya kerana model ini tidak dapat dimuatkan dalam litar Hot Wheels Super Charger kerana besar dan tidak dikeluarkan oleh Mattel lagi. Ia turut menampilkan kepingan papan luncur air pada bahagian belakang yang kelihatan terjojol pada tingkap belakang. Terdapat juga versi alternatif yang dikeluarkan di mana papan luncur air diletakkan pada bahagian tepi. Mengikut laporan, Pascal membeli model ini dengan harta $72,000 (RM 253,860.83) dan secara terus menjadikannya koleksi paling mahal setakat ini. Ada kemungkinan 2 model begini wujud tetapi tidak dapat disahihkan. Boleh beli kereta baru kot harga dia ni. Pergh! -CARI


Sumber: completeset.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2018 09:11 AM | Show all posts
Para mengumpul hot wheels pasti teruja melihat model2 rare ni.  Harga pun dah nak sama dengan harga kereta sebenar.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2018 09:31 AM | Show all posts
Anak buah aku bukan main banyak, ke hulu ke hilir di angkut.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 11:32 PM GMT+8 , Processed in 0.590403 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list