Kurru Sumange' silessureng ku maneng. (Gigih cakap Bugis kannn)
Hari ni I nak cerita amalan orang Bugis berdasarkan Kitab Epik I Lagaligo.
Epik I La Galigo ni satu kitab suci dalam masyarakat Bugis kerana ayat2 di dalam Sureq ini akan dibacakan dalam setiap adat tradisi Bugis oleh golongan Bissu.
Dalam Sureq ni juga ada amalan purba adab2 di dapur, adab2 masuk ke Rakeang atau Lobong (tempat simpanan padi), adab2 kelakuan seorang perempuan.
Kalau dilanggar adab2 ni manusia itu dan keseluruhan keluarganya dan rumahnya akan dijauhi Dewi Padi /Sangiangseri (hilang rahmat)
Dewi Padi seorang perempuan sangat lembut dan sensetif kalau manusia tinggi suara di rumah dia akan merajuk.
Benda ni lah yang orang Bugis panggil Sumange' atau semangat.
Dewi Padi ni walaupun perempuan tapi dia ni banyak makan hati dengan perempuan....sebab yang uruskan padi, beras, dapur adalah perempuan.
Maka golongan perempuan kena hati2 dengan Dewi Padi.
Apa bila seseorang itu melanggar pantang larang Sangiangseri, dia akan tersentap dan keluar dari rumah tu.
Sangingseri sendiri pernah merajuk apabila kucingnya yang bernama Meong Palo Karellae dipukul manusia dan apabila manusia melanggar larangan Wisesa (benih padi) dll. Menurut Sureq I La Galigo Sangiangseri telah merajuk dan naik ke Alam Bazakh/Coppo Meru (Alam Kematian) untuk bertemu ibubapanya. Sangiangseri juga sebenarnya adalah manusia yg telah menjadi roh tapi beliau ditakdirkan utk tidak dimasukkan ke Alam Barzakh oleh Tuhan kerana ditugaskan utk menjaga Semangat Padi dan segala jenis bijirin.
Dikatakan Dewi Padi telah merajuk dan telah dipujuk dan dipulihkan semangat oleh ibubapanya iaitu We Nyili Timo dan Batara Guru di Alam Barzakh/Coppo Meru.
Yang dilakukan oleh ibu Sangiangseri, We Nyili Timo dalam memulihkan semangat anaknya, pertama, beliau menyebut 'Kurru Sumange'mu Ana'ku'...Kurr Semangat Mu Anakku sambil memberi kata semangat. Kemudian beliau meminyakkan rambut anaknya sambil mengusap-usap kepala anaknya sambil memberika kata-kata perangsang dan semangat. Kemudian beliau melakukan Maduppa (mengasap kemenyankan) pada Sangiangseri sambil memujuk. Kemudian direnjiskan minyak wangi.
Perbuatan-perbuatan itulah kemudiannya dilakukan Bugis Purba dalam memulihkan orang mengalami kemurungan, stress dan putus asa.
Ucapan Kurru Sumange' juga sebagai tanda penghargaan dan terima kasih... Kurru Sumange' adalah seperti Doa bagi masyarakat Bugis yang nilainya sangat tinggi berbanding 'Terima Kasih' yang hanya ada nilai pada kata-kata. Tetapi Kurru Sumange' adalah doa yang berserta nilai-nilai melibatkan ketuhanan, Dewata Seuwae (Tuhan yg Esa), SangHyangSeri (penjaga semangat padi), dan Meong Palo Karellae (kucing milik Sangiangseri).
menarik , zaman dulu masyarakat pegang kuat budaya sebab takut sumpahan dewi padi.
bagi akak dewi ni jin. yang wujud malaikat atau jin yang ghaib di pandangan mata manusia. kalau pakai asap2 ni biasa makanan jin.
asal usul kenapa dewi padi wujud dan lain2 lagi mungkin sebab orang dulu kuat membela. nak buka hutan ladang kena bela harimau ghaib, kena bela jin. bila amalan kepercayaan tu menjadi mula wujud dewa dewi apa bila berlaku musibah.
jin pula dapat makanan free kfc kombo, cheezey wedges , jadi sukalah mereka. pasal tanaman tak jadi akibat gangguan jin mungkin boleh terjadi? sebab gangguan sihir sampai ada binatang peliharaan mati (kucing, kambing, arnab, itik)
jadi dengan jamuan makanan atau buang ancak ni , jin2 ni tidak melakukan gangguan.
jin mahluk seperti manusia. dalam alquran ada jelas kan kisah jin , kisah jin kalah, dan macam2 lagi. melalui bacaan ayat tertentu jin akan kepanasan dan dihukum akibat perbuatan menganiaya manusia.
dulu akak percaya rawatan bomoh dukun, zaman jahiliah tp sejak jumpa ustaz yang boleh merawat dan bukan kaki sembang akak percaya 100% kepada ayat suci alquran.
zaman sekarang orang guna jin untuk aniaya jahanamkan orang lain, untuk scam orang lain. hati2 lah siapa2 boleh terkena.
Author|Post time 4-2-2018 01:08 PMFrom the mobile phone|Show all posts
CiliPadiSedap replied at 4-2-2018 12:52 PM
menarik , zaman dulu masyarakat pegang kuat budaya sebab takut sumpahan dewi padi.
bagi akak dew ...
Secara sains nya wangian boleh memulihkan stress.
Kemenyan bersifat wangi berfungsi sebagai memulihkan semangat dan jiwa, menghidupkan semangat dengan memberikan kelegaan dari stress.
Ini semua sudah dibuktikan secara scientific dan dipanggil sebagai Aromatherapy.
Tapi apabila masuk sahaja Islam mereka kata asap sebagai makanan Jin. Dan amalan Pakkuru Sumange' memberi makan jin. Padahal hal ini tidak dibuktikan secara Scientific langsung....dan orang Bugis tidak mempersembahkan asap itu kepada Jin....sebalik nya kepada semangat yg ada dalam diri manusia.
Dan yang mematikan semangat manusia itu juga adalah manusia...sebab itu Sangingseri suruh saling memberikan semangat pada manusia dan perkara itu diungkapkan dalam ucapan "Kurru Sumange'"
banyak cara lain untuk pulih semangat selain asap. berbalik kepada topik ni berkaitan dewi padi? siapa dewi padi? mahluk jin. kalau tak di puja padi tak menjadi? kalau tak dijamu padi tak menjadi?
sains berkaitan asap wangi dah wujud ke pada zaman tersebut? atau hanya alasan coverina untuk seru jin pujuk dewi padi supaya pulihkan semangat pesakit?
biasa yang bg tenaga untuk asap2 ni bakar kayu gaharu, cedana di ruang tamu rumah. sains pun xboleh buktikan dewi padi tu wujud? yang wujud hanya mahluk jin . dewi atau nama apa saja sama je macam manusia rugi je sembah puja jin. pandai jin tu takut2kan manusia ugut sikit terus dapat makanan buffet kfc, mc donald, ayam masak 3 rasa, ikan patin termeloh, musang king
apa2 pun tak baik gunakan alasan sains untuk coverina seru jin dewi padi. tersedak dewi padi tengah membajak sawah padi dewi padi kt malaysia namanya faizah
Author|Post time 4-2-2018 01:26 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by iloveselangor at 4-2-2018 01:28 PM
CiliPadiSedap replied at 4-2-2018 01:22 PM
banyak cara lain untuk pulih semangat selain asap. berbalik kepada topik ni berkaitan dewi p ...
Nampaknya sister tak faham apa larangan Sangiangseri dan amalan Pakkuru Sumange'...tak salahkan sister sebab thread saya pasal Kucing haiwan mulia dlm masyarakat Bugis tu tergantung kisahnya.
Dewi Padi tak memerintah membakar kemenyan....sebaliknya pembakaran kemenyan adalah amalan Bangsa Langit
Kan saya dah sebut Sangiangseri masuk ke Coppo Meru /Alam Barzakh.
bila adat dah menyekutukan tuhan wajib di tolak simple je. sejarah jahiliah tak perlu lah di hebahkan. ibarat sejarah sembah patuh berhala di hebahkan bangga riak takkabur.
ada lg satu dewa laut. amalan bulan safar ke bila akak xingat? ada orang kampung akan pergi laut,mandi laut waktu senja dan layarkan perahu buang ancak jamu dewa laut.
mahluk jin hidup kt mana2 laut ke darat ke hutan ke udara. yang jadi masalah manusia yang jahil sibuk sembah sana sini lepas tu takut akan mahluk jin. manusia mahluk lg mulia daripada jin. kenapa perlu sembah jin?
macam2 nama ada mahluk jin bergantung kepada yang sembah puja. walhal semua mahluk yg sama jin.
Sedih tengok manusia yang sombong pergi sembah dewa dewi sekutukan tuhan.
kalau bakar kemenyan tanpa ada seruan kepada dewi padi tak jadi masalah. yang jadi masalah seru nama hantu2, nama dewa dewi, nama sis vokuru ( berani serulah? confirm meninggal dunia kena cekik hantu kopek)
baguslah bakar kayu wangi, minyak wangi. yang tak bagus seru hantu2 dewi padi. harap maklum
ni dh macam cerita monkey magic dah. boleh masuk alam macam2.
macam wali songo pun saya sendiri kurang percaya , sebab ada yang membawa dengan mendewa dewakan wali songo. sama juga kamu mendewa dewakan dewi padi.
sampai ada yang bertawasul minta wali doakan, jamu makan, buat amalan kt makam. sy suka orang yang minta direct dengan tuhan berbanding mereka yang bertawasul kepada pekara tahyul khurafat.
kalau wali meninggal dunia ziarah, doakan tidak apa. tp sampai buat pekara khurafat. bagi sy perlakuan begitu mengundang gangguan jin dan boleh jatuh syirik. ada sampai mimpi jumpa wali dan macam2.
dewi padi ni bagi sy mahluk jin je, hobi bercucuk tanam, kepandaian dalam taman padi. hobi masa lapang sakat orang kampung minta jamuan free. orang kampung yang kurang cerdik pun jamu lah dewi padi. dewi padi happy dan repeat the same strategy. paling rugi orang kampung, habis duit bagi jin makan
kita hormat mahluk jin bukan puja sembah jamu. cukup sekadar hormat sesama mahluk.
lepas ni dewi padi merajuk tak payah pujuk. ugut dia tanam keledek tanam ubi kayu. nanti dewi padi tak merajuk. tak usah sibuk2 nak seru pakai asap ke apa?
terima kasih? sekadar ucapan boleh ( bergantung pada iktikad niat). kalau terima kasih dengan jamu tak boleh sebab boleh jatuh syirik . mahluk jin alam lain, manusia alam lain. makanan mahluk jin dah ada mereka kena usaha sendiri bukan suruh manusia jamu mereka.
cakap kt dewi jin tukar profession lain, sekarang banyak orang tanam sawit. jadi dewi sawit pergi sakat pencuri2 buah sawit tu. sakat sampai mereka pengsan sampuk mereka sampai murung duk curi buah sawit je kerja harga sawit pun mahal berbaloi jd dewi sawit.
baguslah tarian dewi padi tak sampai kerasukan macam kuda kepang. apa2 yang masuk dalam tubuh kita yang merosakkan akal fikiran kita hukumnya haram
jin masuk tubuh badan haram, arak masuk tubuh badan haram. dadah masuk tubuh badan haram. walaupun ada tok ketua yang akan merawat atau sekadar tarian kebudayaan.
tubuh badan manusia bukan sarang jin. jin ada tempat tinggal sendiri.
ada orang bagi alasan untuk ilmu silat menurun, untuk merawat menurun, untuk kebal menurun., untuk lebih seni menari menurun..semua tu tak boleh.
benda2 cmni akan makan diri waktu tua, waktu nak mati. masa tu memang seksa sangat nak buang. jin akan tuntut hak2 mereka kepada tuan badan, keluarga tuan badan. tuan badan mati kena pula kat anak tuan badan paling sayang jadi pula saka.
adat yang baik kita pegang yang khurafat tahyul kita buang. adat bersendikan agama. tanpa agama adat sesat.
percaya je. nak masuk syurga neraka kena matilah dulu. sebelum mati jadilah manusia baik dengar perintah tuhan jauhi larangan tuhan.
semua agama matlamat cari tuhan, tp tuhan pilih islam sebagai rule of life. daripada zaman nabi adam sampai kiamat agama tetap sama agama islam cuma berbeza perintah sesuai untuk zaman nabi2 tersebut.
tuhan tidak beragama tuhan mencipta agama untuk mahluk manusia dan jin agar taat pada perintahnya. semua pekara boleh terjadi melainkan ada tuhan selain Allah. otak manusia tak mampu fikir sesuatu yang di luar jangkauan pemikiran , jadi jangan fikir kerja tuhan fikir kerja jadi manusia hamba yang baik. kita manusia buat kerja manusia sahaja.
ada orang hidup sibuk berfikir mana tuhan? tuhan buat apa? sibuk cari tuhan. walhal tuhan dah siapkan alquran sebagai panduan sebagai kasih sayang kepada hambanya. bila fikir berat otak jadi sewel jin masuk mula lah stress depress lepas tu mental.
kenapa tuhan ghaib? sebab nak uji iman hambanya.. kalau tuhan tu muncul 24 jam tentu hambanya semua masuk syurga tiada yang berani lawan perintahnya.sudah pasti neraka tu kosong . jadi di sini di uji kepercayaan manusia tentang kewujudan tuhan.